Friday, November 5, 2010

Agar-Agar Tembikai

Salam suma . . .
n3 pertama di bulan November, agak lama tak hapdet blog ni..nak wat camana dapur memang tak berasap huhuhu..asyik tapau n mkn kat luar jerr...Ari ni rajin sket masuk ke dapur maklumlah cuti public holiday sempena Hari Deepavali..di kesempatan ini sy nk ucapkan Selamat Menyambut Hari Deepavali kepada kawan2 yg meraikannya..
Agar-agar Tembikai atau Puding Tembikai memang dah lama sangat teringin nak buat..cuma tak sampai seru jerr..Alhamdulillah percubaan pertama telah berjaya..suka sangat..Agar2 ni, kalau di Klate cukup femes dijual di pasar ramadhan. Ada sapa2 nak joint tak minum petang ngan kami. Meh la ada lagi ni
Kalau ada yang berminat bolehlah cuba resepi agar2 tembikai ni. Meh layan gambo2 ni . .
Bahan - Bahan:
1 paket agar2 serbuk (10gram)
4 - 41/2 cawan air ( 1cawan = 190ml )
3/4 cawan gula
1 sk esen vanilla
3 biji telu gred A (asingkan kuning dan putih )
Pewarna merah , kuning dan hijau
Sedikit kismis

Cara - Cara:
  1. Masak agar2 bersama air dan gula hingga gula hancur. Masukkan esen vanilla.Tutup Api. Sejukkan adunan agar2 hingga suam2 kuku ( anggaran 15-20min)
  2. Pukul putih telur hingga betul2 kembang (jika terbalikkan bekas,adunan tak tumpah), kemudian masukkan kuning telur satu persatu, pukul lagi hingga kembang dan gebu.
  3. Tuang adunan agar2 (yg dah suam2 kuku tu) ke dalam bekas adunan telur. Pukul lagi hingga sebati dan adunan menjadi agak sejuk.
  4. Tuangkan ke dalam bekas, masukkan pewarna di bahagian tengah adunan dan kacau dengan mengguna lidi @ chopstik. Kacau dgn berhati2 supaya warna tidak terkena dasar bekas. 
  5. Letakkan kismis di permukaan agar2 (sebagai biji buah tembikai ). Sejukkan ke dalam esbok
  6. Apabila agar2 sudah beku, keluarkan agar2 dari bekas dan warnakan bahagian luar dgn warna hijau sebagai kulit tembikai.
  7. Tara..dah siap..selamat mencuba 
 
 Suke ngan teksturnya yang gebus..
 
agar-agar tembikai kaler merah
yang ni plak kaler kuning . . .
ari ni memang rajin tahap gaban snap pic..

25 comments:

Adry@Daun said... Balas

Salam tuan umah,
Mak aiii...beshnye agar2 tembikai tu. Menu yg ni ada bln posa je. Kat sini agk mhl reganya utk sepotong (RM2. Kat Kelate RM1 je.) Biji tembikai tu pn sdp dimkn begitu saja..

lina_pg said... Balas

adry> salam...percubaan pertama neh..mmg beshh..mak aih mahal tu rm2 sepotong.kat png cam xpernah jumpa org jual lak agar2 tembikai ni.kalau ada pun mesti mahal

moklong said... Balas

cantik rupanya agar2 tembikai nih. femes sgt bila tiba bln pose.

hana said... Balas

aduhaii lawonyer na... btol2 mcm tembikai.. nk kalerkan yg kulit ijo tuh camne na? guna tgn jer ker? ker kaler guna brush? maap..sekadar bertanya.. hihihi

Kak Rosaliza said... Balas

Salam tuan umah akk mai nak minta biji tembikai ni hehehh...cantik sangat agar2 tembikai mu itu..rasa mcm susah je nak buat..tapi simple je, leh jual kat pasar ramadan dah tu...2 singit 2 singit heheh

lina_pg said... Balas

moklong/ina> tu la..kalau bulan pose femes tul agar2 nih..mahal plak tu reganya..ingatkan ssh nk wat,rupanya senang jer

lina_pg said... Balas

hana> tq hana,percubaan pertama ni..betul betul betul sekali tgk sebijik cam buah tembikai.Utk kaler ijo tu,sy guna berus,guna tgn pun bleh gak kot tp takut comot lak tgn.

lina_pg said... Balas

kak rosa> ish akak nak biji jer ke?xleh tanam biji tuh tak idup punya hik3..akak kena sabo dulu la xleh mkn ni,buah tembikai mmg kompom xleh mkn..agar2 ni pun xleh gak sejukkkk...

senyumm said... Balas

waaaaaaaaa..cmne nk wt ni.sy x reti imagine lah cara nk bentukkan jd cm kulit n isi tu..kat cni mhl..sebelah tembikai tu rm25!!ade akak asal dr kelantan terima tempahan puding ni..nk bwt.....

dayang_jack said... Balas

salam lina...

i'm here bebeh!...hehe

wow! mabelesnya tembikai tuu! so creative!..DJ kene 10 kali baca langkah2 tu baru paham...kwang3x!..

lina_pg said... Balas

senyumm> senang jer sebenornya..xtau dah camana nak explain.Rasanya step2 tu dh detail tuh..

lina_pg said... Balas

DJ> salam DJ..ha..ada pun.ingatkan kebizian melampau hik3..dah lama nk wat agar2 tu,tp asyik tertangguh jer..sedap tuu..

alla said... Balas

org lain blh jamu mata je..
alla gk la yg blh jamu selera..hehe

lina_pg said... Balas

alla> hahaha..betul betul betul bak kata upin dan ipin

chik mimi said... Balas

lina cantiknya,dedulu mase kat dungun sll tgk agar2 ni ni geram aje ,mmg tangan lina ni berseni ar,pastu rajinnnnn

lina_pg said... Balas

chik mimi> salam..oic chik mimi bese dok dungun patutlah pandai mkn ns dagang..sy pun selalu tgk org jual jer..nk wat xreti..dh ada rcp ni cuba ajelah..seb baik menjadi.

HaSue said... Balas

santeknya agar2 tmbikai kak lina nih..bilaa laa nak rajin mencuba agaknya..ada lagi x kak??

lina_pg said... Balas

hasue> TQ sue..alamak dah abes la sue..agar2 ni pesen cair di mulut..jap jer dah licin..

hanieycahaya said... Balas

waaa...baru tgk dh sdap...nk2!! :)

lina_pg said... Balas

cahaya> mmg sedap..alamak dah abes la...

Cik Ani said... Balas

huhh!baru puaih hati tengok tembikai.Td nengok kat blackberry qasa mcm kelabu2 asap,sekali haku bukak pulak blackcurrant,tu dia...mabeles tahap dewa!Konpom kak Ina,tak sama version mcm mak kiter buat dulu2. Takpa nnt2 akan ku try gak nih,leh kasi award tuuu.....

lina_pg said... Balas

cik ani> ala..blackberry kocik ajerr..blackcurrent lagi sempoi kan hahaha..dh puas hati bleh tgk kat PC..try za jgn tak try..sedap tuuuu

Amanda said... Balas

Muy bonito y creativo. Y lo bueno que tiene que estar.
Besito.
;-D

lina_pg said... Balas

amanda> TQ

Azie said... Balas

Cantik cantik sangat. Pernah buat tapi fail. Hai camne lah nak ratakan warna smp jadi sekata macam ni.

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...