Assalamualaikum...
Alhamdulillah hari ni berkesempatan update blog dgn resepi plak.Pernah dengar tak Kuih Poli Ubi Kayu?Rasanya ada jugak yg panggil Lopes Ubi Kayu.Kuih Poli Ubi Kayu ni rasanya kenyal-kenyal ala2 liat manja gitu.Liat ubi kayu yg dikukus..Mmg sangat sedap.Tambah lak disiram dengan gula melaka (kalau orang klate panggil nise cair kikiii)
Poli ubi kayu ni merupakan Resepi turun temurun dari bonda saya.Teringat dulu ms kecik selalu tolong bonda parutkan ubi.Ubi pulak cabut jer kat belakang rumah, daun pisang pun main petik2 ajer.Kelapa pun kukur (guna pengukur kelapa tu)mmg kuih ni betul2 menggamit nostalgia zaman kanak2.Semakin hari makin dilupakan kuih tradisional ni.Sayang pulak,kalau hilang begitu sahaja.Ada baiknya saya turunkan ke anak cucu resepi ni.Kebetulan anak sulung saya sedang bercuti sekarang ni, rajin pulak dia tolong parutkan ubi tu.Mamanya cakap student Politeknik kenalah parut ubi utk buat "Poli" cam sesuai sangat hahaaa...senyum jer abang long yg pendiam tu kikiiii...Berjaya dia parut sampai habis..Meh kita semak resepi Poli Ubi kayu ni sangat ringkas dan cepat jugak siapnya.
- 1 kg ubi kayu diparut halus (LiNa Pg guna spesis klon warna kuning)
- Daun pisang secukupnya (LiNa Pg layurkan atas api supaya lembut)
- Parut ubi kayu mengunakan pemarut/boleh juga guna mesin kelapa.
- kemudian letakkan ubi kayu parut 2-3 sudu besar (agak2 muat dengan saiz daun pisang) balut seperti lepat tapi lebar sikit
- Pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu.Kemudian kukus ubi kayu selama 30min (atau hingga masak)
- Sejukkan terlebih dahulu, sebelum di potong
Bahan B (Kelapa Parut)
- Kelapa parut secukupnya (LiNa Pg beli RM1)
- Sedikit garam
- Selepas ubi kayu masak, kukus sebentar kelapa parut (selama ~5min) supaya tidak cepat masam
- Kemudian gaulkan dengan sedikit garam
Bahan C (Sirap Gula Melaka-Nisan cair)
- 2 keping nisan
- Sedikit gula melaka
- 2 cawan air (LiNa Pg letak siket jer)
- 2 helai daun pandan
- Satukan semua bahan di atas, masak hingga likat.Sejukkan.
Cara Menghidang Kuih Poli Ubi Kayu
- Setelah kuih sejuk, keluarkan dari daun pisang dan potong kiub
- Gaulkan dengan kelapa parut.
- Tuangkan sirap gula melaka semasa mengidang.
- Sedia dinikmati
Bagi sesiapa yang menggunakan resepi Poli Ubi Kayu bonda LiNa Pg, mohon sedekahkan al fatihah buat bonda saya Rubiah binti Esah (dibintikan kepada ibunya)
Bonda saya telah kembali ke rahmatullah pada 22hb Nov 2016..al fatihah buat bonda tersayang
4 comments
Assalam Lina,
ReplyDeletepoli ubi kayu pertama kali dengar & nampak..
menarik recipenya..boleh masuk list ni..
akak memang suka cuba & tengok kuih2 lama gini..
PH suka kuih yang diperbuat daripada ubi kayu. Kuih poli ni pasti sedap. Tapi malas nak buat hee..hee...
ReplyDeleteSaya mogon share resepi nya ya. Nak cuba buat... nmpk mcm senang je
ReplyDeleteaslkm..mohon share
ReplyDelete