Monday, November 10, 2014

Resepi Kepak Ayam Madu (Sticky Caramel Chicken Wings)

Assalamualaikum...
Hari ni saya nak kongsikan satu resepi yang sangattttt mudah tapi rasa yg mantap.Lately saya tengok kat grop masakan ada buat ayam karamel tp dimakan bersama nasi ayam.Sy dah semak resepi tu cam agak leceh sbb banyak step..nk kena buat karamel (gula hangus lak) saya suka sesuatu yg simple tapi rasa yang mantap.Bila gugel rupanya dah lama resepi ni wujud di myR.Sticky Caramel Chicken Wings ni sedap diratah begitu saja juga enak dimakan bersama nasi putih.Si kecil saya ratah camtu jer...seronok tengok dia ulang2 makan...sedap la tu kat tekak dia hehe
berkilat2 ayam ni..mmg menikat selera..Jom ratah hehe

RESEPI STICKY CARAMEL CHICKEN WINGS
By : LiNa Pg

Bahan-bahan ( 24 keping )

  • 12 keping kepak ayam (belah dua jadi 24)
  • 2 sudu besar minyak masak
  • 3 ulas bawang putih - diketuk dengan kulitnya sekali (LiNa Pg kupas kulit dan tumbuk kasar)
  • 1 sudu besar halia dicincang (LiNa Pg gn 3 hiris-tumbuk kasar)
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1/4 cawan (60ml) madu
  • 1 sudu besar sos tiram (LiNa Pg tmbh, rcp asal xde)
  • 2 helai daun pandan simpul (LiNa Pg tambah-rcp asal xde)

Cara-Cara

  1. Panaskan minyak dalam kuali.Tumis bawang putih dan halia yg telah ditumbuk kasar hingga naik bau.
  2. Masukkan chicken wings, kacau dan goreng selama 5 minit.
  3. Masukkan semua sos, madu dan daun pandan simpul.Kacau sekejap.Kemudian tutup kuali. 
  4. Kacau sekali-sekala selama 15 minit atau sehingga semua wings masak dan browned (bersalut dengan sos).

NOTA : Bila dah masuk madu, sos akan berbuih. Jangan takut bila tengok sos macam hangit towards the end. Bila sos dah agak kering dan bersalut pada wings ia akan jadi sticky dan caramelized macam barbecue chicken. Sedap sangat

 Enak dimakan begitu saja haha...cam iklan lak hihi
Versi live dari magic pan

12 comments:

Bbwana adienia said... Balas

Simplenya Kak Lina..terbuka selera wana tengok..nak buat juga nnti..kalau xde sos ikan, boleh tak Kak?

LiNa_Pg said... Balas

@Bbwana adienia
wana lebihkan sket sos tiram tu add 1 sb lagi..
Sos ikan tu nk masinkan ayam ni

cheq da said... Balas

Sedapnya kak..teringat la plak kepak ayam yg di jual oleh bapak student masa kerja kat miri...xtido mlm teringat kt kepak ayam madunya..nmpk berkilat tul

Cheq Sue said... Balas

adehhhh...kat rumah ni xde la pulak stok ayam... kepak apatah lagi kak lina. kalau ada leh gak cuba -_-

Bicara Kak Noor said... Balas

boleh try resepi lina lepas ni kena beli sayap dulu lah ni, nmpk sedapp

zila norazila said... Balas

perghh ..masuk list lh lina..tgok dh kecurr

Yana Shaiful said... Balas

alahaii sedapnya kak lina.. kna simpan dulu resepi..cik madu xde stok..klu x dh bleh try arini ^_^

Bbwana adienia said... Balas

okey akak..thanx byk2 ya :)

EmbunRosaliza said... Balas

nampak sangat menggoda kepak ayam madu dan sungguh yummy

Zura said... Balas

Happy tgk recipe yg saya share tahun 2007 in blogland (saya lah mutiarazura hehe) Sedap kan? Favorite anak2 ni :)

Unknown said... Balas

Assalamualaikum lina. Just tried yr recipe. Superb. Thanks to zura also

ninie said... Balas

Selalu msk Mmg guna resepi ni je..sbb fmly suka sgt..tq ats resipi :)

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...