Wednesday, September 17, 2014

Resepi Gulai Daging Bawang Goreng (Tanpa Santan)

Assalamualaikum...
Nampaknya resepi ni sudah ada siaran ulangannya.maknanya menepati citarasa keluarga.Banyak feed back dari silent reader dan juga kawan2 yang bertanya tentang rempah bunga rose yg sukar didapati di luar Terengganu.Okey saya memahami kesukaran tersebut.Kali ni saya alter sedkit hanya menggunakan rempah kari daging dan campur dengan rempah kurma.Rasanya tetap sedap...So, kwan2 kalau tak ada rempah bunga ros..no worries guna ajer apa yg ada...Kalau cukup rasa tu tetap akan sedap..
Hari ni saya dengan bangganya nak bagitau..pertama kali belajar buat bunga cili tu...terus tangkap gambar cantik2..Kesian kan tua2 baru reti buat bunga cili kikiiii...Cantik x?

RESEPI GULAI DAGING BAWANG GORENG
Sumber : Kak Zana PB

Bahan-bahan:
  • 1 kg daging kambing (LiNa Pg guna yg ada tulang)
  • 1 paket rempah kari daging
  • 1 paket rempah kurma
  • 4 ulas bawang merah (blend)
  • 2 ulas bawang putih (blend)
  • 1 labu bawang besar (blend)
  • 1/2 in halia (blend)
  • 1/2 in lengkuas (blend)
  • 2 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar gula merah
  • 1 paket kecil kerisik
  • 1 cawan bawang goreng - ramas/hancurkan
  • 1- 2 sudu besar susu manis (guna susu cair pun boleh tapi kena buh gula sket)
  • 1 tin kecil tomato puri (boleh ganti dgn sos tomato)
  • 3 ketul ubi kentang (potong 4)
  • 2 sudu besar kicap manis (jika suka)
  • 2 sudu besar sos tiram (jika suka)
  • air secukupnya
Bahan Tumis
  • 2 in kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • 3 biji buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 helai daun pandan simpul
  • Minyak
Cara Membuat:
  1. Panaskan minyak. Tumis bahan tumis hingga wangi.
  2. Masukkan bahan kisar,tumis sehingga naik bau dan garing.Masukkan cili giling, tumis sekejap lagi.
  3. Masukkan gula merah (gula merah akan caramelize bawang-warna jadi merah dan cantik)Masukkan pes rempah, tumis hingga pecah minyak.Masukkan tomato puri kacau sekejap
  4. Masukkan daging, gaul sebati.renehkan biarkan sebentar untuk kecutkan daging dan rempah mesra ke dalam daging.
  5. Tambah air hingga paras daging (gulai ni takleh pekat sgt),masukkan bawang goreng (ramas/hancurkan),kerisik dan susu manis
  6. Masak sehingga daging hampir empuk.Masukkan kentang,biarkan hingga kentang empuk.Masukkan garam, gula/perasa. Sesuaikan rasa
  7. Akhir sekali masukkan sedikit kicap manis, sos tiram (jika suka) renehkan hingga kuah agak pekat

Kenapa ada banyak gambar?sbb kemaruk tengok bunga cili merah tu

8 comments:

Amie said... Balas

Cantik gambar tu Lina. Kombinasi rempah kari dengan rempah kurma rasanya lebih sedapkan.

EmbunRosaliza said... Balas

Sedapnya nampak, pekat molek kuah tu
Cantik molek bunga cili tu, seimbang kelopaknya

Bbwana adienia said... Balas

wah, tahniah kak lina..memang cantik bunga cili tu..hikhik..

LiNa_Pg said... Balas

@Amie
Tq kak amie...betul2 gabungan rempah dgg n kurma mmg sedap

LiNa_Pg said... Balas

@EmbunRosaliza
Suka kuah pekat camni kak rosa..budak2 suak cicah ngan roti..
Hahaa..dah tua bangka bary belajar buat bunga cili tu..adeh

LiNa_Pg said... Balas

@Bbwana adienia
Bunga cili punya pasal...gigih deco lauk kambing ni cantik2 sket..kalau tak..main hentam jer

ezzyra said... Balas

akhirnya..ade bga cili..hehe

LiNa_Pg said... Balas

@ezzyra
Hahaaa..practise make perfect dik kikiii

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...