Saturday, April 17, 2010

Daging BlackPepper

Salam,
Pekaba kawan2 maya suma? salam siaran di ptg Sabtu...Hari ni lunch kami agak lewat sket sebab bf pagi dah pekena roti puri n kari sardin...Lunch mmg simple jer..nasi putih dan daging blackpepper semata jer..hu..hu..xde sayur xde lauk sampingan yg lain.Tapi betul kata dyg (tuanpunya resepi ni).daging blackpepper ni mmg menyelerakan...bleh bertambah2 makan nasi..Kepada yang berminat bleh la mencuba resepi ni. DJ kite C&P

Bahan-bahan :

  • hirisan daging rebus secukupnya (sy gn dgg  btg pinang-x rebus tp goreng sekejap)
  • lada hitam secukupnya (ditumbuk kasar)
  • 1 sb kicap pekat
  • 2 ulas bawang putih cincang
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 2 sudu makan kicap manis atau secukupnya
  • 1 sb sos tiram
  • 5 biji cili padi
  • sedikit hirisan daun ketumbar (x boh xde stok)
  • sedikit hirisan kapsikum (tuko ngan cili merah)
  • 1 sb jus lemon (xboh xde stok)
  • sedikit bancuhan tepung jagung (jika suka)
Cara-cara :
  1. Perapkan daging bersama 1/2 sb kicap pekat dan lada hitam selama 10 minit.
  2. Panaskan sedikit minyak masak di dlm kuali. Tumis bawang besar  dan bawang putih hingga perang. Masukkan sos tiram dan sedikit air. Kacau hingga mendidih.
  3. Masukkan daging dan juga kicap pekat. Kacau sebati. 
  4. Masukkan pula kapsikum, cili padi, kicap manis dan juga jus lemon. Kacau lagi. 
  5. Perasakan dgn garam dan gula jika perlu. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung dan daun ketumbar. Kacau hingga kuahnya sedikit pekat.
  6. Hidangkan panas2 setelah masak. 
 Ada yg lom mkn lagik ke?meh la masih ada lagi ni..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...