Saturday, December 11, 2010

Kari Kepala Ikan TMK

salam..selamat berhujung minggu suma, ada yang lom lunch ke? dah petang ni..kena makan cepat2 tau nnt perut masuk angin lak. Alhamdulillah kami sekeluarga dah kenyang makan tengahari tadi dengan kari kepala ikan ni. Kali ni saya guna kepala ikan merah dan masak mamak style. Memang sedap. Sealalunya saya wat pesen gulai..tapi kali ni tak guna santan..memang bagus untuk kesihatan. Saya letak resepi kat sini untuk rujukan sendiri:
Bahan-Bahan:
Kepala Ikan Merah( 2ketul)
6 ulas bawang merah ( tumbuk)
3 ulas bawang putih (tumbuk)
1cm halia (tumbuk)
1sudu besar cili giling
2 paket rempah kari ikan (jadikan pes)
Air asam jawa
Daun kesum
Buah Tomato
Bendi
Cili merah & cili hijau
Garam & gula

Cara-Cara
  1. Tumis bahan tumbuk hingga garing, masukkan cili giling tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan pes kari, tumis lagi hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa.Tambah air ikut citarasa (nak berkuah lebihkan air).
  3. Masukkan garam & gula. Biar kuah betul2 masak dan pekat
  4. Masukkan kepala ikan, kacau sebati. Simbah2 kuah ke atas ikan. Sesuaikan rasa
  5. Masukkan daun kesum, buah tomato, bendi, cili merah & hijau.Tutup api

4 comments:

sukahaha said... Balas

sedapnyee!!!!

lina_pg said... Balas

matdin> pestaim saya wat cenggini..mmg sedap.TQ ya

sue said... Balas

waa.. terliur tgk

lina_pg said... Balas

sue> hehehe..cuba lah

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...