Tak ke mana2 ke ari Sabtu ni? Kami kuar jugak tapi sat saja, cuma setelkan beberapa urusan pastu terus blik umah. Memula ingat nak meronda gak tp Nisa kurang sihat lak..makan pun tak berapa selera.So terbantut la agenda ronda2.Blik umah baby n kakak tido..hmm boring la plak, tengok ada roti expired date ari ni, so buat la puding roti ni..dalam tak sihat tu, makan pulak si Nisa ni..empunya resepi ni kak rosaliza..tp telah kudurhaka sesuka hati, tak pe kan akak..nnt raya cina minta ampun kih3...
Nama puding ni dalam surat beranak kak rosa ialah Puding Telur Beroti tp haku dh angkat sumpah tuko nama Puding Roti Karamel Embun Rosaliza
Puding Telur Beroti aka Puding Roti Karamel Embun Rosaliza
Sumber: Kak rosaliza
Bahan2nya
~ 3 sudu besar gula untuk dijadikan gula hangus
~ 4 keping roti gardenia (sy gn 6 keping-stok clearance)
~ 3 biji telur - (sy gn 4biji)di pukul manja dan di tapis
~ 2 cawan air suam (1cwn susu cair+1cwn air suam)
~ 1 cawan arcopal susu pekat manis (3/4 cwn pun bleh-adjust ikut taste)
~ esen vanilla (1sk)
Cara-Cara:
- Dengan menggunakan loyang, sediakan gula hangus........kemudian ketepikan.
- Panaskan pengukus,Carik2kan roti kemudian blender bersama air suam dan susu.
- Selepas itu masukkan telur yang sudah ditapis itu dan masukkan esen vanilla.
- Kemudian masukkan adunan tadi kedalam loyang gula hangus dan kukus sehingga masak.(40min-1jam)
walaupun rupa tak berapa nak lawa tp pudding mmg sedap..lemak manis gitew
rupa paras sebelum dipotong..dah kena gelombang tsunami..


14 comments:
akak..puding ni tak manis sangat ke secawan susu pekat tu...cam teringin jugak nak try..
Salam..... durhaka bab masak2 tak jadi halnya..jangan durhaka ngan akk betul2 sudahlah..sikit2 dimaafkan heheh. mengoter resipi biasalah bagi org yg pandai msk2 ni..mesti jadi juga . bab seloyang, sedap je nmpk tu. akk pun nak buat tapi roti laku je kat umah ni..tak sempat expired
izah> salam izah, cukup rasa lemak manis,izah adjust la susu tu ikut taste,bg akak dh okey dh..
kak rosa> amboi nak seloyang..bagi loyang aje bleh la hahaha..tadi dh gi anto kt Bangsar nun 7ketoi..
whoaaaaaa sangat menarik dan tertarik! nak cuba jugalah! mekasih kak embun dan jugak mutiara! hihihi
hana> memang sedap bleh la try kalau roti nk expired tu
salam kak lina, sedapnya nengok...mai kita tukar ngan puyuh la kak...hehe
Salam Lina, amboi comei2nye puding roti tu, selera la pulak nengoknyeee...kalau nieza nk tuko dgn puyuhnye tu, akak nk tuko dgn talam cendol, boleh???
nieza> tuko ngan puyuh? nak..nak..
azlina> salam..talam cnedol best gak tuh mkn sejuk2..meh2 kite tuko suka sama suka
sedapnya puding..saya bknnya staff Azz Marketing tetapi sy sdia bkhidmat untuk tolong pelabur..shoutbox anda ada prob ckit
Salam lina,
Ni yg semalam. Ari ni punya tadak ka? Pnt ni mai jauh2, tak hidang kuih..
fiz> mmg sedap fiz
adry> salam...ari ni bz ngukur BJ Komplek hehehe mkn kat luar
Post a Comment