Laksam Kelantan Resepi Mudah Dan Menjadi (Sedap Pulak Tu)

By LiNa_Pg - Tuesday, October 11, 2016

Assalamualaikum...
Ada tak yang tak kenal Laksam?Kalau orang Kelantan atau Pantai Timur x kenal laksam mmg nak kena buang negeri la kan hahah.Kalau di Penang ni laksa la yg femes kan?Sekali sekala kita tukar selera makan laksam dengan kuah lemak pulak.Sebenarnya saya agak cuak jugak nk buat laksam ni, takut anak2 x makan.Kebiasaannya kalau teringin nak makan laksam ni, saya beli jer kat Pasar Malam sebab anak2 kurang gemar makan laksam.Depa lebih suka makan Laksa (Penang) berbanding laksam (kuah lemak ni).Tapi biasalah kalau yg beli tu kena pasrah jerlah Kuah cair,laksam keras n patah2..telan jerlah kalau teringin.
Hujung mggu lepas(cerita petang Ahad la ni hihi) saya nekad nk cuba buat laksam..first time ever tau buat laksam homemade ni dan saya mampu berbangga dengan hasilnya.Sudah menjadi kebiasaan saya, kalau nak cuba resepi baru, saya akan gugel sana sini cari segala info dan resepi terbaik paling senang.Kebanyakan resepi hampir sama jer sukatan tepung beras dan tepung gandum..yg membezakan resepi ialak sukatan air.Paling best laksam homemade yang saya buat ni hasilnya berkilat2 dan sangat smooth..licin jer...rasanya lembut (tapi bukan lembik ya) dan bila digulung sangat cantik hasilnya gulungan dan tektur laksam itu sendiri pun sangat kemas.Dah panjang bebel ni jom kita semak resepi.Terima kasih kak ilah dan k.rosa untuk resepi Laksam Kelantan yg sedap ni LiNa Pg buat dan menjadi dengan jayanya buarpun pertama kali mencubanya.

laksam kelantan, laksam homemade, resepi laksam menjadi, masakan kelantan, selera pantai timur
Laksam terdiri dari 4 bahagian.Laksam, kuah, ulam(sayuran) dan sambal.Ada 4 element ni barulah complete set

RESEPI LAKSAM HOMEMADE MENJADI DENGAN JAYA
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Sumber Kak Ilah Dan Kak Rosa

Bahan-Bahan (LiNa Pg buat 1/2 adunan)
  • 3 cawan tepung beras (LiNa Pg gn 1 + 1/2 cawan)
  • 1/2 cawan tepung gandum (LiNa Pg gn 1/4 cawan)
  • 1/2 sudu teh garam (secubit garam)
  • 5 cawan air suam (LiNa Pg gn 2 1/2 cwn air suam) 
  • minyak utk lenser tudung periuk 
  • 1 tudung periuk nipis
Klik butang PLAY untuk melihat tutorial.Video ni saya baru buat.Resepi lengkap termasuk sambal lada pun ada dalam video.Untuk resepi kuah laksam pun saya dah enhance rasanya menjadi lebih sedap.
Caranya
  1. Panaskan kukusan bersama tudung periuk yg disapu minyak secukupnya, keliling tudung periuk, supaya adunan mudah lekang.Setiap kali mengukus sapu kan minyak dan tudung tak perlu dicuci.
  2. Campurkan tepung gandum dan tepung beras ke dalam besen. masukkan air suam tadi kacau sebati masukkan garam kacau lagi.
  3. Masukkan adunan ke dalam jag sambil2 di kacau supaya adunan tepung tidak mendap.Tuangkan separuh dari tudung periuk seperti dalam gambar (atau boleh juga disenduk ke atas tudung periuk)
  4. Kukuslah sehingga gelembung baru angkat.Kalau tidak gelembung nanti laksam akan patah dan tak enak/tak masak. api ketika mengukus perlu kuat supaya tepung cepat masak.
  5. Utk cepat proses sejuk sila guna kipas angin sebab tudung periuk 1 sahaja. kalau ada 2,3 lagi cepat. tak menang tangan la pula nanti...hehehe... 
  6. Sila ulang langkah di atas sehingga habis.. sila guna cawan comel kalau keluarga kalian setakat 4-5 org makan (LiNa Pg buat separuh adunan dapat 6 gulungan cukuplah utk keluarga kecil kami
Boleh refer ke Youtube LiNa Pg untuk cara membuat laksam.Jangan lupa subscribe okey 

laksam homemade, resepi laksam yang mudah dan menjadi

KUAH LAKSAM SEDAP
By Malina LiNa Pg
Sumber Tahrunnisah (fb)
Bahan-Bahan kuah laksam (6 orang makan)
  • 3 ekor ikan kembung (LiNa Pg gn 4 ekor ikan sardin) 
  • 2 biji bwang sederhana besar 
  • 2 ulas bawang putih.. 
  • sedikit je halia (LiNa Pg guna 1/2 cm jer) 
  • 1/2 sudu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus 
  • sedikit belacan 
  • 1/2 periuk santan pekat (LiNa Pg gn 1/2kg santan) 
  • garam dan gula (atau perasa) 
  • 2 keping asam gelugur 
Cara-Cara:
  1. Ikan dicuci bersih,masukkan ke dalam periuk (air sama paras ikan) rebus hingga ikan masak. 
  2. Asingkan isi ikan dari tulang.Air rebusan jangan dibuang.Akan digunakan utk kuah nanti. 
  3. Satukan bawang besar, bawang putih, halia,belacan,isi ikan ke dalam blender serta masukkan sedikit air rebusan dlm supaya senang utk kisaran. 
  4. Masukkan bahan kisar dlm periuk yang ada santan tadi dan masukkan baki air rebusan ikan kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula 
  5. Masak dengan api sederhana hingga mendidih (kuah mestilah sentiasa dikacau supaya tidak pecah minyak)

kuah laksam sedap resepi mudah

 Saya suka tektur kuah laksam ni, tidak berketul dan nampak cam smooth jer

Pelengkap Laksam..Mesti ada Ulaman
  • kacang panjang (Dah beli tapi lupa nak boh)
  • timun
  • tauge
  • kobis 
semuanya hiris halus
Sambal jate versi LiNa Pg
  • sedikit belacan (bakar)
  • 1 biji cili merah
  • 6 biji cili padi
  • 1 biji perahan jus limau kasturi
  • garam dan gula/perasa
Tumbuk belacan dan cili (tumbuk kasar2 pun ok)masukkan garam dan gula+jus limau nipis.Sesuaikan rasa

laksam sedap, laksam homemade, selera pantai timur
 Jemput tengok hehee...Agak2 ada tak yang nak order Laksam ni heheee.Laksam ni juga sedap dimakan bersama sedikit belacan (raw) - bagi yg gemar dimakan cara begitu hehee

  • Share:

You Might Also Like

10 comments

  1. @Puan Wawa
    Alhamdulillah sedap la kat tekak kami sekeluarga ni

    ReplyDelete
  2. sama cara tu untuk buat homemade kueh tiaw ni, PG..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah..sama kekdahnya SB,sy tgknkat u-tube..tp guna tepung lain la kalau kuey teow

      Delete
  3. Lama dah tak buat laksam sebab tu menyinggah sini nak cari resepi.. hehe.. ������

    ReplyDelete
  4. Kuew teow dia tu mcm mn Nk buat ye .tak berapa paham la .

    ReplyDelete