Friday, March 30, 2018

Gulai Ikan Kering Tumis Darat Dan Petua Menjadikan Gulai Sangat Sedap

Assalamaualaikum...
Alhamdulillah sempat update blog, ekceli ada jer bahan tapi kesuntukan masa untuk update.Dalam masa cuti sekolah hari tu sempat pi kenduri di Sungai Petani, sambil tu lajak ke Tanjung Dawai..beli apa yang patut...Ikan Talang masin dan belacan tu kira wajib la kan hehe..selalunya saya buat gulai ikan kering style lebur n kuah kuning2 camtu.Kali ni buat versi tumis darat lak.Al maklumlah stok ikan banyak..beli harga dekat RM20 sekor..makan la ikan kering sampai abes.Maaflah ya gambar ni saya snap guna hp jer..dalam periuk pulak tu.Asalnya nak snap lawa2 siket guna kamera tapi anak2 dah kelaparan..siap masak terus hidang.Kuahnya agak pekat siket lepas agak sejuk.Gambar ni sejurus selepas tutup api.Tu yang ceroi..serius tau sangat sedappp..Di Kelantan rasanya takde kot gulai pesen lagu ni.Kalau tumis darat ni versi gulai utara.Resepi saya ambil dari fb.Terima kasih kak Shiela

GULAI IKAN KERING TUMIS DARAT
By Malina LiNa Pg http://linapg.blogspot.my/
BAHAN BAHAN :
500gm tulang Ikan Kurau/Ikan Talang (LiNa Pg guna talang)
3 sudu besar rempah kari ikan
1 biji bawang besar (tumbuk/blend)
3 ulas bwg merah (tumbuk/blend)
1 ulas bawang putih (tumbuk/blend)
200 ml santan segar pekat
500 ml air atau santan cair (adjust ikut kepekatan kuah)
Garam secukup rasa (jika perlu)
3/4 cawan minyak
Sayuran kegemaran (terung, kacang panjang, cili hijau, nenas, dan ubi kentang atau apa saja.

CARANYA :

  • Rendam dulu ikan kering tu dalam air garam utk kurangkan atau hilangkan sedikit garam pada ikan tu.. Rendam air 'Garam' utk kurangkan masin? tp itulah petua dan teknik ibu saya.. mmg dari dulu, kini dan selamanya.. Kemudian, bersihkan ikan kering tu n toskan..
  • Sayur terung dipotong ikut suka kemudian goreng sekejap.Toskan
  • Buah nenas dikupas kulit kemudian celur sekejap.Toskan.
  • Kentang kupas kulit dan potong ikut suka


Sediakan periuk yg bersesuaian, masukkan rempah kari, bawang yg ditumbuk dan masukkan air ~3 cawan. Masak sebentar supaya hilang bau rempah tu. 


Bila dah hilang bau rempah, masukkan ikan kering, air asam jawa (kalau letak nenas tak perlu asam jawa) dan masak sekejap dlm 5 min camtu. Kemudian masukkan pula santan dan air. Kemudian masukkan kentang.Setelah menggelegak dan kentang empuk. Kecilkan api.


PENTING : Jgn masukkan GARAM dulu. Rasa dulu, sebab kengkadang ikan tu masih ada masin dia. Klu tk perlu, tkpayah bubuh lagi. Saya biasanya biar dulu, bila dh nak makan baru rasa garam dia balik, sebab kengkadang gulai tu akan jd masin bila lg lama. Garam dari ikan tu keluar bila terendam dlm gulai tu..
Kemudian masukkan nenas dan terung/sayuran lain.Sesuaikan rasa.Masukkan garam dan gula/perasa (jika perlu)Kalau dan laukku cukup masin bak kata Tam spider tak perlu tambah garam hahaa.
Bahan untuk Tumis Darat

  • Bawang merah 7-9 ulas (hiris)
  • Bawang putih 1 ulas yg kecil( hiris)
  • sedikit daun kari, 
  • 3-4 biji cili kering (potong 2inci)
  • sedikit halba, 
  • biji sawi dan jintan putih. 


  1. Menggunakan minyak gorengan terung tadi.Tumis semua bahan untuk tumis darat, Bila dah garing, berwarna coklat keemasan tu, tuangkan terus ke dalam gulai kita tadi dan tutup periuk tu, supaya aroma yg harum tu tak keluar dan matikan api.
  2. Setelah beberapa minit, bolehlaa bukak periuk tu dan kacau rata bahan yg kita tumis darat tadi.. Mmm.. bau dia mmg harum sungguh.. 

2 comments:

EmbunRosaliza said... Balas

Menarik tetarik x pernah buat rasanya tumis darat mcm ni. Kalau mkn pun mungkin ada kenduri atau org lain yg msk hehhe

LiNa_Pg said... Balas

kena cuba k. rosa.. as suka sgt² budak² pun mkn..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...