Thursday, February 16, 2012

Ayam Goreng Berempah Mudah

Kat umah ni, kalau menu ayam...masak apa sekali pun kompom mendapat sambutan even goreng bodoh pun anak2 tetap suka.Ni versi ayam berempah bodoh2 la ni hahaha.Saya wat camni sebenarnya sayangkan minyak masak, kalau boh bawang segala bagai tu kompom hitam legam minyak gorengan tuh.Boh rempah sket2 ni, jimat2 pun jimat pastu rasa pun sedap..
bodoh2 pun sedap gak kat tekak kami sekeluarga

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH MUDAH
By : linapg.blogspot.com

Bahan - Bahan:
  • 6 ketul ayam
  • 1 ketul kiub ayam ( gn garam+kunyit pun ok gak )
  • 1 sb rempah kari
  • 1 sk serbuk jintan putih
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • 1/2 sk serbuk jintan manis
  • Beberapa tangkai daun kari
  • Minyak masak
Cara-Cara:
  1. Lumurkan ayam dengan kiub ayam
  2. Kemudian lumurkan pulak dengan jintan manis, jintan putih dan ketumbar.Diikuti rempah kari
  3. Gaulkan sekali dengan daun kari.Perap selam setengah jam (lagi lama lagi sedap)
  4. Goreng hingga masak.Gunakan api sederhana.
Note : sekiranya mengguna rempah bunga rose, tak perlu letak segala jintan dan ketumbar tuh.Guna 1 sudu makan rempah gulai dan setengah sudu makan rempah masak bunga rose sudah memadai untuk 6 ketul ayam
thanks untuk alla&azmi atas pemberian rempah ni.

9 comments:

Qasey Honey said... Balas

mudah tp sedapppp...

Amie said... Balas

Ha ha haaa... sedangkan mee bodoh pun orang makan, apalagi kalau ayam goreng bodoh...sedap tu Lina!

ijayuji said... Balas

Salam kak lina! Comellllllnyer ank pompuan akak gmbr header kat atas nun :D geram tgk! Hihihi..... Tgk ayam berempah akak ni pun geram jugak :D nk buat lauk apa ya mlm ni? Semlm ayam semalamnyer pun ayam, takut kena komplen :D

Adry@Daun said... Balas

Menu simple mcm ni kalau ada ulam ngan budu meme nyakut la..haha..

Chik Mimi said... Balas

Budak-2 dengan ayam memang tak dapat dipisahkan kan Lina,daktecik tu buat apa ciom skit

Acik Erna said... Balas

assalam lona..dirumah acik ni anak2 dah besar pun..macam tu jugak..ayam je..acik rasa macam dah x lalu nak makan yam hari2.

Mama Farris said... Balas

tq..boleh try nnti

EmbunRosaliza said... Balas

assalam, hilang la pulak komen tadi huhu, sedap ayam goreng berempah simple2 gini, nampak ppun cantik ke, anak2 mmg suka ngan ayam goreng2 gini, mesnu setiap hari pun x kisahnya

Cekgu Maz said... Balas

adu sedapnye ayam tu...simple je kan..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...