Wednesday, November 7, 2012

Pulut Serikaya

Assalamualaikum...
Dah lama tak wat pulut serikaya ni, kali ni wat lapisan pulut setengah adunan jer.Tapi lapisan kepala tuh menten satu adunan.So dapatlah makan tang kepala yang tebal sket.Wat camni pakat2 makan lak budak2 kat umah ni.Doulu2 wat cam xbape nak layan jer kuih tradisional cam ni.Ni dah reti makan kot.Resepi masih stick ngan yang lama gak.resepi sapa lagi kalau bukan sifu kuih tradisional kite nih Yatie.
sememeh sket rupa paras.mayb saya tak tekan padat sangat kot tang pulut tuh.Bab sedap tok sah citer la..kalau berulang kali dok wat kan?

PULUT SERIKAYA
By : Yatie
sharing : linapg

Bahan-bahan
* Bahan lapisan bawah
* 2 cawan beras pulut
* 1 1/2 cawan santan cair( biasanya santan ikut paras pulut dan lebihkan santan sikit je)
* 1/2 sk garam
* 1 sb minyak

Cara Untuk Lapisan Bawah
  1. Sediakan kukusan terlebih dahulu. Biarkan air mendidih.
  2. Bersihkan beras pulut dan direndam selama 10-20min.
  3. Toskan beras pulut. Tak perlulah lama2 sekejap je pon boleh. Alas loyang dngn plastik.
  4. Satukan semua bahan2 didlm loyang dan dikacau sedikit agar minyak dapat diratakan.
  5. Kukus diatas kukusan yg telah sedia mendidih selama 20-30min.
  6. Keluarkan loyang dari kukusan, ratakan permukaan pulut tadi dan tekan2 pulut biar padat. Siap untuk dilapis dgn lapisan atas.
  7. Sementara menunggu lapisan bawah masak, bolehlah siapkan bahan2 utk lapisan atas.
* Bahan lapisan atas
* 1 cawan tepung gandum (lina pg jadikan campuran tepung= 1 cawan jer)
* 1 sudu besar tepung jagung
* 1 sudu besar tepung beras
* 3/4 cwn gula merah (linapg gn 1keping gula nipah))
* 1/2 cawan gula pasir (linapg boh 2sudu besar)
* 2 biji telur gred A
* 2 cwn santan pekat
* 1 cwn air (utk di masak bersama gula merah dan gula pasir)
* 1/2 sk garam
* sedikit coklat emulco(warna gelap sikit)sy xboh

Cara Untuk Lapisan Atas
  1. Masak gula merah dan gula pasir bersama 1 cwn air dan tapiskan....sejukkan sebentar.
  2. Satukan tpng gandum, tpng beras dan tepung jagung ke dlm mangkuk besar.
  3. Masukkan santan yg telah dilarutkan bersama garam.
  4. Di ikuti dgn air gula yg telah sejuk.
  5. Masukkan telur dan gaul sebati...nak mudah blend semua bahan.
  6. Masak di atas api sederhana sebentar dan sentiasa di gaul.( biar berwap saja)Sekali lagi dgn kukus yg sedia mendidih tapi INGAT api biar sederhana aje...letakkan loyang yg berisi pulut tadi tu....kedlm kukusan dan dgn perlahan tuangkan lapisan atas. Kukus la selama 20 minit saja.
  7. PERINGATAN...kuih ini hendaklah betul2 sejuk barulah mudah dipotong dan cantik dihidangkan...jadi SELAMAT MENCUBA!!
  8. Potong menggunakan pisau plastik/pisau kek supaya kuih cantik dn licin.

19 comments:

Marsita yahya said... Balas

sedap...feveret. Bahan ada dah...tinggal mood nak buat aje...:)

lina_pg said... Balas

Marsita-tu la kan kadang2 mood rajin tak mo mari la.Sama la kite.Rasa tingin nk mkn tp malas nk wt..tggu rajin atau beli je haha

EmbunRosaliza said... Balas

Assalam memang sangat sedap pulut seri kaya yatie ni, akk pun dh tak terkira byk kali buat, yg tak letak pic lagi pun ada juga. Umah akk ni buat seloyang pun wajib habis heheh

lina_pg said... Balas

@EmbunRosaliza
Wslm,memang sdp n kena ngan tekak.Kali wt pakat mkn lak suma.

lina_pg said... Balas

@EmbunRosaliza
Wslm,memang sdp n kena ngan tekak.Kali wt pakat mkn lak suma.

Sheila Shafeareen said... Balas

assalmualaikum Kak lina hemm kuih fv ank dara saya ni...sy punsuka..kuih yg berasaskan pulut...tq ingat nak try juga buat sarapn ptg atau pg

Bicara Kak Noor said... Balas

akak pun dah ada pulut ni tak tau bila nak buat teringin nak makan tapi malas buat heee cantik yg Lina punya ni akak suka kaler nya..

JaSSNaNi said... Balas

cantek jadi nya..
nampak perfect sangat.. :)

Norzie hany said... Balas

Cantik dan kemas aje potongan kiuh seri muka lina ni.kuih ni mmg fav sis.

Zaliedana said... Balas

kat umh sy nih klo pulut2 mmg laku ja,ank2 n laling suka mkn,tapi xnah lagi try pulut serikaya nih,klo serimuka tuh mmg selalu jugalah duk wt..insyaAllah nti2 nk juga try..

mama sara nur said... Balas

assalam Lina
isshhh sedapnya wat sarapan pagi, akak ni memang pantang nampk kuih2 muih gini rasa mcm nak makan segera je he he

lina_pg said... Balas

@Sheila Shafeareen
Wslm...sedap sheila,peberet km gak ni

lina_pg said... Balas

@Bicara Kak Noor
Pulut dah ada tu kak noor tggu apa lg?ON terus la

lina_pg said... Balas

@JaSSNa
Ni

Tenkiu Nani

lina_pg said... Balas

Norzie,CT n mamasara >Tenkiu suma.

Naz / Nadz COSK said... Balas

Assallamualaikum kak Lina.

Wahh..cantiknya lapisan pulut seri kaya akak..Potongan kuih pun kemas sungguh.. Tak bersememeh pun.. Eh..banyak kali akak pernah buat pulut seri kaya ye..

FnF Simple Life said... Balas

cantik kejadian pulut seri kaya kak lina... terus teringin nak cuba ;)

Sue @ Nenie said... Balas

Salam Kak..Ni antara kuih kegemaran saya sejak kecil ni...Kalau pulut2 n kaya ni memang layannnn habisssss

Rohah said... Balas

cantek licin je kuih ni kak..sy tak pernah lg buat pulut serikaya gula merah..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...