Wednesday, September 3, 2014

Resepi Ketupat Dakap

Assalamualaikum...
Rajin tul mggu ni wat n3 kan?Dah lama berhajat nk makan ketupat ngan rendang ni..Plan nk buat masa raya posa 6 lagi, tp banyak lak hal ngan aktiviti anak2 di hari sabtu terpaksalah ditangguhkan.Kebetulan masa cuti long wk end lepas sempena Merdeka Day kami tidak ke mana2 sekadar ronda2 area Penang jer, so bolehlah teruskan niat untuk buat ketupat.Kalautidak...kempuanan jugak kan hehe..Bila acara bungkus membungkus tu saya buat kerahan tenaga siap panggil adik bongsu lagi mai balut sekali kikiii..sbb time tu saya bz wat rendang..ada asistan cepat la siap kije..

Rajin tul snap gambar banyak2 tp versi buka aurat tadak pulak sbb takut kamera berminyak haha..ada jugak camtu hihii
RESEPI KETUPAT DAKAP
By : LiNa Pg

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg beras pulut.
  • 700-750ml santan pekat
  • 2 sb gula
  • secubit garam (lina pg letak 1sk)
  • Daun pisang dan tali rafia (untuk membalut ketupat)

CARA-CARA:

  1. Beras pulut dicuci hingga betul2 bersih (cuci hingga air cucian menjadi jernih).Rendam semalaman.Toskan hinggan kering
  2. Panaskan air dalam pengukus hingga mendidih
  3. Sementara itu satukan santan pekat, garam dan gula (Garam dan gula ikut selera ya).Kacau hingga garam dan gula hancur.Rasa dulu masin dan manisnya.
  4. Panaskan santan atas api hingga naik wap sahaja.Jangan biarkan santan mendidih takut pecah minyak dan cantik.Sentiasa kacau ya.Tutup api dan sejuk sebentar.
  5. Kukus beras pulut hingga separuh masak (anggaran 20min)
  6. Angkat pulut dan tuang ke dalam bekas yang besar.Pulut diarun dengan santan.Tuangkan santan pekat sedikit demi sedikit dan gaul rata.Memadai setakat lembabkan pulut.Kalau dah ok, tak perlu habeskan semua santan.Biarkan sebentar supaya pulut mesra dengan santan (anggaran 10minit)
  7. Masukkan semula pulut ke dalam kukusan dan kukus hingga masak.(pastikan air kukusan telah mendidih)Anggaran dalam 20-25min.
  8. Setelah pulut masak, angkat dan masukkan ke dalam bekas yang besar.Sejukkan sebentar
  9. Daun pisang hendaklah dilayukan atas api atau di bawah cahaya matahari  supaya daun pisang tidak pecah semasa proses membalut ketupat.
  10. Daun pisang dilap bersih dan siat lebar sedikit dari tapak tangan.Macam buat lepat tuh..
  11. Letakkan pulut lebih 2 sudu besar dan dibentuk seperti gambar kat atas tuh.
  12. Selesai membalut, kukus semula ketupat selama 8-10min.Ketupat sedia dimakan...
Note:
Kali ni saya rebus ketupat sbb m.i.l cakap rebus lagi sedap..masukkan ketupat ke dalam periuk besar, tuang air sama paras dengan ketupat.Rebus dengan api kecil/sederhana hingga air kering.Agak lama juga ~2jam.LiNa Pg alas bahagian dasar periuk dengan daun pisang supaya ketupat tidak hangus



5 comments:

kakyon said... Balas

belum pernah makan lagi ketupat dakap..

LiNa_Pg said... Balas

@kakyon
Cara pembuatan dan rasa sama macam kerupat daun palas cuma dibalut dengan daun pisang jer..

sud@is said... Balas

Sama kakyon belum try makan lagi, yang bentuk macam nikah yang ada pisang ditengah tu?

LiNa_Pg said... Balas

@sud@is
Kalau nk letak pisang pun boleh jugak..tp saya suka yg plain jer n lebih tahan lama..kalau ada pisang takut cepat rosak..
btw..terima kasih selalu singgah blog TMK...saya dah masukkan dlm blog list TMK

adda syuhada said... Balas

sedapnya...

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...