Bone Steak Yang Sedap (Sup Tulang Merah)

By LiNa_Pg - Monday, January 16, 2017

Assalamualaikum...
Kali pertama saya memasak Bone steak ni ialah pada tahun 2008/2009 lamaaaaa dah ni.maisarah pun xde lagi masa ni.Ketika tu saya baru berjinak2 dgn dunia masakan.Tengah kemaruk mencuba resepi2 hebat dari dapur Myresipi.Tambah pulak kalau resepi dari sifu kak fida, mmg wajiblah cuba.Bila tgk rakan2 myR mencuba bone steak ni, kita pun berlumba2 nak mencuba keenakannya.Mmg sangat berbaloi sebab sangat sedap.Kira berjaya la menghasilkan makanan unik walaupun saya masih hijau dgn dunia masakan.Sup Tulang Merah ni sangat popular di Singapura.Teringat pulak semasa saya dan keluarga bercuti ke Kota Singa tahun 2011.Masa tu Maisarah baru umur 6 bulan.Sempat jugak saya menikmati Bone Steak yg dijual di food cort (Joo Chiat Road) belakang hotel 81 Classic, tapi sebab kami dah biasa makan yg homemade tekak rasa lain bila makan yg dibeli kat kedai.Sedap tu sedap tp yg resepi kak fida ni lagiiiiiii sedap kat tekak kami hehee.Paling best kat Medan selera ni semua makanan halal part paling menarik, toilet pun ada paip air hehee..Kalau toilet lain jangan harap la nk ada paip air..pandai2 la bw botol mineral ke hapa kannnn kikiiiii.
Sekali sekala mengimbau kenangan hehee..semuanya terpahat indah dalam lipatan sejarah...kwn2 myR..cuti2 ke Kota Singa tetap segar dalam ingatan.
Dah bebel panjang, meh la kita semak resepi Bone Steak ni.Nampak panjang berjela sebab LiNa Pg edit buat bahan A,B,C camtu.Cara masak tu mudah jer sebenarnya

Cara Masak guna stew, sup tulang merah, bone steak menggunakan pressure cooker
Snap guna hp jer ni.Mood photoshoot masih lemau.Bone steak ni sedap dimakan bersama roti putih, roti paratha dan juga nasi.

BONE STEAK (SUP TULANG MERAH)
By Malina LiNa Pg (http://linapg.blogspot.my/)
Sumber Kak Fida
Bahan A
  • 1 kilo tulang - (LiNa Pg guna kambing bertulang)
  • 3 helai daun pandan (LiNa Pg terlupa nk letak)
  • 1 btg serai
  • 4 ulas bwg putih - diketuk
  • 1 ibu jari halia - diketuk
  • Air (secukupnya)
Cara:
  • Satukan semua bahan di atas ke dalam periuk besar dan masukkan air secukupnya hingga tulang tenggelam dan rebus.

Bahan B 
  • 2 sb ketumbar biji
  • 1 sb jintan kasar
  • 3/4 sb jintan halus
  • 1/2 sb lada hitam/putih
Cara:

  1. Sangai semua bahan B dan kisar halus.
  2. Kemudian masukkan ke dalam periuk rebusan tulang (Bahan A) rebus hingga daging empuk
Bahan C (Kisar)
  • 10-15 tangkai cili kering
  • 10 ulas bwg merah
  • 5 ulas bwh putih
Bahan D 
  • 1 botol tomato sos
  • 2 sb kicap manis
  • kobis,carrot,kentang -dipotong ikut suka
  • 1-2 biji bwg besar - dibelah
  • cili hijau - dipotong
  • 2 biji telur - di kocok
  • Daun sop/daun bawang atau daun ketumbar (xde stok)
  • 1/2 cwn bawang goreng
  • 1/2 cwn kacang peas -utk tabur (LiNa Pg xletak)

Cara-cara
  1. Tumis bahan C hingga garing dan pecah minyak.
  2. Tuangkan ke dlm rebusan tulang (yg sudah empuk td) gaul rata.
  3. Masukkan kobis, cili hijau, carrot, kentang, bawang hiris, sos tomato (LiNa Pg guna 5sudu besar sahaja), kicap, garam dan gula secukup rasa dan gaul rata dan masak hingga sayuran empuk.
  4. Tambahkan 1/2 bhgian daun sop,daun bwg(daun ketumbar) dan bwg goreng dan gaul rata lagi.
  5. Akhir sekali tuangkan telur keatas tulang dan tutup periuk dan masak hingga telur pekat.
  6. Ketika menghidang, tabur kcg peas dan lebihan daun2 dan bwg goreng.
  7. Rempah2 yang disangar juga boleh digantikan dgn rempah steak yg sedia ade dijual.
LiNa Pg masak bone steak ni menggunakan Sharp Pressure Cooker.Methode yg saya gunakan seperti berikut
  1. Masukkan bahan A dan B ke dalam s/steel inner pot.Pilih Optional Pressure 10min.
  2. Sementara itu tumis bahan C plak, lps 10min release pressure masukkan bahan tumisan dan bahan D, kecuali telur, kacang peas, bawang goreng.Masukkan juga garam+perasa/gula
  3. Tekan mode tendon (LiNa Pg set 25min) release pressure.Sesuaikan rasa.Masukkan telur yg dikocok.Pilih Optional Pressure 5min.Dah siap
  4. Keseluruhan lebih kurang 50min.

  • Share:

You Might Also Like

3 comments

  1. Lina, nampak sedap ni. Hah, pressure cooker tu berbaloi kan? hee..hee... Nanti PH pergi cari tulang. Tak sabar2 nak try.

    ReplyDelete
  2. Akak...amik tempahan kek lg tak?

    ReplyDelete