Tuesday, November 6, 2012

Cotton Soft Japanese Cheese Cake

Assalamualaikum..
salam siaran semua.Lama betul TMK tidak bersiaran bukan bz tapi sebab tadak lappy tu yg susah sket nak hapdet.Ni guna PC Nisa sat sementara tuan badan pi sekolah.Ada banyak n3 yang tertunda ni.Sekarang agak kemalasan nak snap picas ngan kamera,snap ngan enpon jerr.Cis kek ni pun mengalami nasib yg sama amek gambo yg enpon.Tak pe la kan janji bleh nampak rupa paras kek sedap yang amat ni.
Memang bertepatan sekali ngan namanya Cotton Soft, sangat lembut dan cair di mulut gitew.Saya amat suka ngan tektur kek ni.Yang paling best tak muak langsung.Ekceli dah byk kali wat resepi tp yg ni paling sempurna kejadiannya.Ada yang merekah la, termanis sket.Dah tau peel kek ni baru berani buka tempahan.Kepada yang tingin nak makan cis kek ni bolehlah e-mail kat saya atau PM kat fb ye.E-mail ada kat tepi (side bar) tulis kat sini kang abes kena spam huhu.
rupa paras sebelum boh topping, saya lebih suka yg palin gini
 
 pas lumur ngan blueberry hihi..topping ada sket time ni sbb byk kali wat dah ciskek..
 
tidakkah kek ni nampk gebus gebas, potongan sememeh la..walaupun dah celup pisau dalam air panas...kawan2 ada tips tak?

COTTON SOFT JAPANESE CHEESE CAKE
Sumber : Alma (myresepi)
Rujukan : Anna Qawina 

Bahan-bahan : Loyang bulat 9 inci

Bahan A:
  • 250g cream cheese
  • 50g butter
  • 100 ml susu segar (fresh milk) (lina pg gn 1 cawan)
  • 6 biji kuning telur
  • 1 sdb jus lemon @ 1 sdt  esen vanila
  • 1/4 sdk garam
  • 60g tepung kek / tepung superfine @ guna tepung gandum, ayak 3 kali
  • 20g tepung jagung (cornflour/cornstarch)
Bahan B:
  • 140g gula kastor( (lina pg 1 cawan arcopal =100g)
  • 6 biji putih telur
  • 3/4 sdk jus lemon @ 1 sdt cream of tartar

Cara-cara:
Step I : Utk adunan A:

  • Cairkan cream cheese, butter & susu dgn teknik double boiler. kacau2 dengan whisk sehingga sebati.
  • Bila dah cair, sejukkan adunan cream cheese tu td. 
  • Kemudian, campurkan ke dlm adunan c/chs td dgn tepung, tepung jagung, kuning telur, garam & jus lemon ke dlm adunan cream cheese & gaul hingga sebati (gaul guna spatula)

Step II : Utk adunan B:
  • Dalam bekas lain, pukul putih telur bersama jus lemon, sampai berbuih2 (foamy). 
  • Lepas tu, tambahkan gula & pukul lagi sampai bertanduk (soft peak).  

Step III :
  • Campurkan adunan Bahan A td ke dalam adunan Bahan B yg dah gebu tu & kacau smpai sebati. 
  • Sediakan tin/bekas kek yg bulat berukuran 9 inci, yg digriskan bwhnye & dialas dgn kertas baking.  tepi loyang tak perlu gris ya.
  • Tuang adunan kek dlm tin kek. Bakar kek dlm kire-kira sejam, dgn cara au bain-marie (waterbath), pd 160°C (Peringatan utk diri sendiri -Oven Pensonic 150°C-1jam.Hesstar 180°1jam 15 min)
  • Waterbath = sediakan loyang yg lebih besar dari loyang kek, isikan air panas, kemudian letakkan loyang kek tadi di dalam loyang yg berisi air panas. 
  • Bakar hingga masak, test guna lidi ya, dah masak, off suis oven, renggangkan pintu oven sedikit dan biarkan kek di dalam hingga agak sejuk supaya kek tak mendap@turun mendadak.
  • Sisip tepi kek dan terbalikkan, hiaskan dengan filling kesukaan, sedap dimakan sejuk.

Blueberry Topping
  • 1 tsp Gelatin / Serbuk agar2*Ana guna gelatin Halagel
  • 30ml Air
  • 150g Blueberry pie filling @ apa2 filling kesukaan
Cara-cara :
  • campurkan gelatin/agar2 dgn air. 
  • Panaskan sebentar & campurkan blueberry. 
  • Sapukan ke atas cheesecake & sejukkan sebentar.




17 comments:

Marsita yahya said... Balas

emmm yummy...

lina_pg said... Balas

Marsita> memang sedap sangat kek ni

Naz / Nadz COSK said... Balas

Assallamualaikum kak Lina..

Kak, bukan sememeh tu. Tu sebab kek tu gebus gebas tu dan lembut yg amat. Sbb tu rupa jadi cam tu bila dipotong.. Sedap ada topping tu..nyumm..

Mas Sani said... Balas

aduhaiiii sedapnya... gebu sungguh!

lina_pg said... Balas

Wslm naz,mmg gebu gebas kek ni.
Tu la pasal,bila potong lekt kt pisau w'pun dah lap.Tp mmg rcp ni terbaik la

lina_pg said... Balas

Enak bangett mas

JaSSNaNi said... Balas

aiisehhh... tak tahan tengok cotton japanese cake ni.. lembut gebu sangat tu.. sedapnya kalau boleh makan seketul ni..

Chik Mimi said... Balas

dah lama duk kiv rcp ni ,dulu bagi alasan guna hand mixer tak larat nak buat merinque,la ni alasan M gitu aci dok? hehehee

lina_pg said... Balas

Nani kek ni mcm xleh stop mkn,xsedar dh mkn 2-3 ketoi.

lina_pg said... Balas

KA kan ada tu,soh wt kije sket.Sdp sgt.xnyesal wt.Tp mayb xlarat nk layan ank2 kompom minta la.Maisarah pun suka cis kek ni

Bicara Kak Noor said... Balas

salam Lina..
mmg best cotton ni kan cuma sabau je utk orang besar kena kurangkan tapi Lina still ok boleh tu makan banyak2 hee

lina_pg said... Balas

Wslm kak noor,layan jer selera tekak,besau ke kecik kesihatn kn jaga gak hehe

Acik Erna said... Balas

assalam lina..acik tengok gambar pun nampak sedap je

lina_pg said... Balas

@Acik Erna

wslm acik, memang sedap dan lembut kek ni.Menepati citarasa gitew ahaks

EmbunRosaliza said... Balas

Memang gebusss ciskek ni, akk buat masih tak lulus lagi, hari tu silap tepung huhu, nak kena cuba lagi ni

EmbunRosaliza said... Balas

Memang gebusss ciskek ni, akk buat masih tak lulus lagi, hari tu silap tepung huhu, nak kena cuba lagi ni

nur sam said... Balas

Salam kak lina..saya dah pernah test buat cheesecake..tp kek tu menap sikitlh..kakak ada tips x utk bg kek x mendap..?

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...