Monday, November 18, 2013

Resepi Ayam Gajus (Sedap Dan Mudah)

Assalamualaikum..
Apa khabar suma...cuti sekolah telah pun bermula, Selamat Bercuti saya ucapkan kepada anak2, adik2 dan juga para pendidik.Bila cuti sekolah dapur akan sentiasa panas.Dari buat sarapan, makan tengahari, minum petang dan makan malam.Pendek kata tak senang duduk la si mama ni kat umah...
Agak lama TMK tidak menghidangkan masakan..bukan apa, kadang2 masak menda yg sama (siaran ulangan) tu yg malas nk wat n3.Hari ni diberi sedkit kerajinan untuk snap gambar dan juga wat n3 ringkas.Dalam rajin tp malas still ada gak.Gambar snap ngan enpon jer...takpo lah janji hado hehe.
Resepi saya pernah kongsikan di myR lamaaaaa dulu.Kali ni saya ubah suai sket jer.Penambahbaikan la kiranya kui2...Jom..
Maaf la ya gambar kucar kacir sket...angkat dari kuali terus snap..siap jer anak2 dah tak sabar nk makan..
RESEPI AYAM GAJUS
By : LiNa Pg (MyR)
Bahan-Bahan:
  • 400 gram isi ayam (dihiris nipis)
  • 6 ulas bawang merah (ditumbuk/dikisar)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk/dikisar)
  • 1 cm halia (ditumbuk/dikisar)
  • 2-3 sudu makan cili boh (boleh ditambah/kurang)
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 1 sudu makan kicap manis 
  • 1 sudu makan sos tomato
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 biji cili merah (dipotong serong)
  • 1 biji cili hijau (dipotong serong)
  • 1/2 cawan gajus (LiNa Pg gn yg siap dipanggang)
  • 1 sk madu
  • Tomato
  • 2 sudu makan gajus (ditumbuk halus)
  • 1 sudu makan tepung jagung
  • Garam, Kunyit, sedikit lada hitam
  • Minyak
Cara-cara
  1. Perasakan ayam dengan garam kunyit dan lada hitam (tumbuk kasar) taburkan  tepung jagung.Goreng 3/4 masak dan ketepikan
  2. Tumis bahan kisar hingga wangi dan garing, kemudian masukkan cili boh.Tumis hingga pecah minyak.Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap dan madu.Kacau sebati.Masukkan sedkit air.
  3. Masukkan gajus yg ditumbuk halus.Masukkan ayam, bawang besar, hirisan cili merah.Kacau sebati.
  4. Akhir sekali masukkan gajus dan tomato.Kacau sebentar.Tutup api.

4 comments:

asyifa mustaffa said... Balas

Pernah nak msak gini..tp manjang lupa nak beli gajusnya kak....huhuhu....

LiNa_Pg said... Balas

Akak suka masak yg simple2 camni syifa hehe

Bbwana adienia said... Balas

salam kak lina..

wow, nampak menyelerakan la ayam tu..sedapnya.best kalau dapat makan ni.

Saffia Hasifi said... Balas

just follow u. menarik isi dan tertarik dengan bahan yang dicampur dalam blog ni.goodluck....

http://abanghas.blogspot.com

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...