Wednesday, March 18, 2015

Resepi Ayam Goreng Bawang Putih

Assalamualaikum....
Cuti2 sekolah ni anak2 ada kat rumah...naik pening jugak nk masak..kadang2 buntu jugak nk siapkan lunch sbb anak2 sukaaaaa sangat makan ayam.Pada mulanya nak buat ayam goreng berempah jer..tp cam dah terlalu biasa buat ayam goreng berempah...cari kelainan sket la.Akhirnya berkenan ngan resepi Ayam Goreng Bawang Putih ni.Resepi asal dari blog negara jiran, pastu saya jumpa lak versi bahasa melayu kat rumah kak Ayu Singapore..so terus decide buat ayam goreng bawang putih ni...Walaupun nampak cam semak sket sbb ada kulit bawang tp sedap tau manis2 rangup bawang putih tu..Jom kita layan gambar dan resepinya
Gambar x berapa cantik sket maybe sbb dapur gelap kot...xpe la janji ada nampak ayam dan bawang2 tuh...kira orait la

RESEPI AYAM GORENG BAWANG PUTIH

Bahan-Bahan: (versi LiNa Pg rcp asal boleh refer kat link)

  • 1 ekor ayam (LiNa Pg guna 10ketul drumstick)
  • 3 labu bawang putih (cuci bersih dan ketuk2 sedikit hingga pecah2 kasar)
  • Sedidkit Daun Kari (LiNa Pg tambah, rcp asal xde)
  • Minyak

Bahan Tumbuk Halus/Kisar

  • 8 ulas bawang putih
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 sudu teh serbuk ketumbar 
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 cm halia

Bahan-Bahan Lain

  • 1 sudu teh tepung jagung
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu teh garam
  • Sedikit perasa
  • 2 sudu teh baking powder

Cara Membuat:

  1. Ayam dibersihkan, LiNa Pg rendam sekejap dalam larutan cuka.Bilas bersih dan toskan
  2. Sediakan mangkuk besar, masukkan semua bahan kisar, tepung jagung, garam, baking powder dan sos tiram, gaul hingga rata.
  3. Masukkan ayam, gaul rata dengan bahan perapan.Perap selama 20 minit hingga bahan perapan meresap. 
  4. Sementara itu, boleh disediakan bawang putih goreng.Bawang putih yang telah diketuk2 tadi ditabur sedikit garam.
  5. Sediakan kuali non stick tuangkan minyak yang banyak. Pastikan minyak hingga benar-benar panas. Masukkan bawang putih(dan daun kari) dan goreng bawang putih hingga garing dan crispy, angkat dan toskan.Ketepikan.
  6. Kemudian bolehlah menggoreng ayam yang telah diperap tadi.Goreng secara deep fry hingga kuning keemasan guna api sederhana sahaja supaya ayam tidak hangus.
  7. Setelah ayam garing..taburkan gorengan baang putih dan daun kari tadi.Sedia dihidang.Rangup dan sedap


4 comments:

Dewi Aja said... Balas

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

♥♥azatiesayang ♥♥ said... Balas

Salam Lina...mesti sedap ayam goreng ni tambah2 ada bau bwg putih..daun kari!
Sama la dgn rmh kak atie...hari2 ada menu ayam..maklum anak2 ada kat rmh

sud@is said... Balas

Syukran hari ni saja dah dapat 2 resepi ayam yang sedap dipandang mata, cair dimulut....
ayam ala kenny rogers dan ayam bawang putih... TQ lina....

Bbwana adienia said... Balas

erm, mesti best rasa ayam goreng ni kan kak..wana suka bau bawang putih..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...