Assalamualaikum... Bau sempat nak update tempahan selepas raya.Saya rangkum yang mana sempat snap gambar jer la.Tak sangka lak lepas raya pun masih ada yang nk tempah tart nanas, memandangkan beliau dah tempah masa raya hari tu, so saya buat jugaklah lagipun dia bagitahu awal2 kat saya.Dah tempah tart tu pakej sekali dengan kek buah hehee...Haish tak tahulah kenapa lately macam tak ada idea betul nak membebel.Mati kutu dibuatnya.Okeylah kita tepek gambar jer
Owh..lupa pulak ada jugak Brownies yang ditempah oleh kawan kerja saya dulu
Alhamdulillah...
Dah petang baru sempat update blog..Rezeki hari ni,tempahan kek buah kukus pos ke Puchong,Brownies sebiji ke Alor Setar dan sebiji lagi Ke Sik.
Kek dah selamat dipos tengahari tadi..semoga selamat sampai ke destinasi.Mujurlah poslaju yg biasa saya berurusan tidak terjejas dengan banjir.
Okey saya xboleh nk celoteh panjang sbb masih ada sebijik brownies dalam oven utk tempahan malam ni.Yg ni regular kastemer,kwn husband saya..shukor..tenkiu kot selalu order
Gambar ni saya skrinshoot dari IG jer..senang kije..Update pun guna hp jer nih.
Owh yea...ada resepi terbaru di Youtube Channel LiNa Pg..kat blog belum smpt update..boleh tgk sana ok
Alhamdulillah... Setelah sekian lama hibernate dari mengambil sebarang tempahan kek,kali ni saya mengumpul kekuatan mengukus kek buah 4biji.Bermula dari pagi, pit stop sekejap utk makan dan sambung semula sebelah petang hingga ke malam baru selesai.Sesambil melayan Gegar Vaganza 4 yang baru bermula semalam (Sempat lagi tu hihi) 2 biji kek buah ditempah Dr.hana dari ganu..biasanya dia tempah untuk maknya di KB,kali ni order untuk diri sendiri jugak.Sebiji lagi kek buah ditempah oleh kastemer baru TMK dari ganu jugak tapi di Jerteh.Kalau yang tadi hana..yg ni Huda dua2 pun bermula dengan 'H' heheee beliau juga teringin nak merasa Brownies TMK, pada mulanya saya menolak atas faktor ketahanan brownies yang mampu bertahan ~5 hari sahaja (pada suhu bilik)Kebiasaannya poslaju ke Terengganu agak slow.Kalau ke K.Terengganu saya confodent siket sebab agak cepat.Kastemer nan satu ini sanggup mengambil risiko..okeylah untuk tidak menghampakan permintaan beliau,saya buat jugak Triple Chocolate Brownies untuk beliau..Alhamdulillah brownies kali ni 'berkelakuan baik'hasilnya cantik berkedut...(kalau x berkedut pun xpe sebab bukan Brownies...Tp nama surat beranaknya ialah Triple Chocolate Brownies hehee)ada kedut itu bonus namanya. Nak tempah kek boleh ke page kek LiNa Pg https://www.facebook.com/MalinaCakes/
Ada sebiji xtra..Kalau ada sesiapa yang nak boleh wasap cepat2 (utk tempah kek sahaja)Kalau bank in sebelum tengahari, saya poskan hari ni jugak bersama kawan2 dia yang lain tuh hehee UPDATE SOLD out
Sebiji kek xtra selamat di pos ke Ipoh..sempat dia 'berkonvoi' dengan kawan2 yang lain.Terima kasih Puan Nani.Follower IG sangat pantas booking kek ni hehee..Terima kasih semua kastemer
Gambar tak lawa sebab dapur gelap...ms ni snap malam dah..baru siap kukus jer tuh
Hakaq payung upa kek yang 'naked' cenggini la rupa sebelum wrap...Moist kek buah ni bukan macam kek coklat moist yang basah terover tu...moistnya dalam kategori kek buah la
Assalamualaikum Pertama kali saya buat kari ikan gaya Goa ni..memang sedap sangat.Rasanya seakan2 kari ikan yang saya makan di Simpang Pulai (bersama capati)rempah yang digunakan boleh kira homemade la sebab campur jintan dan sepapatnya, kunyit dan segala bahan asas dalam masakan.Kuahnya boleh cicah dengan roti.Pedasnya sedang2 saja,ada kemasaman..pendek kata sesedap tekak la.U olls kena cuba tau..seriyes saya bagi 5*Resepi Chef Wan mestilah sedap kan...Tapi saya cuci mata di blog Che Mat
Maaf la gambar ni live dari periuk..sesaja snap n post kat IG..Bila makan, mak aih sedap sangat.Tapi ikannya dah abes..so yg ni jer gambar yang ada huhu..Takpe la asalkan boleh tepek gambar untuk rujukan resepi akan datang
Bahan Bahan 1 ekor ikan nyok nyok (LiNa Pg potong beberapa bhgn) 3 biji tomato* 3 biji cili hijau* 3 sudu besar serbuk ketumbar* 3 sudu besar serbuk jintan putih* 1 sudu besar jintan manis (LiNa Pg tambah rcp asal xde)* 2 sudu kecil serbuk kunyit(LiNa Pg letak 1 sk)* 2 biji bawang besar, dicincang 3 ulas bawang putih, dicincang 1 inci halia, dicincang 1/2 sudu besar biji sawi (LiNa Pg ganti dgn 1 sk halba campur) 4 camca besar cili kisar (boleh kurang kan) 500 ml santan 1/2 cawan jus asam jawa 2 biji tomato, belah 3 setiap satu 1 tangkai daun kari Garam dan gula secukup rasa CARA MEMBUATNYA :-
Panaskan minyak dalam periuk, Tumis bawang besar, bawang putih, halia, daun kari dan biji sawi hingga harum. Masukkan bahan kisar halus, cili kisar dan tumis hingga terbit minyak, guna api kecil dan kacau selalu.
Tuang sedikit air, kemudian tambah santan, kacau rata. Bila mendidih, masukkan ikan dan jus asam jawa. Kacau perlahan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula.
Masukkan tomato, dan masak sekejap, rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi, roti, lempeng atau roti prata.
*****************
Selingan...Tempahan hari ni Kek Minyak dan Brownies.tq kak mai
Alhamdulillah Rezeki di pagi Isnin, kek minyak dan brownies ditempah oleh my jiran kak mai, tapi kali ni untuk husband dia makan2 kat ofis.Req potong siap2.So kita potong sajalah..saya potong kek secara manual saja tau..so,kalau ada terlebih kurang tu kira halal la...takde nya cutter yang canggih2. Selepas raya ni banyak nau tempahan kek minyak dan brownies..cam pakej plak hahaa dua jenis ni.Tapi kek kedua2 kek/brownies ni memang sangat sesuai untuk jamuan atau majlis.Sebab kedua2nya mudah nak handle.Tak comot dan senang nak makan on the go.
Snap gambar pagi2 buta lagi ni tak berapa nak cantik..Kek dah odw ke USM
Dessert simple tapi mewah dan eligent..menggunakan bahan premium dalam pembuatannya.Tak perlu dizle bagai..macam macam ni pun dah cukup mewah..bila tergigit coklat coin Beryl's dan coklat chips kat dalamnya alangkah nikmatnya.Penuh rasa coklat yang mewah.
Assalamualaikum.. Pagi Jumaat nan dingin, hujan turun mencurah2 sejak dari malam tadi...Sejuk jer pagi. Alhamdulillah tempahan Brownies Coklat (Triple Chocolate Brownies) repeat order dari kawan husband yg buat Open House sabtu.Katanya beliau dan keluarga x sempat nk makan sebab paling abes awal hehe...Laku keras nampaknya hehee..Terima kasih Shukor..harap kali dapat menikmati dengan aman hehee..Beliau req supaya potong2 untuk di bawa ke hostel anaknya jugak..Kita potong ajer la.Saya potong guna manual jer tau..so, potongan tu lebi kurang jer.Lom mampu nak beli cutter yang cun melecun tu..dah survey harganya mak aih mahal benar dia..harga lebih dari Brownies saya hahaaa..
Kelmarin pi kedai bakeri..nampak coklat Beryl's naik harga lagi..Aduyai asyik naik jer...Kerap benar naik harganya..bukan sekupang dua plak tu..Plastik pun tadak dah..plastik pun kena beli jugak..Sebelum ni free jer kalau kedai2 biasa.Kalau pasaraya mmg dah berjaman la tadak plastik bag
So, kita ikat ngan tali camni la hahaaa...cam jaman dulu2 ikat arang
Kek Karamel Pelangi ni Tempahan hari Selasa lepas, Lupa plak nak letak dalam blog
Brownies 2 biji 8x8in ni tuan yg sama kek kat atas nuuu...sesaja saya buat saiz besar 10x10in untuk makan anak beranak..ekceli saja test resepi sebab ramai benar kastemer req nk besar siket sebab x puas makan Brownies 8x8in tu..Okey now boleh pilih nak 8x8in atau 10x10in
Selamat dihantar malam td kat tuan punya..kawan my asben ni..Open house hari ni..Suspen pulak kita org jemput kita..tp hidangannya tu ada hasil air tangan kita huhuu...camana agaknya reaksi tetamu lain kan?
Hat ni plak tempahan my jiran kak mai (Jumaat lepas)
Alhamdulillah Akhirnya selesai sudah semua tempahan kek raya.Kek buah yang dipos jugak telah selamat diterima oleh tuan punya masing2 (petang kemarin)Tahun ni tempahan kek buah dimonopoli oleh self collect, kebiasaannya yg pos lebih banyak.Tapi tahun terbalik pulak.Rasanya lepas ni maybe saya akan stop terima tempahan kek by postage sebab banyak sangat keje2 untuk pembungkusan kek postage ni.Saya nk fokus kek yang self collect jer.Harap kastemer faham. Tempahan raya tahun ni saya tak open order secara official semua tempahan di'roger'senyap2 oleh kastemer.Bila nk open order, tgk2 tempahan dah banyak..main tutup terus jer heheee...Terima kasih semua yang support bisnes saya
Kek Buah Kukus
Tempahan Puan Shelida 2 bij kek buah kukus, kek minyak dan brownies..6 biji dia sorang jer ni...Tq
Close up siket brownies hehee
2 biji kek buah kukus Osram (sorang tuan punya. Sebiji lagi kek buah dan kek coklat tu regular kastemer kak Yus
Close up kek coklat..kelaut dalam ganache tu xmo dia meleleh elok2
Yg ni spesel req potong 2, kak mai punya dan sebiji lagi tu kawan kerja dulu..tq Dayah
Yg ni last kemarin kek buah sebiji zira, sebiji lagi Puan Liza Pengetua SMKSN dan kke minyak tu Dasha
Alhamdulillah Tempahan petang kemarin, jarang2 saya ambil tempahan hujung mggu sbb sudah menjadi rutin kami utk keluar JJCM pada hujung mggu.Kali ni saya ambil jugak sebab tempahan dari sekolah sebelah rumah saya jer.SMK Sungai Nibong.Terima kasih cikgu2 dan Puan Pengetua.Harap berpuas hati
Kek Coklat Moist..cam biasalah kalau kek coklat LiNa Pg deco simple2 jer..asal sedap mata memandang hihihi..Pengetua req 2kg...saya buat ikut adunan..Hasilnya 1.95kg
Snow Cheese Cake hahaa...cam x percaya plak saya terima order kek ni.Pernah sekali saya buat ms tengah viral beberapa tahun lps, lps tu xbuat dah..dah mmh x open order utk kastemer.Ada yg req tp saya menolak.Kali ni saya buat jugak ats permintaan pihak sekolah..nk kek (apa2 kek) yg salut cis..pastu tabur jer la cis parut kat atas tu.Oo..kek cis leleh la tu.Tapi saya buat bukan versi leleh sbb kek ni utk majlis rasmi.Dalam tu bukan kek span biasa tau..Saya upgred siket..Snow Cheese Kek ni saiz 10x10in.Berat 1.75kg
Alhamdulillah.. Reeki tempahan minggu ni..Rangkumkan sekali.Kek Buah kukus Pos ke Taiping dan juga Ke Nismilan.Brownies pun pos jugak ke Nismilan.Kalau nk tempah kek kena inform 4-5 awal, kalau yg order by post kn inform 7-10hari awal.
Kek Buah sebiji posm sebiji self collect
Kek Buah Kukus Pos ke Taiping
Brownies coklat pos gak ni
Kek Buah dan brownies ke Bahau.Nak order nuuuu no hp kat atas, no hp tu utk tempah jer tau
Semua bahan dan konten dalam blog Teratak Mutiara Kasih adalah hak cipta terpelihara.Sebarang ulang siar sama ada dalam bentuk cetakan atau maya tidak dibenarkan tanpa kebenaran.