Sunday, January 30, 2011

Percubaan Pertama

Salam . . .
Dah lama  dapur TMK ni tak berasap. Nak kata bz sangat tu tak la juga, bby tak sihat tu ye la juga.Tapi kemalasan tu yang susah nak ubat...semalam gi jenjalan kat supermarket, mana lagi kalau bukan Sunshine tempat peberetku membeli belah barang dapur.Punya la ramai org yang membeli dan tak blah2.Malas nak window shop'g kat tingkat atas, terus jer ke basement beli barang2 dapur. Pusing2 kat bawah tu Nisa soh beli pasta/macaroni. Tiba2 terpandang lak lasagna. Terus amek,pada hal tak pernah wat pun.Main agak2 jer la nnt, pastu amek daging kisar, sos pasta, sambar gak la cis.Dlm kepala mesti guna cis.Pastu xtau dah nk amek bahan pe lagi.Dlm paler ok lah kalau ada yang basic pun jadilah, karang balik umah taram jela..

Sampai kat umah mulalah men'google' cari resepi lasagna ni. Jumpa kat myR, nmpk sedap n agak senang nak wat. Bila Maisarah tido terus on projek ni. Agak kelam kabut gak, sebab nak sediakan kuah n sos cis. Seb baik mylaling n Nisa tulun, cepat sket kije.Sekali sekala layan selera Italian plak, sedap gak kan?Jom tengok resepi

Bahan-Bahan: 
  • 300g daging cincang (sy gn 400g)
  • 1 botol prego (yang kecil)
  • 2-3 batang celery(xboh)
  • cendawan butang (xboh)
  • 2 biji tomato (xboh
  • 1 biji lobak merah (xboh)
  • 1-2 sudu besar cili boh (kalau suka pedas)
  • 2-3 ulas bawang merah (cincang halus)
  • 2-3 ulas bawang putih (cincang halus)
  • Sedikit lada sulah
  • Garam secukup rasa(gn 2kiub ayam)
  • Gula secukup rasa
  • Sekotak Instant Lasagna (tambah lagi sekiranya pakai dulang caserole besar - tak perlu direbus dahulu)
  • 3 cawan air (boleh tambah sekiranya tak cukup)
  • 2 sudu besar mentega
  • 4 sudu besar tepung gandum(sy boh 3 sb)
  • 1 peket Cheddar cheese (115g)(sy guna 3 keping cisdale+1/2 cwn mozzarella)
  • 1-2 cawan susu segar (sy guna susu cair)
  • Sedikit garam untuk perasa
  • (Boleh tambahkan sayur-sayuran lain seperti pepsicum, broccoli dll kalau nak)-sy gn capsicum
  • Boleh juga masukkan chicken cubes untuk perasa tambahan 
  • 5batang carbstick (sy tambah)

Cara-cara

  1. Panaskan oven 180 C( 150'C)
  2. Di atas dapur, panaskan minyak untuk menumis. Tumiskan bawang merah dan putih sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili boh, tunggu sampai pecah minyak, kemudian masukkan daging cincang.
  4. Masukkan 3 cawan air tadi, tunggu sehingga daging sedikit masak dan tambahkan garam (lebihkan air pun tak mengapa, sebab tujuannya untuk melembutkan kulit lasagna kemudian)
  5. Masukkan Prego, dan sedikit gula jika perlu.
  6. Masukkan sayur-sayuran tadi, tunggu sehingga mendidih, padamkan api.
  7. Sediakan sauce pan, panaskan.
  8. Cairkan mentega, kemudian masukkan tepung gandum, kacau sehingga sebati.
  9. Alihkan dari api, masukkan susu, kacau sehingga tepung tidak berketul, barulah di panaskan semula.
  10. Masukkan cheese, kacau setiap masa, masukkan garam sedikit. Kemudian padamkan api.
  11. Sediakan dulang caserole, sapukan minyak, dan aturkan kulit lasagna sehingga menutupi bhg bawah dulang.
  12. Tuangkan sedikit kuah daging tadi (tujuan kuah berair supaya kulit lasagna tadi tak perlu dimasak terlebih dahulu) dan tuang sedikit cheese sauce tadi.
  13. Selang-selikan, dan bahagian atas sekali ialah kulit lasagna, tuang cheese sauce selebihnya ke atas kulit lasagna (pastikan kuah daging tadi menenggelamkan sebahagian besar adunan lapisan tadi)
  14. Bakar dalam oven 180 C selama 40 minit, atau sehingga masak (apabila dicucuk, kulit lasagna telah lembut) 
walaupun rupa paras tak brp menawan, tp mmg sedap

10 comments:

Deliah's Deli said... Balas

assalamualaikum lina...mmmmmm percubaan pertama sudah nmpak sedapppp sgt2..mcmanalah kalu yg ke2,ke3 n sterusnya ya...mau pengsan tgk gamaknya :)))))

lina_pg said... Balas

salam Del,pestaim wat ni..alhamdulillah menjadi n anak2 pun suke.tq sudi sggh sini

Kak Rosaliza said... Balas

assalam..akk ada je kat umah ni..kemalasan melebihi segalanya..lagi pun ujan ni bw payung kecik je, takut bby kena tempias heheh,

wah sedap tu...siap bercheese lagi. order seloyang

lina_pg said... Balas

kak rosa> uajn ek kat kL, sini panas terik..sedap gak..menu dinner smlm, ada belen sket wt bf pagi tadi

Eka Srigunari said... Balas

Keliatannya..enak..nih

Nieza said... Balas

akak, sedapnya...saya suka lasagna ni...pernah buat sekali jer dulu...nanti nk buat lagilah..tapi tumpang mkn sini dululah yer...hehe

Chik Mimi said... Balas

Assalam lina wahhhhhh kita pun belum ada percubaan pertama tu nak sikitt

Adry@Daun said... Balas

As salam Lina,
Hati2 bila guna sos atau perencah import terutama yg tnpa logo halal krn ada bhn terlarang di dalamnya. Ramai yg mgunakn tnpa myedarinya.

Azmiezas said... Balas

cayalah...serius nampak sedappp..
***thumbs up**

lina_pg said... Balas

eka srigunari> mmg enak

nieza> salam nieza, hasil xperiment je ni.tak prnh wat pun sblm ni.mmg sedap..meh la joint hehehe

chik mimi> oic chik mimi pun lom prnh try, sama lah, ni pestaim

adry> dulu suke gak gn sos prego,pas dpt email pasal p'gunaan' bhn terlarang,terus stop.Tu gn kimball jerr

azmiezas> hehehe tenkiu

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...