Wednesday, July 24, 2013

Ayam Panggang Beraroma Daun Ketumbar

Assalamualaikum...
Pertama kali mencuba ayam panggang yg agak simple tapi rasanya sedap.Bahan2 pun sangat senang dan sentiasa ada stok dalam esbok.Bukan apa bila dah masuk pertengahan Ramadhan ni, otak pun dah buntu mencari hidangan untuk keluarga.Bukan saja kawan2 yg kekeringan idea untuk masak, kami blogger ni pun kadang2 jem jugak nk memikirkan juadah buka posa.Seb baik ada dapur kawan2 yg lain yg boleh diterjah untuk mencari idea.Hasil gugelan sy jumpa rcp yg simple tp sedap kat dapur Wana.Berminat??Jom kite semak resepi
 Maaf la..kalau pesen panggang camni selalunya sy snap ngan henpon jer..ngam2 nk buka posa br masak..tu pun 10min terakhir dah guna api besar, takut tak sempat siap haha..

RESEPI AYAM PANGGANG BERAROMA DAUN KETUMBAR
Sumber Rujukan :Wana (Potret Kasih)
Sumber: LiNa Pg

Bahan-Bahan:

  • 1/2 ekor ayam
  • 1 pokok daun ketumbar ( daun, batang dan akar2nya sekali – cuci bersih2 )
  • 1 inci halia
  • 1 labu bawang putih ( 6-8 ulas bawang putih ) LiNa Pg gn 4 ulas jer
  • 3 – 4 biji cili merah ( kalau nak lebih pedas boleh guna cili padi )
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit
  • 1 sudu makan gula (LiNa Pg gn madu)
  • 1/2 sudu makan garam
  • 2 – 3 sudu makan jus limau/cuka (LiNa Pg gn sebelah hirisan lemon sj)
  • sedikit perasa (jika suka )

**jika suka boleh letak jintan dan biji ketumbar atau serai – di kisar sekali dgn bhn kisar…. saya tak letak!!!saja nak try resepi yg simple!!! (LiNa pg pun tak letak gak)

Cara Penyediaan


  1. Bersihkan ayam dengan gaulkan tepung gandum dan bilas dgn air bersih…
  2. Kisar bawang putih, cili merah, halia, daun ketumbar, serbuk kunyit, gula, garam, jus limau dan  gula dgn sedikit air.(Note: LiNa pg gaul serbuk kunyit pas blend suma bahan-takut blender jd kuning huhu
  3. Sediakan dulang pembakar kemudian susun ayam.
  4. Kelar2kan sedikit  ayam tersebut terutama bahagian isi yg tebal…
  5. Curahkan bahan kisar pada ayam…gaul2kan hingga sebati ayam dgn bahan kisarnya
  6. Perapkan sebentar, barulah dibakar…. selama lebih kurang  50 minit – 1 jam…
  7. Balik2kan ayam agar rata masaknya…sambil dilumurkan rempah/minyak ayam pada ayam tadi….
  8. Bila ayam sudah masak keluarkan ayam kemudian dipotong2 dan tuang kuahnya pada ayam tadi..
  9. Jika suka hidangkan dengan sos cili bersama daun ketumbar bersama ulam2an dan nasi panas.(LiNa Pg makan ngan nasi putih gitu ajer, tak buat sos pun)

LiNa Pg guna pemanggang ajaib untuk panggang ayam ni...

10 comments:

Asyifa Mustaffa said... Balas

Sy suka pesen panggang2 time masak ni kak...sonang!
Nmpk sedap plak ayam tu...bunyi2 perut ni haaa....

Azian Nd said... Balas

senang kalau yg panggang2 ni...perap awal bila nak buka baru panggang.Makan dgn nasi putih sedap!

JaSSNaNi said... Balas

sedapnyaaaaa... senang pakai pemanggang tu.. terpercik pun tak kotor dapor.. kan..

Acik Erna said... Balas

assalam lina..nak kena cari pemanggan ajaib ni..macam senang je lina masak guna tu kan

LiNa_Pg said... Balas

@Asyifa Mustaffa
akak pun suka gak...senang kije, rasa pun sedap

LiNa_Pg said... Balas

@Azian Nd
Betul tu, kalau perap lagi lama lagi sedap..meresap segala rasa

LiNa_Pg said... Balas

@JaSSNaNi
Skrg ni suma guna pemanggang, wat gulai pun takat 400gram dgg guna pmnggang jer senang kije

LiNa_Pg said... Balas

@Acik Erna
wslm...memang senang kije guna pemanggang ni, sy beli kat bebas cukai murah sket

EmbunRosaliza said... Balas

assalam, sedap nmpk tu, rupa berkuah mcm percik sikit. kat umah akk ada ayam yg dh potong2 je kalo tak boleh cuba, ketumbar pun ada je lam esbox tu

blokade49 said... Balas

Saya suka blog anda yang penuh dengan resep masakan dan macam kue.
Karya anda semoga bertambah jaya.

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...