Wednesday, December 7, 2016

Bebola Daging Masak Kari Beriani

Assalamualaikum...
Alhamdulillah hari ni berkesempatan utk update resepi.Ekceli ni resepi yg dah tertangguh agak lama.Resepi utk Saji (Nov) Bebola Daging Masak Kari Beriani.Sebenarnya masa editor saji minta saya hantarkan resepi tu, saya agak bizi dengan tempahan kek (utk raya haji) lagipun masa tu dah nak balik kg.yg ada dalam peti ais cuma bebola daging ajer.Dateline lepas raya haji,tp saya ni jenis yg xsuka bertangguh keje yg ada dateline camni.Sambil2 bakar kek tu saya masak la bebola daging ni.Ikut bahan/stok yg ada dalam peti ais jer.Alhamdulillah resepi ni disukai oleh along/saji (dah tersiar dah pun).So,korang kalau xde idea nk masak bebola ayam/bebola daging.Boleh la guna resepi ni.Boleh juga guna daging atau ketulan ayam.Cuma kalau guna ayam tu kenalah goreng hingga masak (atau 3/4 masak terlebih dahulu)Jom kita semak resepi
Bebola Daging Masak Kari Beriani
Simple yet tasty...masak pun cepat jer

Bebola Daging Masak Kari Beriani
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.com/)
Bahan-Bahan

  • 20 biji bebola daging (~350g)
  • 3 ulas bawang merah (kisar)  
  • 2 ulas bawang putih (kisar)  
  • ½ cm halia (kisar)  
  • 1 hiris lengkuas (kisar) 
  • 1 labu bawang besar (kisar) 
  • ½ labu bawang besar (mayang halus)  
  • 1 batang kulit kayu manis 
  • 1 kuntum bunga lawang 
  • 1 biji buah pelaga 
  • 2 tangkai daun kari 
  • 2 sudu besar rempah kari daging/ayam 
  • 2 sudu besar rempah beriani (LiNa Pg gn brand maggi)
  • 1 sudu besar cili giling 
  • 1 sudu besar tomato puri (LiNa Pg gn sos tomato) 
  • Garam dan gula/perasa 
  • Air secukupnya 
  • Minyak 

CARA-CARA 

  1. Panaskan minyak, tumis rempah kulit kayu manis,pelaga dan bunga lawang bersama daun kari, hirisan bawang besar dan daun kari.
  2. Tumis hingga terbit bau dan bawang besar sedikit layu (tak perlu terlalu garing) Kemudian masukkan bahan2 kisar, tumis hingga garing. 
  3. Sementara itu,satukan rempah kari daging,rempah beriani dan cili giling ke dlm mangkuk dan bancuhkan dengan sedikit air. 
  4. Kemudian masukkan paste rempah ke dalam tumisan tadi dan tumis lagi hingga pecah minyak. 
  5. Masukkan sos tomato/tomoto puri kemudian masukkan bebola daging dan gaul sebati dengan bahan tumisan.
  6. Masukkan air secukupnya.Masak hingga bebola daging empuk.Kacau sekali sekala.
  7. Setelah daging hampir empuk, masukkan garam dan gula/perasa (boleh juga dimasukkan sedikit sos tiram-jika suka) Sesuaikan rasa.
  8. Reneh hingga kuahnya pekat. 
  9. Dah siap.Tutup api.Sesuai dihidang bersama nasi putih atau nasi berperisa.Juga boleh dimakan bersama nasi impit/ketupat/lemang
Note LiNa Pg
Boleh juga digunakan daging,kambing (bertulang) atau ayam.Jika menggunakan ayam, haruslah diperasakan dengan garam & kunyit.Goreng hingga masak terlebih dahulu.Kemudian masukkan ke dalam tumisan

6 comments:

azrinna nur said... Balas

nampak sedap puan. Terima atas rezeki. nak cubalah!

Phong Hong said... Balas

Sedap juga masak bebola daging macam tu.

LiNa_Pg said... Balas

@azrinna nur
Simple jer tp sedap la kat tekak kami sekeluarga

LiNa_Pg said... Balas

@Phong Hong
Cepat siap pulak tu PH heheee

Amie said... Balas

Nampak comel jew...

Ayu said... Balas

Assalam Lina,
idea yang bagus ni..sekali2 ubah2 masakkan
guna bebola daging pula kan Lina..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...