Resepi Ayam Goreng Bawang Putih Sedap Dan Beraroma

By LiNa_Pg - Friday, November 20, 2015

Assalamualaikum...
Lagi n3 susulan Nasi Kukus aritu punya...Adeh asyik tertangguh jer kan?Apa nak buat kadang2 n3 tempahan kek yg potong Q.Lagipun Ayam Goreng Bawang Putih ni dah buat tak lama dulu..Boleh tengok kat SINI Jadi resepinya dah ada dalam simpanan..senang CnP jer.Kalau resepi baru kena buat n3 cepat2 takut lupa pulak resepi apa bahan yang taruk dalam tu.Ayam ni ratah camtu pun sedap tau.Jangan risau bawang putih tu macam 'keropok' ajer rasanay..rangup2 dan ada flovour hujung2 tu ada rasa pedaq2 bawang tu...Senang citer kena buat la baru tau hehee...Jom kite semak resepi yang serba ringkas ni

Sedap dan rangup jer..tinggal daun pisang jer xmakan kih..kih..

RESEPI AYAM GORENG BAWANG PUTIH
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Sumber : Kak Ayu Dan Justtryand taste

Bahan A: (versi LiNa Pg rcp asal boleh refer kat link)
  • 1 ekor ayam (LiNa Pg guna 10ketul ayam)
  • 3 labu bawang putih (cuci bersih dan ketuk2 sedikit hingga pecah2 kasar)
  • Sedikit kiub ayam/serbuk cukup rasa
  • Sedikit Daun Kari (LiNa Pg tambah, rcp asal xde)
  • Minyak
* LiNa Pg Gaul tabur kiub ayam/serbuk cukup rasa pada bawang putih***

Bahan B (Tumbuk Halus/Kisar)
  • 8 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 sudu teh serbuk ketumbar 
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 cm halia
Bahan C
  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 1 sudu teh serbuk kari (LiNa Pg tambah rcp asal xde)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh garam
  • Sedikit perasa
  • 2 sudu teh baking powder
Cara Membuat:
  1. Ayam dibersihkan, LiNa Pg rendam sekejap dalam larutan cuka.Bilas bersih dan toskan
  2. Sediakan mangkuk besar, satukan bahan A dan bahan B , gaul hingga rata.
  3. Masukkan ayam, gaul rata dengan bahan perapan.Perap selama 20 minit hingga bahan perapan meresap. 
  4. Sementara itu, boleh disediakan bawang putih goreng.Bawang putih yang telah diketuk2 tadi ditabur sedikit garam.
  5. Sediakan kuali non stick tuangkan minyak yang banyak. Pastikan minyak hingga benar-benar panas. 
  6. Masukkan bawang putih(dan daun kari) dan goreng bawang putih hingga garing dan crispy, angkat dan toskan.Ketepikan.
  7. Kemudian bolehlah menggoreng ayam yang telah diperap tadi.Goreng secara deep fry hingga kuning keemasan guna api sederhana sahaja supaya ayam tidak hangus.
  8. Setelah ayam garing..taburkan gorengan bawang putih dan daun kari tadi.Sedia dihidang.Rangup dan sedap

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Replies
    1. Sedap yatie..biasalah anak² suka mkn ayam..kn try mcm² pesen walaupun hanya ayam goreng hihiii

      Delete