Sunday, April 24, 2011

Nasi Kukus Ayam Goreng Berempah

Nasi Kukus dan Ayam Goreng Berempah memang gandingan yang mantap. Tambah lak makan ngan sambal belacan yg sedap ni.Dah lama jugak tak wat nasi kukus ni. Bila cuti2 ni rajin sket la nak masak2..selalu tu mkn kat kedai atau tapau jerr.Tapi selalu sangat mkn kat luar, jemu jugak..balik2 mkn menda sama jerr.Nasi kukus ni saya wat untuk dinner semalam. Lembut je hasilnya.nasi kukus ni special sket..Kira cam wat experiment la..Saya gunakan methode nasi lemak kukus, tapi xboh la santan..arun ngan air jerr. Hasilnya memang cantik berderai jer nasi kukus ni. Kalau nak resepi yang lebih senang, bleh tengok kat SINI.Nasi kukus ni mmg sedap dimakan ngan kari kepala ikan.Untuk resepi Kari Kepala Ikan bleh tgk kat SINI
Set Nasi Kukus..sedap makan panas2..
RESEPI: NASI KUKUS II

Bahan-bahan:
4 cawan beras (sy rendam +/- 1jam)
3 cawan air
2 helai daun pandan (simpul)

Cara-Cara:
1) Cuci bersih beras dan rendam sekejap. Kemudian toskan beras   
2) Didihkan air dalam pengukus.Masukkan daun pandan simpul dlm air.Masukkan beras ke dalam kukusan dan buat lubang supaya beras masak sekata.
3) Kukus beras selama 20 minit atau beras separuh masak (beras kelihatan sedikit kering )
4) Keluarkan beras dari pengukus dan rendam dengan air sehingga air rendaman itu sejuk (Tukar air selalu supaya beras cepat sejuk). 
 Beras akan mengembang dan memanjang. lebihkurang 1x ganda.
5) Kukus semula beras tadi lebih kurang 10-15 minit. 
6) Keluarkan beras tadi dan arun/gaul dengan air (3 cawan air).Biar seketika(+/-10min) supaya air tadi menyerap masuk ke dalam beras. 
7) Kukus lagi hingga nasi masak, kelihatan berderai dan cantik (sy kukus 15min)
Nasi kukus yang dah masak sepenuhnya

AYAM GORENG BEREMPAH

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH
By:http://linapg.blogspot.com

Bahan Perap
6 ketul ayam (perasakan dgn garam kunyit)
1 sk serbuk ketumbar
1 sk serbuk jintan manis
1/2 sk serbuk jintan putih
1 sb serbuk kari daging
1 sk paprika
Sedikit oregano (xboh pun xpe)
Minyak


Bahan kisar:

4 ulas bawang merah (kisar)
3 ulas bawang putih (kisar)
3 batang serai(kisar)
6 cm halia (kisar) sy gn halia muda

Cara:
  1. Gaulkan ayam dengan semua bahan perap kecuali minyak.
  2. Kemudian masukkan bahan kisar.Gaul sebati.
  3. Perap ayam lagi lama lagi sedap.(Saya perap 1jam shj sbb nak cepat)
  4. Goreng dengan api sederhana.Ayam perap cenggini senang hangus.Kena pandai kawal api
SAMBAL BELACAN
Sambal belacan ni memang istimewa sket sebab ada ikan bilis kat dalamnya.bagi saya rasanya sambal belacan yang paling sedaplah..kalau ikut resepi asal mmg bleh berasap tinge. Sejak pandai wat sambal belacan sendiri ni saya tetap setia ngan resepi ni.Resepi ni saya amek kat kat myR..hana izinkan saya kongsikan kat sini ya

RESEPI SAMBAL BELACAN 
Sumber: hana (myR)

Bahan-bahan ( 4 org mkn )

  • satu mangkuk kecil chili padi(sy guna 10biji jer)
  • 3 biji cili merah (sy tambah)
  • 3-4 biji bwg merah 
  • 3 ulas bawang putih (sy tambah)
  • setengah genggam ikan bilis - yg dh kupas yer
  • 1-2 inci belacan
  • garam secubit
  • pak aji - klu suka. klu tk suka bleh gantikan ngan gula secubit
  • 2 sudu minyak masak
  • perahan jus limau kasturi (sy gn limau nipis)

Cara-cara

  1. Potong bwg. Chili padi belah dua (tips supaya tk meletup masa goreng)
  2. Panaskan minyak. Masukkan bwg,cili padi, ikan bilis n belacan.. goreng lebih kurang 5 minit atau hingga layu.bau belacan goreng mmg sodappp....
  3. Angkat. n masukkan dlm lesung. tambahkan garam n pak aji/gula n limau kasturi yg dah dipotong2. Tumbuk limau ngan kulit2 skali. klu tk suka tk yah la.. amik jus nyer jer..
  4. ok siap! bleh la dihidang sebagai pencicah ngan ulam2an... atau ngan sayur air/bening n ikan masin...SEDAPPP!!
  5. SeLamaT MencuBe.

22 comments:

wachak said... Balas

assalam kak lina.


nasi kukus ayam berempah satu set ... ha33


@dah tambah satu tips lagi mcamna nk kukus nasi. tq kak kongsi kat cni :)

Kak Rosaliza said... Balas

Assalam akk nk 5 set...kasi ayam rempah bhgian dada satu set.... sedap tu. rajinnya ngukus

lina_pg said... Balas

wachak> wslm wa..ada methode yg mudah..tp akak sy cari nahas tu hahaha..tp mmg lebih sedap n lembut

lina_pg said... Balas

kak rosa> amboi sampai 5set tuh..hasilnya pun 6set jer ahaks..

izahdaut said... Balas

ooooo macam tu.. jenuh jugak nak buat nasi kukus ni kan kak lina.nak makan sedap kena la renyah sikit.saya ikngat pakai kukus je. ada teknik jugak rupanya..hehe,mekasih kak menambah ilmu saya ari ni

lina_pg said... Balas

izah> kalau nk lebih senang,guna bekas kecil.Masuk beras 2/3 bks tu pastu isi air smpai penuh then kukus sampai masak

hani@debumelukut said... Balas

Jarang orang share resipi begitu detail sekali..thank you.

lina_pg said... Balas

hani> ada gak pic yg xsempat nk snap..kelam kabut..bila dak kecik bangun

geraugebang said... Balas

Sangat menyelerakan...Tension...

♥♥azatiesayang ♥♥ said... Balas

SALAM LINA..DTG NK TUMPANG MKN NASI KUKUSSSS..

Nieza said... Balas

kak, sedapnya nasi kukus tu....terliur la...:D

lina_pg said... Balas

kak gerau> hehehe sedap..

kak atie> tumpang jgn tak tumpang

nieza> sekali sekala tuko selera nieza..sedap gak pekena ns kukus ni

hana said... Balas

aduhhh ngences nengoknyer! aritu ader jamuan guru, kitaorg order nasik kukus.. mmg cenggini la padanannya cuma ader kuah mcm kuah kari la kot! tp podeh bona sambal belacan dier... rasanya tahan lg kot sambal belacan hana nih! hahahaha.... maceh na masih stick ngan sambal belacan tuh... ^_^

lina_pg said... Balas

hana> pasni mmg setia ngan sambal belacan ni mmg sedap kena ngan taste kami..pepon tenkiu kat hana

hUnnEE a.k.a mrS cAun said... Balas

akak...mama ambik u punyer resepi eh...TQ....nak try la....

mudah2an menjadi laaa

Najah Abdullah said... Balas

akak nak tanya, ayam tu nak perap 4 biji bawang besar ye guna? banyak jugak.

lina_pg said... Balas

Najah> sori Najah typo error..4ulas bawang merah.
Nanti akak edit rcp tu

Elias Nur Mohamad Seperah said... Balas

maaf yer.. "sk" tu apa yer?

LiNa_Pg said... Balas

@Elias Nur Mohamad Seperah
sk=sudu kecil

zack akhtar13 said... Balas

daun oregano nak kisar skali ke?

Fazliana Jamil said... Balas

sedap la kak...ssh nk jmpe nsi kukus y sedap dan terbaik...tgok akk wat cm best j nie..hehehe

Humaira Homestay Tambun said... Balas

Wah. Tgk pun tau mesti sedap. Bahan2 semua ada. Nampak gaya kena cuba ni. Thanks..tau dah nk masak pe lunch hr ni..harap2 menjadi. First time masak nasi kukus..haha

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...