Thursday, September 22, 2016

Nasi Hujan Panas Resepi Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
La ni asyik hujannnnnn jer panas sat pas tu hujan balik.Moh la kita makan Nasi Hujan Panas ni hahaa...cam sesuai benor ngn cuaca sekarang ni kih3.Lama x bersiaran entahlah apa yg dibizikan.Pada hal bahan untuk n3 ada dalam folder.Maybe sebab cuaca mendunggg,sejukkkk, hujan manjanggggg mood update pun merudum jugak..tarik selimut lagi best hahaa.
Okeylah sementara mood rajin ni kite update cecepat ya.
Nasi Hujan Panas ni saya masak 2-3ari lps.Lps balik coti2 raya haji dari kampung.Time tu si sulung ada kat umah lagi.Kalau wk days tu kureng rajin siket masak nasi2 camni sebab tukang makan pun xramai.Kat umah ni mmg sentiasa ada jer stok beras basmati senang nk masak apa2 terus buat jer.
Nasi Hujan Panas ni resepinya agak mudah, lebih kurang macam nasi minyak biasa jer..cuma bila diletakkan sedikit warna warni tu makin terserlah dan menarik utk dijamah.Meh la kita semak resepi.
Resepi Nasi Lina Pg,Resepi Nasi Minyak sedap, Nasi Hujan Panas Mudah Dan Sedap
Gambar cam xbape cunnn sebab asyik hujan jer dari Jumaat lepas.Xpe la kan asalkan korang nampak cam rupa nasi hujan panas tu kira okey lah..

RESEPI NASI HUJAN PANAS 
By : Malina LiNa Pg (Teratak Mutiara Kasih
Bahan-Bahan: 

  • 4 cawan beras basmati (cuci bersih, rendam selama 1/2jam kemudian toskan) 
  • 4 cawan air 
  • 1 cawan susu cair 
  • 2 helai daun pandan (simpul) 
  • 1 kiub ayam maggie 
  • 4 ulas bawang merah (tumbuk) 
  • 2 ulas bawang putih (tumbuk) 
  • 1cm halia (tumbuk) 
  • Rempah 4 sekawan (B.lawang, cengkih, pelaga, kulit ky manis) Minyak/Mentega/minyak sapi 
  • 3 warna kegemaran
  • Hirisan ketumbar/pudina,gajus dan kismis 

Cara-Cara: 

  1. Panaskan minyak/butter/minyak sapi, tumis rempah 4 sekawan dan juga bahan tumbuk hingga naik bau.
  2. Masukkan daun pandan simpul tumis sekejap supaya harum Masukkan air dan kiub ayam.Biarkan hingga mendidih 
  3. Masukkan beras dan susu cair, gaul sebati.
  4. Biarkan hingga nasi kering (Kacau sekali sekala untuk mengelakkan hangit di bahagian bawah) 
  5. Setelah nasi kering, kecilkan api dan buat lubang kecil2 pada nasi menggunakan sudu dan titiskan warna kegemaran, Letak berasingan (jauh2 sket setiap lubang) 
  6. Tutup periuk dan tunggu hingga nasi masak sepenuhnya (macam masak nasi biasa) 
  7. Bila nasi masak, gembur2kan nasi dan taburkan daun ketumbar/pudina, gajus dan kismis
  8. Sedia dihidang bersama lauk kegemaran

1 comment:

Sue Bee said... Balas

SB penah makan nasi hujan panas, kaler pelangi :) .

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...