Monday, September 22, 2014

Resepi Nasi Beriani Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum...
Kembali bersiaran di pagi Isnin.Hari ni bermula seisi persekolahan setelah bercuti seminggu...Nampaknya rutin harian akan kembali ke asal.Si abang agak ceria ke sekolah..tp si adik tidak begitu setelah mendengar berita malam tadi megenai paper Math UPSR malam tadi...Alahai kesiannya anak2 UPSR tahun...Banyak tul dugaan...Semoga Allah s.w.t permudahkan segala urusan anak2 UPSR tahun ni dan berikan kejayaan cemerlanag kepad mereka (atas uusaha mereka sendri dan bukan menggunakan jalan pintas)
Okey la....back to the track...Nasi Beriani ni saya buat mggu lepas lagi.Lepas balik cuti2 Melaka tu..esbok dah kosong, so..ajak husband beli stok lauk pauk kat meden...nampak dgg kambing, ayam...dalam paler boleh la buat nasi beriani..memandangkan anak2 ad kat umah (kan cuti time) bolehlah diorang ulang makan..Senang mama depa xyah dah buat minum petang hahaaa..Sy menggunakan resepi yg sama cuma kali ni saya gunakan stock ayam (air rebusan dari tulang2 ayam...sebab isinya saya gunakan untuk sayur)Rasa rajin lak rebus buat stok...Biasanya saya buang cenggitu jer...
Kalau ada yg berminat nak cuba silakan....bolehlah buat juadah keluarga di hari raya haji nnt..Tak lama dah nak raya...Jom semak resepi
Letak kaler oren sket bagi berseri...

RESEPI NASI BERIANI
By : LiNa Pg

BAHAN-BAHAN:

  • 5 pot beras basmati ( cuci bersih dan rendam ~20min)
  • 5 pot air rebusan ayam (boleh guna air biasa jer)
  • 2 paket rempah beriani maggi ( jadikan pes)
  • Rempah tumis 4 beradik (Bunga lawang, b.cengkih,pelaga,kulit kayu manis)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 labu bawang besar ( blend )
  • 1 kiub ayam maggi
  • 3 helai daun pandan simpul
  • Daun pudina, kismis, gajus & daun ketumbar ( hiasan)
  • Minyak sapi / minyak masak / mentega

CARA PENYEDIAAN:

  1. Tumiskan bawang besar & rempah 4beradik hingga wangi ( bawang sedikit layu )jgn sampai garing ya..nnt pahit xsedap lak
  2. Masukkan pes rempah beriani, tumis lagi hgga pecah minyak.
  3. Masukkan beras, kacau sebati ngan rempah2 tersebut.Masukkan air, susu cair, kiub ayam, daun pandan, kismis dan gajus. Simpan sedikit ksmis n gajus utk hiasan
  4. Tunggu hingga nasi kering (kacau sekali sekali).Bila nasi kering kecilkan api tggu hingga nasi masak (seperti msk nasi biasa)
  5. Bila nasi masak, gembur2kan nasi dan masukkan daun pudina. Daun pudina akan membangkitkan aroma nasi beriani ni.
  6. Taburkan kismis, gajus, daun ketumbar sebagai hiasan

Set Beriani.Nasi Beriani, Ayam Panggang Beriani dan Kambing Beriani..nyum..nyummm

14 comments:

EmbunRosaliza said... Balas

Dapat 1 set lengkap utk lunch hari ni best juga ni. Sedap nampak nasi ni, lama tak buat nasi beriani

Acik Erna said... Balas

siap dah resepi untuk raya haji kan lina..acik boleh buat ayam je..kambing tak pernah masak

sud@is said... Balas

Beriani kambing menarik selera,, tq ada resepi ,senang2 boleh mencuba...

Bicara Kak Noor said... Balas

sedapnya nampak ni lina dah terlioq orang sini

Bicara Kak Noor said... Balas

sedapnya nampak ni lina dah terlioq orang sini

maz said... Balas

Assalamualaikum...kmaz link ye...wpun dh lama brblog tpi bnyk yg tidur dpur maya tu...ni bru nk hidup blik...kmaz pun suka mask ikut suka2 jgk...kdang2 tu klu nk ikut rspi ada plak bhn yg xde kat dpur..jdi buat je la mudah2...

Bbwana adienia said... Balas

lamanya wana x makan nasi beriani ni kak lina..tapi x penah buat sendiri pun..selalu makan di kedai india..hikhik..

TEAM N.I.S.F SHAKLEE said... Balas

Best.. Nk try la. Follow me to.. Tq
ummuque.blogspot.com

Ummi Iman said... Balas

Assalam. Singgah copy resepi ;-)

Bakrie Mamat said... Balas

brapa org makan ni ye...

momsbreastfeeding said... Balas

alhamdulillah sedap

Melody Stringer said... Balas

thanks resepnya

Nonton film 720p


ainia96 my said... Balas

Kalau pakai beras biasa boleh tak?

The Boss said... Balas

Tak boleh

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...