Assalamualaikum... Dah petang baru nak update blog.N3 yang basi plak tu kiki...Ekceli Sandwich Egg Mayo ni saya buat masa first daya cuti sekolah lagi.Sesaja rajin snap gambar w'pun sandwich ni post ke IG Nampak togel jer takde daun salad.Walaupun rupanya kureng,tapi rasanya memang walla...simple yet tasty gitew kekdahnya. Resepi saya buat karangan jer la sebab senang sangat ~ 3 biji telur rebus lecek halus + 2 sudu besar mayonis, sedikit lada sulah.Itu jer bahan dia...pelakon tambahan timun dan tomato..salad kalau ada.
Untuk resepi boleh refer ke youtube (yang ni saya baru buat)
Assalamualaikum... Pernah pergi melawat Pusat Sains Negara?Kalau belum pernah sampai..saya nasihatkan korang pergilah memang sangat berbaloi.Kalau kami tidak mengejar masa, hari tu memang seharian bleh explore Pusat Sains Negara ni.Memang sangat best.Anak2 pun seronok boleh mencuba macam2 eksperimen.Free pulak tu (sehingga akhir tahun ni 2017) Nx year dah kena tiket.Berapa harga tiket tu saya tak pastilah.Saya kongsikan beberapa photo yang sempat dirakam.Ekceli sangat banyakkkkk tapi kami eksaited mencuba pelbagai benda yang disediakan terus simpan kamera dan enjoy menerokai dunia sains...sangat2 seronok.Kalau teringin nak merasai keseronokan ni kenalah rasainya sendiri.Bagi saya kalau dikenakan tiket RM10 pun masih berbaloi..apatah lagi ianya PERCUMA...mana nak dapat?
Menarik kan reka bentuk bangunan Pusat Sains Negara (PSN) ni.kalerful sekali tengok macam UFO pun ada
Apa apa hal pose dulu..memula rajin la sebab ingat area ikan ni jer boleh masuk
Baca apa tuuuuu? Ooo..info
Apollo 13 ke hapa ni
Salah satu room
Ni bukan basikal exercise ya hahaa...tu dok kayuh basikal sebab nak gerakkan train dalam tu
Abang pun nak try jugak..kakak pun try tp yg satu lagi nk rosak kot..xjalan
Budak ni memang segala benda dia nak try..Tu pusing2 'stereng' sebab nak gerakkan bebola dalam roller coaster tu..lepas tu langgar alat muzik..ada lah bunyian muzik hehee...
Tempat ni cam 'Labyrith' siket tengok sama jer..cam nak sesat pun ada
Jom kita explore kat atas plak
Haaa..tu dok tekan petak2 sebab keluarkan cahaya...
Dengan kuasa sakti......
Periodic Table...sesuatu yang sangat sebati dengan diri saya huhuuu
Assalamualaikum.... Kebelakangan ni agak malas sikey nak update blog.Hari tu masa bawa anak2 ke KL sempat jugaklah singgah Jalan Jalan Cari Makan di Nasi Bamboo Sg Klah yang femes tu di Sungkai tu.Agak mudah untuk mencari Restoran ini..kalau dari PLUS arah utara exit Sungkai jer lepas tol belok kanan dah jumpa Restoran.Kami bernasib baik sebab agak lewat tiba di Restoran Nasi Bamboo ni jadi parkingnya mudah dan orang tidak begitu crowded tp still ramai jugak lah walaupun jam dah menunjukkan 3.45pm. Nasi Bamboo ni agak mesra pelanggan sebab setiap kaunter makanan ada cashiernya sendiri.Konsep layan diri yang agak praktikel dan tidak perlu bersesak untuk bayar.Ambil makanan dan bayar terus..Nasi Bamboo didatangkan bersama set ulaman dan sambal.Disebabkan kami sudah agak lewat,so lauk2nya tidak begitu meriah.Antara menu yang kami jamah pada hari tu ialah Ayam Bakar Bunian, Kambing Bakar, Ikan Lampam Masak Lemak dan Kerabu Pucuk Paku.Harganya agak reasonable dengan portion dan tempat.Kira okeylah jugak.Sedap ke tak?Sedap tu agak universal..so,korang kenalah try sendri.
Set Nasi Bamboo
The whole posting belongs to http://linapg.blogspot.my/ copyright reserved...Penyangak/lanun IT jangan cuba2 nak mencuri hasil titik peluh orang lain
Semua bahan dan konten dalam blog Teratak Mutiara Kasih adalah hak cipta terpelihara.Sebarang ulang siar sama ada dalam bentuk cetakan atau maya tidak dibenarkan tanpa kebenaran.