Saturday, September 24, 2016

Masak Lemak Biji Cempedak Bersama Daging Salai Dan Rebung Madu

Assalamualaikum...
Pernah makan biji cempedak tak?Mesti ramai yg xtau biji cempedak/nangka boleh dimakan.Hari ni saya nk kongsikan satu resepi yg agak klasik dan rare.Masak Lemak Biji Cempedak bersama Daging Salai dan rebung madu.Mak aih panjang benor nama resepi.Yea la semua pelakon tambahan pun nak tumpang glemer gak apa nak buat kan hihi.
Daging tu sebenarnya daging korban yg mak kirimkan.Kalau masih ada daging korban dalam esbok,molek benar masak camni.Kalau xmo letak daging pun ok jer..tetap sedap cuma xde unsur protin jer.
Kalau selalunya makan cempedak goreng, kita buang jer bijinya..membazir tau.Baik simpan buat masak lemak ni.Save satu menu kan?Gara-gara buat Kek Cempedak Cheese  nampak besar2 plak biji cempedak tu.Terus minta en.husband simpankan.Terus dapat idea nak buat masak lemak ni.Dulu kecik2 suka gak makan biji nangka rebus.Kali ni kita upgred buat masak lemak plak.Sedap tau biji cempedak ni rasa lemak2 ada unsur kekacang dan jugak cam buah keras siket pastu macam ubi kemili/ubi keling.Cumanya tekturnya lebih pejal.Pendek kata sedap lah..Cuba jer la lagipu senang jer nak buat.Buah cempedak pun berlambak2 sekarang ni.
Biji cempedak tu saya rebus dulu tau.Tapi bg 3/4masak jer.Saya suka tektur saya agak pejal siket sebab nnt bila masak dalam kuah isinya masak sempurna tak overcook.Terpulang pada u olls la.Kalau nak masukkan terus (tanpa rebus pun boleh)tp amek masa lama siket untuk masak..tak masak kang kemboOOong perut hihi.
Panjang bebel arini.Meh la semak resepi.Kalau u olls nak guna resepi masak lemak sndri pun okey jer.Saya tepek ni yang paling senangggggg..bahan basic jer.

Masak lemak rebung madu, Biji Cempedak boleh makan, Biji Cempedak rebus
Menu klasik ni yg agak 'rare'

by Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Bahan-Bahan: 
  • Daging pejal secukupnya (LiNa Pg gn ~200g jer)
  • Biji cempedak (LiNa Pg gn ~20biji)
  • Rebung madu (siap dicelur)
  • 3 ulas bawang merah (blend/tumbuk) 
  • 2 ulas bawang putih (blend/tumbuk) 
  • 1 inci kunyit hidup (blend/tumbuk) 
  • 1 biji cili merah (blend/tumbuk) 
  • 5 biji padi (blend/tumbuk) 
  • 1 batang serai (ketuk) 
  • 1 cawan santan pekat.  
  • 2 asam keping 
  • 1 helai daun kunyit (racik halus) kalau xde pun xpe
  • Garam dan gula/perasa. 
  • Air (secukupnya) 

Cara-Cara: 
  1. Daging dicuci bersih dah disalai (LiNa Pg salai atas dapur gas jer)Kemudian hiris nipis.Ketepikan.
  2. Biji cempedak dicuci bersih, kemudian rebus bersama sedikit garam (LiNa Pg rebus selama ~20min) 3/4 masak jer sebab nnt nak masak lagi dalam kuah.
  3. Kemudian kupas kulit ari (yg warna coklat tu)lepas tu biji cempedak jadi kaler putih suci jer ahaks.Ketepikan
  4. Satukan bahan tumbuk,serai dan sedikit air (~1 cawan) Renehkan sebentar supaya hilang pijar bawang dan cili masak sempurna.
  5. Kemudian masukkan semua bahan lain (kecuali daun kunyit) santan,daging salai,biji cempedak,rebung madu,asam keping dan tambah air secukupnya.
  6. Masukkan juga garam dan gula/perasa.Kacau selalu supaya kuah tidak bergentel.Kacau hingga mendidih.
  7. Sesuaikan rasa, akhir sekali masukkan hirisan daun kunyit.Kacau sebentar hingga terbau bau daun kunyit.Kemudian tutup api.

2 comments:

mama sara nur said... Balas

wslm
sgt klasik ni menu
lamax mkn , mak kita kalu musim cempedak x sah le tak ada menu ni
comfirm licin he hee
kadang2 cempedak goreng pun bijinya sy bedal ,sedappp

Sue Bee said... Balas

Rare pon rare lah, PG, janji sedap dan masuk anak tekak

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...