Wednesday, December 11, 2013

Resepi Ayam Panggang Ketumbar

Assalamualaikum..
Ayam lagiiiiii......biasalah budak2 asyik makan ayam jer.Naik pening dah mama dia nk reka menu apa lagi.Kadang2 ayam goreng jer..itupun deme kata sedap haha.Kali ni saya nk kongsikan satu resepi ayam panggang yang sedap.Menggunakan daun ketumbar sebagai bahan utama.Sebenarnya resepi ini diinspirasikan dari Resepi Ayam Panggang Beraroma Daun Ketumbar.Tapi saya dah buat penambah baikan mengikut citarasa sendiri.Rasanya semakin mabeles.Time dok bako tu aromanya semerbak satu umah membuatkan anak2 asyik keluar masuk dapur dan bertanyakan menu masakan mamanya hehe...Yg tak tahan selang 10min dok tanya dah masak ke belum huhu..nampak sangat aroma ayam panggang ni menggoda selera anak2 hihiiii...Bila kata okey dah siap...berdesup masuk dapur nak makan...sambil tangan mencapai ayam..terpacul soklan dari si sulung..'mama dah amek gambar' kih2.....macam biaseee jer kan?Selamba mama dia jawab 'dah' cincai jer kesian anak2 mama dah lapar...
Sori yea gambar kucar kacir jer, nak cepat punya pasal.. janji nampak rupa ayam jer...Ayam ni jugak enak dimakan begitu saje.Len kali bleh ala2 Western gitew..makan ngan kentang putar...

RESEPI AYAM PANGGANG BERAROMA DAUN KETUMBAR
By: LiNa Pg

Bahan-Bahan
  • 1 ekor ayam (ikut suka nk potong brp)*
  • 2 pokok daun ketumbar ( daun, batang dan akar2nya sekali – cuci bersih2 )*
  • 1 inci halia*
  • 1 cm lengkuas*
  • 6 ulas bawang putih*
  • 6 ulas bawang merah*
  • 2 batang serai *
  • 3 – 4 biji cili merah ( kalau nak lebih pedas boleh guna cili padi )*
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 kiub ayam
  • 1 sb rempah kari ayam
  • 1 sk serbuk ketumbar
  • Sedikit garam/gula (jika perlu-LiNa Pg xletak-memadai dengan kiub ayam)
  • 2 sb sos tiram
  • 2sb kicap manis
Cara Penyediaan
  1. Kisar bahan bertanda * kemudian gaulkan masukkan serbuk kunyit, rempah kari dan juga serbuk ketumbar
  2. Bersihkan ayam dengan gaulkan tepung gandum dan bilas dgn air bersih.Toskan
  3. Perasakan ayam dengan kiub ayam.Kemudian gaulkan dengan sos tiram dan kicap.
  4. Gaulkan pulak dengan bahan campuran (No.1)
  5. Perapkan sekurang2nya setengah jam.Lagi lama lagi sedap.
  6. Panggang hingga masak (LiNa Pg panggang guna pemanggang ajaib)
Bahan kisar, rempah kari, serbuk ketumbar dan kunyit
 ayam digaul sebati dengan kiub ayam kemudian sos tiram dan juga kicap
 
Seterusnya bahan rempah tadi.Gaul sebati.Kemudian perap sekejap
Panggang hingga masak

4 comments:

Acik Erna said... Balas

betul lina..hero bongsu acik kalau ada dirumah ayaaaammmm je..kita sampai rasa dah tak lalu nak telan ayam dah..tapi lina rajin..mempelbagaikan masakan ayam lina

Qashmere said... Balas

Sedapnyaaaaaaaaa....teringin nak buat

LiNa_Pg said... Balas

@Acik Erna
Kannn acik?bebudak memang suka sangat makan ayam

LiNa_Pg said... Balas

@Qashmere
Sedap la kat tekak kami sekeluarga..cuba laaa

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...