Monday, January 16, 2012

Kuih Cek Mek Molek Gula Merah

Assalamualaikum...
Kuih peberet seisi keluarga.Ringkas dan sedap.kali ni spesel sket sebab saya gunakan gula merah.Biasanya boh gula putih.Hmm ada kelainan dan sedap jugak hehehe.Walau dah banyak kali buat tp ttp nak tepek gak resepi hehehe
malas nk nk bentuk cekmek..hentam wat bulat2 jelah..karang ada yg komplen kata pose kuih cekmek ni sepesen jer hahaha..

RESEPI KUIH CEK MEK MOLEK GULA MERAH
By: http://linapg.blogspot.com/
Bahan-Bahan 
  • 3 cawan keledek lecek
  • 1 cawan tepung gandum @ secukupnya
  • Gula putih/gula merah
  • Minyak masak
Cara-cara:
  1. Ubi keledek direbus hingga empuk ( masukkan sedikit garam ).Biarkan ubi keledek rebus sejuk,kemudian lecek halus
  2. Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit, adun hingga boleh dibentuk.(jangan masukkan terlalu byk tepung, nnt kuih akan menjadi keras).
  3.  Bulat2 adunan (besar sket dr bola pingpong), leperkan masukkan setengah sudu kecil gula kat tengah.
  4. Pastukan bentukkan seperti kuih cekmek molek.
  5. Goreng dgn api sederhana hingga kuning keemasan. SeLamaT MeNcUbA
Note:
  • Pastikan ubi keledek betul2 sejuk,barulah masukkan tepung.kalau masih suam2..akan menambahkan penggunaan tepung.
  • Jika adunan masih melekat kat tangan, sapukan tangan dengan tepung supaya kuih boleh dibentuk.
  • Berhati2 kalau makan cekmek time panas2 sbb gula cair masih panas kat dalam..nnt melecur lak

7 comments:

Acik Erna said... Balas

lina..acik memang suka kuih ni..sedap..tapi belum pernah buat sendiri

Adry@Daun said... Balas

Mcm biasa..kalo cek mek nk lma ketoi. Tak nak yg cantik2, nk cek mek yg pecah perut tu..hehe.. Yg tu lbh sdp sbb rasa garing kat inti gulanya.

hani@debumelukut said... Balas

selain ubi keledek, ubi kayu pun sedap..

EmbunRosaliza said... Balas

Assalam akk nak 10 ketul, lamanya tak buat. hari tu ada beli tapi rasa ubi tu tak sedap mcm pahit ( ubi make ke kelaroh huhu ) Buat sendiri puas mkn

Mamasya said... Balas

Aslmkum Lina.kuih cek mek ni favarit kat rumah tp belum pernah letak gula melaka. nasib baik di sini ada ubi keledek bolehlah selalu buat.

alla said... Balas

ubi alla dok molek lg jd ubi.. blm jd cek mek lg

che mid said... Balas

Orang semulajadi gelojoh tidak digalakkan makan kuih ni.. melecur mulut kang.. hi hi

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...