Kek Puding Karamel

By LiNa_Pg - Friday, October 23, 2009

Dah lama sangat berkenan ngan dessert ni, tp dengar pada nama pun dh kompius kek ke puding? emm..rupa2nya 2in1 mmg unik dan spesel tau resepi. Resepi lak nmpk pjg lebar jer..lagi la menggugat semangat nk menerai..cuba faham betul2 step by step..tak lah susah sgt...kredit to mem besar myR puan yani..mmg kreatif orgnya..Resepi bleh refer kat bawah yea (yani minta izin tempek kat sini yea)

Bahan-bahan ( 20cm )

  • Karamel
  • 60g gula
  • 1 sudu besar air
  • 2 sudu besar air
  • Puding
  • 4 biji telur
  • 500ml susu segar
  • 70g gula
  • sedikit esen vanila
  • Kek span
  • 70g tepung gandum
  • 60g gula halus
  • 2 biji telur
  • 20g mentega- dicairkan

Cara-cara

  1. Sapukan loyang dengan butter lembut. Panaskan oven ke 170 degree. Cairkan mentega dan ketepikan.
  2. Sediakan karamel Campurkan gula dengan 1 sudu air. Panaskan sehingga jadi warna perang. Kemudian tambah 2 sudu besar air lagi. Tutup api. Tuangkan semasa masih panas-panas ke dalam loyang.
  3. Sediakan puding. Panaskan susu dan gula sehingga gula hancur dan padamkan api.
  4. Masukkan telur dan esen vanila ke dalam mangkuk. Pukul sedikit. Kemudian tuangkan susu panas tadi perlahan-lahan ke dalam mangkuk sambil dikacau. Kacau dengan perlahan-lahan supaya tak berbuih.
  5. Tapiskan no.4 ke dalam loyang karamel tadi.
  6. Sediakan kek span. Asingkan putih dan kuning telur. Pukul telur putih dengan separuh gula sehingga kembang.
  7. Pukul pula telur kuning dengan separuh gula lagi sehingga jadi bentuk krim.
  8. Campurkan kedua-dua adunan telur tadi. Pukul dengan perlahan-lahan sehingga sebati.
  9. Ayak tepung ke dalam no.8 Kacau dengan spatula dengan kaedah kaup balik.
  10. Akhir sekali masukkan butter yang telah dicairkan. Kacau sehingga sebati.
  11. Tuangkan adunan kek tadi ke dalam loyang puding tadi. Masukkan air suam ke dalam dulang oven. Bakar selama 40 minit atau sehingga masak. (adunan kek span ni akan terapung di permukaan adunan puding.. so puding tu tak payah kukus or bakar dulu.)
  12. Sejukkan dulu sebelum keluarkan puding/kek dari loyang.

  • Share:

You Might Also Like

4 comments

  1. cun kek ni... cheq dh terliur nih.. ada lagi ke tu: ;)

    ReplyDelete
  2. cun ke?hik..hik...gambo arkib ni ida ngee..

    ReplyDelete
  3. nampak sedap kek puding karamel tu.tak pernah buat.nanti leh laaa cuba

    ReplyDelete
  4. mamasyipah, mmg sedap kek puding karamel ni..try la wat mmg berbaloi..

    ReplyDelete