Wednesday, January 18, 2017

Gulai Ayam Limau Purut (Tak Guna Rempah Kari)

Assalamualaikum...
Ayam Masak Gulai Daun Limau Purut ni saya masak untuk lunch kemarin.Kat rumah ni kadang seminggu direct masak ayam jer huhu.Kalau masak ikan, kena ikan yg besar atau ikan xde tulang baru laku.Kalau ikan kembung/sardin alamatnya mama dgn abah jer la yg makan.Anak2 sanggup makan telur dadar huhu..Punyalah cerewet bab makan.
Hari2 masak ayam pening gak pale,xtau nak reka apa dah.Sambil nak tunggu ayam yg masih beku keras kejung tu lembut,tengok daun limau purut cam menarik lak buat hidangan tengahari (Ada la sepokok saya tanam) terus gugel cari lauk berasaskan Daun Limau Purut.Sekali keluar blog sendri kih2.Nak tengok Resepi Ayam Limau Purut versi sambal boleh tengok kat SINI.Kali ni xmo yg sambal sebab malas nk menggoreng, nk buat yg senang jer sekali jalan jer..malas nk masak 2x.Pencarian saya terhenti di blog wana (Potret Kasih) tengok gambar Ayam Masak Gulai Daun Limau Purut dia, hati terpikat sudah.Baca resepi seimbas lalu (bajet2 cam senang la kan) terus mula buat.Blend suma bahan..biar sat, bersiang ayam dulu..pilih part mana yg nk gulai, belen ayam (yg xbersiang tggal jer dulu sbb ada yg masih ais) laju2 tumis bawang segala.Kol 11.05am zassss siap Gulai Ayam Daun Limau Purut.Snap gambar dalam periuk post kat ig.Mak aih cam pecah rekod plak sebab ramai yg like dan minta resepi.Malam td gigih la edit masukkan resepi.Sekali tgk, rupanya resepi ni x perlu tumis.Cuma lebur jer semua sekali hahaaaaaaaa.Pandai sangat tengok rcp gitu2 terus buat.Tapi kan bila ditumis Gulai Ayam ni nampak sangat cantik..Org Penang kata kuah nampak berlinang (bukan berlinang ayag mata tu).Nak tau camana rasa gulai ayam tanpa serbuk kari ni, u olls kena la try sdnri.Ala2 gulai darat jugak la ni...Sedap tau...lain dr yang lain.Sedap jugak cicah dgn roti dan sangat aromatik.Kalau biar pekat siket mau jd rendang gulai ayam hahaaa
Gulai tak guna serbuk kari, resepi guna daun limau purut, Gulai Ayam sedap tak guna rempah kari
Gini ler ghupernya Ayam Masak Gulai Daun Limau Purut.Gulai ayam tak guna rempah kari dan sungguh berorama.Mahap ler gambar ni seketoi jer yg saya snap dalam pinggan xde.Okey la janji leh tepek resepi
RESEPI GULAI AYAM LIMAU PURUT

Bahan-Bahan
1 ekor ayam sederhana besar
10 biji cili kering (LiNa Pg rebus sekejap)
1 labu bawang besar
3 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 batang serai
1 inci kunyit
1 inci halia
1 inci lengkuas
2 keping asam gelugur
2 cawan santan (LiNa Pg gn 1 cwn santan kotak Ayam Brand)
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu makan campuran jintan kasar dan halus
sedikit garam
sedikit gula ( jika suka) LiNa Pg gn gula merah
sedikit perasa ( jika suka)
3-6 helai daun limau purut

Cara Penyediaan
1. Ayam di potong 8 atau 12 dan di bersihkan dengan sedikit tepung gandum.
2. Kisar cili kering, bawang, bawang putih, halia, langkuas, serai, kunyit, ketumbar dan jintan dengan sedikit air.
3. Satukan rempah yang di kisar dengan ayam dalam satu periuk.
4. Reneh ayam hingga ayam kecut.
5. Masukkan Santan  atau susu cair dan asam gelugur kedalam ayam. Boleh masukkan sedikit air lagi jika ingin kuah lebih.
6. Masak hingga agak pekat sedikit. Sesuai rasa garam dan gulanya.
7. Masukkan daun limau purut. Kacau seketika dan angkat
Note:
LiNa Pg tumis bahan kisar hingga pecah minyak, kemudian masukkan ayam.
Gulai Ayam Daun Limau Purut, Ayam Masak Gulai Limau Purut
From my ig Malina_LiNa_Pg

4 comments:

adda syuhada said... Balas

sedapnyer...

Phong Hong said... Balas

Lina, gambar periuk yang satu tu pun dah cukup naikkan selera sesiapa yang terpandang. Geli hati baca entri hari ni. Google2 keluar blog sendiri wahahaha! PH ada pokok limau kasturi, so kiranya selalu ada stok lah. Nak cuba resipi ni nanti.

Amie said... Balas

He he hee... teringat pulak asam pedas melaka berlenang-lenang... agaknya minyak yang terbit tu yang bergenang kot he he heee...

Jiwa tani said... Balas

Assalamualaikum wbth...

Nampak menyelerakan....terima kasih sudi kongsi resepi .

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...