Mee

Sup Tepung Tarik/Sup Tepung Gandum

By LiNa_Pg - Friday, March 16, 2018

Assalamualaikum...
Pernah dengar atau makan sup tepung tarik tak?Pelik jer bunyinya tu.Pertama kali saya tengok dekat fb, tapi sayangnya tuan punya hanya bagi gambar jer.Apa lagi saya gugel jer lah.Macam2 versi resepi Sup Tepung Gandum ni.Ada yang hanya uli menggunakan air dan ada juga yang menggunakan minyak bawang putih.Disebabkan saya merujuk kepada pelbagai sumber, fb/gugel/youtube so,saya olah mengikut cara sendiri.Walaupun resepinya cukup ringkas tapi sungguh sedap dan mengenyangkan.Patutlah ada yang komen kat fb kata mak2 mereka buat sarapan masa kecik dulu.Minta ampunlah masa kecik tak jumpa makanan ni..Makan Nasi Berlauk jer ambo ni kikiiii.Okeylah tak leh bebel panjang.Jom kita semak resepi Sup Tepung gandum atau pan mee

Sekali tengok macam koay teow ladna pun ada hehee...Gandum tu sendiri memekatkan kuah ni.Kena makan cepat2 tau masa panas lagi.kalau terbiar lama nanti kembang setaman.Jangan kata hakaq tak payung hehe..Sup ni tambah sedap di makan bersama sambal kicap.Memang terangkat.

SUP TEPUNG TARIK/SUP TEPUNG GANDUM
By Malina LiNa Pg https://linapg.blogspot.my/
Bahan A (Minyak Bawang Putih)
  • 1/4 cawan  minyak masak
  • 5 ulas bawang putih (mayang halus)
  • 2 sudu besar ikan bilis (jika suka)
Cara
  1. Panaskan minyak, goreng bawang putih hingga garing.Angkat dan toskan.
  2. Kemudian goreng ikan bilis hingga garing.Angkat dan ketepikan.Minyak bawang putih digunakan utk uli tepung
Bahan B (Tepung Tarik)
  • 1+1/2 cawan tepung gandum (ayak)
  • Minyak bawang putih (dari bahan A)
  • 1/2 cawan air (atau secukupnya)
  • Sedikit garam (jika guna ikan bilis, tak perlu letak garam)
Cara
  1. Masukkan tepung gandum ke dalam besen, buat lubang/kawah di bahagian tengan.Curahkan 2-3 sudu besar minyak bawang putih dan gaul menggunakan sudu (kalau minyak masih panas)
  2. Ramas2 tepung menjadi breadcrumb.Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit.Uli hingga doh menjadi licin dan tidak melekat di tangan (tak perlu habiskan air jika doh sudah ok)
  3. Perap doh selama 1/2 jam (LiNa Pg masukkan ke dalam bekas kedap udara)
  4. Note:Lepas 1/2 jam doh akan menjadi lembut dan elastik (mudah ditarik)
Bahan C (Sup Tepung Tarik)
  • 1 keping dada ayam (potong kecil)
  • Fish ball (terpulang nak letak banyak mana)
  • Fish cake (terpulang)
  • 1 kiub ikan bilis
  • Garam/perasa (gula)
  • Sayur sawi dan karot 
  • Air
Cara-Cara
  1. Gunakan kuali/periuk gorengan minyak bawang putih tadi.Panaskan periuk dengan saki baki minyak yg masih ada tumis isi ayam hingga separuh masak.kemudian tambah air secukupnya (untuk kuah)
  2. Masukkan kiub ikan bilis.Biarkan kuah mendidih.
  3. Masukkan fish ball, fish cake dan karot 
  4. Kemudian ambil sedikit doh (Bahan B) cubit2 dan tarik.Boleh jugak dicanai hingga nipis.kemudian tarik2 supaya nipis dan cepat masak (boleh refer kat IG yang saya kongsikan semalam)
  5. Buat hingga selesai.Tepung akan terapung bila sudah masak.
  6. Kemudian masukkan sawi.Sesuaikan rasa.Tambah garam/gula/perasa.Tutup api
  7. Sup Tepung Gandum sedia dihidang bersama sambal kicap,ikan bilis goreng dan bawang putih goreng.Boleh juga ditabur daun bawang semasa menghidang.Selamat Mencube

  • Share:

You Might Also Like

2 comments

  1. Salam. Belum pernah makan ni. Tapi nampak menarik untuk di cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm..sedap kak fha..saya pun pertama kali cuba..senang,sedap dan sihat kekdahnya hahaa

      Delete