Salam . .
Bila petang ni mesti kaum ibu sibuk kat dapur siapkan juadah berbuka utk keluarga tersayang, petang insyaAllah kami sekeluarga berbuka kat luar ..dah 'Merdeka' ni langkah pun panjang la..rasa cam dah lama sangat terperap kat umah...seronok nih bleh kuar jalan2 cari makan.
Panjang sket mukadimmah...tayangan amal petang Ribena Laici, menu buke pose petang kemarin..dah dua kali wat..anak2 kata sedap..simple jer resepi :
Bahan-bahan:
1 jug air ribena ( ribena + air sejuk )
1 tin laici
Ais kiub secukupnya
Cara2
Satukan semua, sedia dinikmati..nyaman meyegarkan tekak yang kehausan..
Salam...
Biskut Dahlia a.k.a samperit ni kegemaran anak2 saya..sian lak anak2 dok minta biskut ni..sebenarnya saya tak larat nak membako..lama gak tu nak ngabihkan satu adunan..tambah2 lak ngan dak kecik ni lagi la susah..seb baik adik bongsu kite yang dok UniMaP tu dah bercuti..ada gak la assistan tulun2..kalau wat sorang2 kira mintak ampun la..resepi ni amek kat umah Che Mat Gebu. CMG minta halal ya resepi ditempek kat sini.Saya wat setengah adunan jerr
BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega
160 g gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan
CARA MEMBUATNYA :-)
Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit .(sy bako 120'C-10min)
Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
Salam..pekaba suma? dekat2 nak raya ni..sana sini tayang kukis..tapi umah kite ni asyik tayang dak kecik je la..Baju raya Maisarah ni, abah yang belikan masa cuti 31Ogos lepas.. mama blom abes pantang lagi..xleh la nak meronda..seb baik ada gak baju kurung newborn nih..
chumel tak baju kurung baby maisarah??
Nape tu wat mata kecik??dah besar sket ni, macam2 perangai dah..
yah...abes bergolek bantal tu dikerjakan maisarah..tgk la pipi bukan main tembam lagi..
Semua bahan dan konten dalam blog Teratak Mutiara Kasih adalah hak cipta terpelihara.Sebarang ulang siar sama ada dalam bentuk cetakan atau maya tidak dibenarkan tanpa kebenaran.