Sunday, October 17, 2010

Puding Coklat Sos Kastad DJ

Salam . . .
Hari ni tuan umah bz mengukur keluasan supermarket..cam biasalah kalau cuti ujung mggu cenggini jalan2 cari makan la hik..Hmm..td time dok shop'g dapat call dt chik mimi..nak anto PC yg kite tempah ngan dia.So jumpa kat supermarket je la..kecik aje chik mimi ni..bab Pressure Cooker tuh nnt update kemudian.Tadi balik dr membeli belah..rajin lak mengodek dapur wat puding coklat neh..ni kes terliuq dok ulang alik dapur DJ..
DJ minta ampun la puding kite xbrapa senonoh sket rupa parasnya (xguna tul anak murid DJ yg sorang neh)..entah lah kat mana silapnya..sos kastad terpekat sangat plak..Pastu bleh tak teringat lak nak adjust tambah air ke susu ke?terus tutup api...walaupun tak berapa senonoh tapi bab rasa memang mabeles..
Nak tengok puding yang pic yg enak menggoda silalah kerumah DJ.Resipi ni jugak DJ dah kongsikan kt myR, bleh tengok kat SITUgak ye. DJ minta izin kopi pes ya:

Puding Coklat :
  • 10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
  • 500 ml susu segar
  • 250 ml susu cair
  • 100 ml air
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 2 sb susu pekat
  • 2 sb serbuk koko (bancuhkan dgn sedikit air panas)
  • 1 sb tepung kastard + 2 sb air
  • 1 sb mentega
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara : Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dgn api perlahan. Setelah itu, masukkan koko, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.
Bahan Sos :
  • 2 cawan susu segar/susu cair (DJ campurkan kedua2nya)
  • 2 sb tepung kastard
  • 4 sb gula pasir
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara : Satukan kesemuanya di dlm periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dgn api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dgn coklat urai jika suka.
 ni size mini hik3..sememeh jer puding haku ni

4 comments:

Adry@Daun said... Balas

Salam tuan umah,
Dh dpt ukuran luas supermarket tu? Agk2 brpa meter persegi keluasannya? Hehe...
Tu buat iklan percuma utk agar2 ke? Siap bg brand lg. Puding yg mcm ni sesuai mkn waktu mana ye? Tghari? Ptg? Lps mkn nasik? Mlm2 org tak mkn kot.

lina_pg said... Balas

salam...ukur punya ukur bleh lupa lak nak catit hik3..agar2 tu tuanpunya rcp yg tepek (kes kopi pes jer)..dessert ni mkn bila2 pun bleh..kami wat pencuci mulut pas dinner mlm ni..meh la joint

Chik Mimi said... Balas

heheheeh lina sempat buat pencuci mulut lagii heheehh kocik ke yg besaq gedak ni tuan badan pun apa kurangnya

lina_pg said... Balas

chik mimi> hehehe..kocik la kalau besaq chik mimi tuh..hik3

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...