Masakan Unik di Langkawi dan Tak Pernah Saya Jumpa
By LiNa_Pg - Wednesday, September 24, 2025
Assalamualaikum...
Kembali bersiaran setelah sekian lama tak update blog, entah apalah yang dibizikan oleh si LiNa Pg ni.Resepi-resepi pun masih banyak yang belum dimasukkan ke dapur maya ini.Resepi itu nanti kemudian saya akan update kat sini, tetapi hari ini saya nak kongsikan gambar masakan yang unik dan tak pernah saya makan.Owh sebelum tu, masa cuti sekolah yang lepas, kami sekeluarga bercuti ke Langkawi setelah hampir 17 tahun tidak ke sana hahaa...Lama betul tu.Kalau yang follow blog TMK ini, mesti tahu/ingat saya ada abang (kandung) yang menetap di Langkawi iaitu blogger Dedaun Alam
Antara menu dalam gambar ini mengikut turutan dari atas iaitu udang goreng, telur rebus dari ayam penelur baka Loman.Ayam ni abang saya bela sendiri.Ikan jenahak bakar (kakak ipar saya kata masa bakar tu letak garam siket jadi rasa lemak manis ikan dan sedikit masin yang lite-lite je, sambal belacan, kerabu bronok, ulam pucuk paku (katanya pucuk paku agak susah nak dapat di Langkawi dan ulam pucuk jeneri.Gulai tu pulak ialah gulai/kari ikan aruan tasik, spesis ikan yang bermusim juga.Katanya rezeki kami sebab kebetulan ikan tu ada.Ikan Loban bakar dan terakhir ialah sambal sotong.
gambar atas dan yang ini hampir sama, tapi masa ni ikan yu goreng belum ada atas meja.Adik dia semangat dah tangkap gambar hahaa
Siapa pernah makan kerabu bronok?Saya sendiri pun kali pertama makan kerabu bronok ni.Tektur dia sedikit kenyal dan bila gigit/kunyah rasa crunchy sedap.Kerabu bronok antara makanan unik dan exotic yang dicari oleh pelancong apabila mereka sampai di Langkawi.Ada jual dijual di restoran tempatan tetapi yang ini dimasak oleh kakak ipar saya.
ikan yu goreng.Pernah makan tak?sedapppp isi dia lembut dan tekstur dia halus.Maisarah yang cerewet bab makan tu pun makan ikan yu ni.Siap menambah nasi 2x.
yang ni pulak serawa/pengat ubi campuran ubi kayu dan ubi keledek.
Ayam yang warna brown tu la ayam Loman, baka penelur. Comel ayam ni
Ayam api-api pun ada, bukan setakat tu je, itik pun ada tapi itik dok jauhhhhh nu tak mesra kamera haha
Alhamdulillah...Terima kasih uda dan kak mein ❤️ Semoga murah rezeki selalu.