Puding Tembikai Mudah dan Sedap

By LiNa_Pg - Monday, August 13, 2012

Assalamualaikum...
Salam sairan kawan2 ku semua.Sekarang kita telah berada di minggu terakhir ramadan.Terasa bergitu cepat masa berlalu.Bagaimana dengan persiapan?sudah beres semuanya.Bagi kami sekeluarga hampir selesai.Baju raya anak2 telah pun sedia.Cuma belum packing untuk balik kampun.Agak bizi sedikit dengan tempahan kek karamel.Alhamdulillah sambutan amat menggalakkan.Minta maaf banyak2 sebab ada yang terpaksa saya tolak kerana faktor masa yg tidak mengizinkan...
Berbalik pada n3 hari ni rasanya dah setahun lebih saya tak buat puding tembikai.Rasanya sangat sedap dan sesuai sebagai juadah berbuka puasa.Kalau ada yang nak buat dessert di pagi raya rasanya mmg kena dan cantik untuk hidangan meja makan..Kalau nak tengok olahan saya yang pertama, sila klik SINI

Resepi Puding Tembikai Mudah Dan Sedap
kali ni saya letak cincau...nampak menarik sket compare yg seedless hehehe

PUDING TEMBIKAI
By:Malina LiNa Pg linapg.blogspot.com 
CnP Cendana Kasih 

Bahan-Bahan:
  • 1 paket agar2 serbuk 10 gram
  • 3 keping roti gardenia *
  • 4 cawan air
  • 3/4 cawan gula
  • 1/2 cawan susu pekat manis
  • 1 biji telur
  • 1 cawan susu cair
  • 2 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • cincau dipotong kecil
  • sedikit pewarna ijo/merah 
  • sedikit cincau (potong kiub kecil2)
Cara-Cara:
  1. Masak agar2 bersama gula dan air.Hingga agar2 dan gula hancur.
  2. Sementara itu, rendam roti dalam susu cair dan carik-carikkan.Masukkan susu cair,roti dan susu pekat manis dan telur.Blend halus
  3. Setelah agar2 dan gula hancur, masukkan bahan blend ke dalam periuk, juga masukkan esen vanilla dan mentega.Kacau hingga mendidih dan pekat sedikit.Tutup api.
  4. Ambil sedikit adunan dan warnakan ijo (sebagai kulit tembikai)LiNa Pg gn 1cwn.Biar keras sedikit.
  5. Pastu sedikit lagi warna asal(LiNa Pg gn 3/4cwn), curahkan di atas lapisan ijo tadi. Biar keras sedikit
  6. Adunan selebihnya diwarnakan merah(yg dicamur dgn cincau dipotog kecil) curahkan diatas lapisan putih/warna asal tadi.Biar sejuk.Simpan ke dalam esbok

  • Share:

You Might Also Like

15 comments

  1. Lega rasanya bila persiapan rasa dah siap, terutamanya untukm anak-anak.
    Cantik betul kejadian puding tembikai tu Lina...

    ReplyDelete
  2. kak Amie> Alhamdulillah suma dah sedia..tggu masa nk balik kampung jerr..

    Thanks kak amie

    ReplyDelete
  3. salam lina..
    kalau tembikai asli org cari yg seedless kan? heee.. cunlah puding tu.. nampak menyelerakan..

    ReplyDelete
  4. Cantiknya puding tembikai, akk pun lama sudah tak buat ni, terliur pulak, agar2 tali je ada, tak reti nak sukat air

    ReplyDelete
  5. tak keja ke tuan rumah ada dok nampak je

    ReplyDelete
  6. MadihaA> wslm, betui tu kalau tembikai sli suma nk yg seedless..kalau puding ni letak biji br nmpk mnrk

    ReplyDelete
  7. kak rosa> samalah kalau agar2 tali tu xreti la pulak nk sukat air,sbb selalu guna yg serbukk

    hehehe keje ari ni, tadi blik jap lunch time..sempat gak layan blog kih3

    ReplyDelete
  8. Thank you for joining The Higley Kitchen!

    These look amazing. :)

    ReplyDelete
  9. Cantik dan kemas kejadian puding ni,kalau sis buat rasa mcm tak jadi aje...hehehe.Selamat Menyambut Hari Raya maaf zahir dan batin utk Lina dan keluarga.

    ReplyDelete
  10. salam kenal..
    suka tengok puding tembikai lina..

    ReplyDelete
  11. Assallamualaikum kak Lina.

    Salam lebaran ye kak.. Kak, comeynya puding tembikai akak ni. Puding yang popular ni Naz tak pernah buat lagi... Cantikkkkkk sangat.. Terasa nak ngap jer. Ayam kicap pedas madu akak kat bawah tu pun menarik nampaknya..Anak2 nak makan senang cam tu sbb dah potong kecik2..

    ReplyDelete
  12. Nice blog :)
    salam kenal sobat :)
    di tunggu kunjungan balik.nya ya !terimakasih ...

    ReplyDelete