Monday, August 15, 2011

Ayam Kicap Pedas Madu Karipulai

Assalamualaikum...
Ayam Kicap Pedas madu Karipulai@daun kari ni memang tersangatlah sedap...ekceli rcp ni telah dipromote oleh kekandaku secara offline.Kak rosa dah wat 2-3x rasanya resepi ni, tapi dok tinjau2 kat Embun tu tadak n3 pun lagi.Kite pun terjahlah umah kak ina Terminal Hijrah tu.Resepi simple tapi hasil cukup mmengujakan.Sampai licin suma segala yang dlam pinggan ngan daun2 kari kami ngap...finger linckin' good hahaha...Terima kasih utk resepinya..minta izin CnP kat sini ya..pasni mesti ada siaran ulangan
minta maaflah bulan2 pose ni gambo asyik kucar kacir jerr..suma nk cepat..
RESEPI AYAM KICAP PEDAS MADU KARIPULAI
By: Dapur Azlina@Terminal Hijrah
sumber :http://linapg.blogspot.com
BAHAN BAHAN
  • 1 ekor ayam dipotong 14 bahagian (linapg gn 5ketoi kepak ayam)
  • 1 bawang besar di hiris2 nipis
  • 3 tangkai daun kari
  • 2 biji buah tomato dibelah 4 setiap satunya(xboh tadak stok)
  • 10 ulas bawang merah dikisar
  • 6 ulas bawang putih dikisar
  • 1 inci halia dikisar
  • 2 batang serai ketuk (linapg tambah)
  • 2 sudu besar cili kering kisar (linapg gn cili giling)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu besar kicap mee (linapg tambah)
  • 1 sudu besar gula (xboh)
  • 1 biji cili merah - potong serong (linapg tmbh)
  •  Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk kunyit
CARA MEMBUATNYA
  1. Lumurkan potongan ayam dengan serbuk kunyit dan sedikit garam sehingga rata dan gorengkan seperti biasa sehingga garing. Angkat & toskan
  2. Dengan sedikit lebihan minyak tadi, tumiskan bawang besar,serai & daun kari sehingga agak layu, baru dimasukkan pula bahan2 kisar seperti bawang merah, bawang putih, halia & cili kering dan kacau2kan sehingga agak garing & naik aromanya
  3. Masukkan sos tiram dan madu, kacau2kan lagi diikuti dengan sedikit garam dan gula, kacau lagi
  4. Apabila kuah sudah pekat, masukkan ayam goreng tadi dan kacau2kan biar sebati dengan kuahnya
  5. Terakhir baru masukkan buah tomato/cili merah dan kacau2kan lagi
  6. Apabila sudah nampak sebati bolehlah ditutup api & sedia untuk dihidangkan.

10 comments:

Kak Rosaliza said... Balas

Assalam....memang sedapkan ayam kicap pedas karipulai ni kan, umah akk, asal msk ayam je buat resipi ni je, hari ni baru goreng bodo hehe

hani@debumelukut said... Balas

dah tak tau nak masak apa dah..selera masa berbuka kian menurun.

lina_pg said... Balas

kak rosa> wslm..mmg sedap ayam karipolei ni kan?kan?

lina_pg said... Balas

hani> kalau dah ketnadusan idea nk masak pe, bleh la try rcp ni.Sedap tau

Fiza Nordin said... Balas

pernah buat something mcm ni lama dulu tp x letak karipulai hikhik

lina_pg said... Balas

fiza> nnt lenkali wat try letak daun kari tu..mesti lagi bestt

AZLINA said... Balas

Assalamualaikum Lina...Td baru jenguk dapur kak Rosa pun ada buat ayam ni. Sedap kan ayam ni, resepinya pun mudah je kan..kalau last minute nak masak pun mesti sempat.

Akak memang selalu msk ayam ni sbb anak2 suka..Alhamdulillah Lina sekeluarga pun suka..Maceh yea sudi cuba resepi yg tak seberapanya ni.. :)

Deliah's Deli said... Balas

ada karipulei tu yg x tahan tgk tu...sedap! :)

lina_pg said... Balas

azlina> wslm..rcp mmg simple tp sedap sgt,yg penting anak2 dan mak bapak pun suka hihihi.tq atas rcpnya

lina_pg said... Balas

Del> ada karipulai tu yg membangkitkan aroma.Mmg sedaplah..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...