Saturday, October 31, 2009

Kek Lumut

 
Salam,
Minta maaf la banyak2 yea kawan2, hari ni lambat sket update blog, bkn pi jenjalan mana2 pun, tapi pagi tadi tak berapa sihat sket..kena selsema dan sakit tekak, malas tul nak masak..seb baik hubby tolong tapaukan heh..heh..petang ni dah sihat sket apalagi on jer la projek meng'kek'..
Sejak tengok kek lumut ni kat umah dayangjack, terus jatuh cinte..tak bleh jadi kena buat juga..Tapi kek lumut kite ni lain pesen sket kaler dia sebab guna pandan emulco, dayang guna pandan paste..cantek jer dyg nyer kek kan? maklum lah dia tu sifu kite ni amatur jer..
Saya wat setengah adunan jer, tapi cam tak cukup lak..kek ni sedap sangat tau..wangi jer bau, lembut, gebus dan moist, memang kena la ngan taste kami sekeluarga.



Ada sapa2 nak makan kek tak? sila angkat tangan..ada lagi sket..sapa cepat..jom makan..


Emm..kalau tak cukup, masih ada lagi ni..sila-sila jamu mata yea, jangan malu-malu..

Kepada yang berminat boleh lah mencuba resepi ni, dyg..minta izin kopipes yea..

Bahan-bahan untuk 1/2 adunan : loyang 7 " x 7 "
  • 1 cawan tepung gandum (diayak)
  • 1 cawan horlicks
  • 3/4 cawan gula halus
  • 250 g mentega
  • 4 biji telur A
  • pewarna hijau secukupnya (sy guna 1 sb pandan emulco brand nona + sedikit pewarna ijo)
  • 4 sudu besar seri kaya
  • 1/4 cawan susu pekat manis
  • 1 sk esen vanilla
Cara-cara :
  1. Sediakan pengukus. Didihkan air. Griskan Loyang dgn mentega dan taburkan dgn sedikit tepung.
  2. Pukul mentega bersama gula halus hingga kembang dan berkrim. Gunakan kelajuan maksima.
  3. Masukkan telur sebiji dan pukul hingga sebati (guna speed sederhana). Kemudian, masukkan lagi sebiji telur dan pukul lagi. Ulangi proses ini sehingga habis.
  4. Masukkan susu dan serikaya. Ratakan.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit diselangselikan dgn horlicks dan gaulkan sebati.
  6. Masukkan pewarna hijau dan esen vanilla. Sebatikan.
  7. Tuangkan adunan ke dalam Loyang dan tutupkan dgn kertas foil.
  8. Kukuskan selama 2jam 30minit. (tambah air panas jika hampir kering)



4 comments:

LOVE said... Balas

Love dah angkat tangan tinggi2 nih!!! Nakkk!!! Wow, sungguh gebu kek akak erk! Mmg klu sesapa dpt KakDayang as mentor...mesti jadik hasilnya! ;) kan kak????

lina_pg said... Balas

Nah..nah..amek kek ni, ke nak akak suapkan..mmg betul tu Love, resepi dyg ni mmg menjdi

:.Noor Zaleha Jaafar.: said... Balas

Ari tu akak pernah dh buat memang sdap....x sempat nk tayang...nnti lain kali baru buat lagi....

lina_pg said... Balas

@:.Noor Zaleha Jaafar.:
nanti snap la picas,nk gak tgk hasilnya.sedap kan kek ni

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...