Tuesday, September 30, 2014

Resepi Ayam Kicap Pedas Madu Karipoley (Daun Kari)

Assalamualaikum...
Dah hampir tengahari ni, mesti kaum ibu pening memikirkan juadah yg bakal dihidang untuk keluarga.Tambah pulak kalau anak2 asyik nak makan ayam jer.Jenuh jugak kan kalau hari2 ayam jer..Mak2 la kena kreatif cari resepi untuk memebuhi selera anak2.Okey hari ni saya nk kongsikan satu resepi yg menjadi peberet kami sekeluarga.Bukan takat anak2 tp abah depa pun suka gak lauk ni..Alhamdulillah mmg kalau ada daun kari menu ni akan terhidang saban mggu...Nak tau keenakannya kenalah cuba sndri..
 nyum..nyum..sedapnya..anak2 akan gaul kuah ayam ni ke dalam nasi...

AYAM KICAP PEDAS MADU KARIPOLEY (DAUN KARI)

Bahan Bahan

  • 1 ekor ayam (potong 12)
  • 1 bawang besar (hiris)
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 biji buah tomato (belah 4)
  • 10 ulas bawang merah dikisar
  • 6 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia dikisar
  • 2 sudu besar cili giling
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu besar manis
  • 1 sudu besar gula/gula merah
  • 1 biji cili merah - hiris
  • Garam, kunyit, gula/perasa
  • Minyak

CARA MEMBUATNYA

  1. Lumurkan potongan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam sehingga rata dan gorengkan seperti biasa sehingga garing. Angkat & toskan
  2. Dengan sedikit lebihan minyak tadi, tumiskan bawang besar daun kari sehingga agak layu, baru dimasukkan pula bahan2 kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia & cili giling dan kacau2kan sehingga agak garing & naik aromanya
  3. Masukkan sos tiram dan madu, kacau2kan lagi.Sesuaikan rasa (tambah garam, gula jika perlu)
  4. Apabila kuah sudah pekat, masukkan ayam goreng tadi dan kacau2kan biar sebati dengan kuahnya
  5. Terakhir baru masukkan buah tomato/cili merah dan kacau sebati
  6. Dah siap tutup api

Terliur x?kalau terliur cepat2 pi masak...cepat jer nak siapkan ni

5 comments:

EmbunRosaliza said... Balas

Assalam ayam kicap ni sangat sedap suka dgn bau daun kari tu, anak2 yg tak suka bau daun kari pun suka, pedas2 manis n berkicap

Amie said... Balas

Lama tak dengar perkataan karipoley.... he heheh.

Ayu said... Balas

Assalam Lina,
memang sedap lauk ni..anak2 suka..mak pun senang hati..heheh

zana fahmi said... Balas

As salam lina....
Hehe....karipolei yg tak menahan tu, sedap.

zila norazila said... Balas

he hee lina karipolei tu yg mahal ..ayat tu..nampak sedap lina ..insyaallah leh try jgk nnt..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...