Friday, August 19, 2011

Biskut Chip Coklat

Assalamualaikum...
Sedar tak sedar, Ramadhan hampir meninggalkan kita.Syawal bakal menjelang tak lama lagi.Bagaimana persediaan menyambut Syawal?Dah ready ke suma?Dah stat mnegukis ke?Saya baru warm up je ni.Ekceli projek ngukis ni time cuti Nuzul al-Quran hari Rabu lepas.Geram sungguh tengok biskut kaknor yang montot dan nampak sangat rangup.Memandangkan resepinya gak senang, godek2 gaklah wat biskut ni.Hasilnya memang sedap..tak tau sempat beraya ke tak biskut ni, memandangkan hampir separuh sudah dingap anak2 n my laling.Takpelah lagi seronok kalau suma suka.Terima kasih kaknor atas resepi dan tips yang diberikan.Izinkan saya kongsikan kat sini pula ya..
hasilnya tidaklah sejelita sifu nor buat,tapi bagi amatur macam saya ni sudah cukup berpuas hati hehehe
BISKUT COKLAT CHIPS
by: sifu nor secubit garam 

Bahan-bahan
180gm mentega/marjerin
90gm gula castor
100gm gula perang
1 sudu teh esen vanila
2 biji telur
200gm tepung naik sendiri
160gm tepung gandum (linapg gn tepung rose)
1 sudu teh soda bicarbonate
1/4 sudu teh garam
100gm coklat chips
120gm badam cincang
1/2 sk emplex (linapg tambah)

Cara-cara
  1. Ayak kedua2 tepung bersama soda bicarbonate,garam dan emplex. Sekiranya guna badam cincang,goreng tanpa minyak sekejap (bakar dlm oven kejap pun boleh), tp jgn sampai hangus.
  2. Pukul mentega/marjerin dengan kedua2 gula hingga gebu/putih. Masukkan telur dan esen vanila dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Masukkan bahan2 yg telah diayak td dan gaul hingga sebati. Masukkan pula coklat chips dan badam cincang dan gaul lagi hingga sebati.
  4. Sudukan ke atas loyang yg telah digris (untuk mendapatkan hasil yg lebih baik, alaskan loyang pembakar dgn baking paper). Jarakkan sedikit antara satu sama lain.
  5. Bakar dalam oven dgn kepanasan 180C hingga masak (brown) lebih kurang 20 minit (bergantung pd kepanasan oven masing2). Keluarkan dari oven dan biarkan seketika di atas loyang, pastu alihkan keatas rack (redai kuih) supaya lebih cepat sejuk. Bila dah sejuk baru masukkan kedalam bekas kedap udara.
  6. Terpulang pd masing2 jika nak letak badam cincang, sunflower seed atau kacang tanah yg telah dicincang (kena goreng tanpa minyak juga dulu ya) sebagai bahan tambahan.. tak nak letak pun tak per, cukup dgn coklat chips sahaja. Selamat mencuba ...
Note: saya bako suhu 150'C selama 12min.

14 comments:

ijayuji said... Balas

Salam kak lina! cantek beskut akak! lagi cantik dr yg kat kedai2 tuu :D akak dah siap maska berbuka belum kak? kita dr tadi belum sudah2 lagi mengukus nasi lemak hihihi ni proses yg terakhir :D fenaaattttttt.. selamat berbuka buat akak!

K.Nor said... Balas

salam lina, aduhai.. jgn ler panggil sifu.. tak layak lg utk akak pegang tittle tu.. simpan dulu ya.. hehehe

ehh apa pulak tak cantik, cantik sgt2 dah tu. sama saiz jer bulat pun elok jer.. kan ika kan..

mekasih ya sudi try resipi kukis ni.. seronok baca bila org suka dgn hasilnya

Kak Rosaliza said... Balas

Assalam...emm cantiknya coklat chip tu, byk chipsnya. Akknya projek sekuk ni mlm ni, semua dh siap tunggu buka posa dulu baru nak mula. Mesti sedap, akk pun tak sabar nak buat juga

lina_pg said... Balas

ika> wslm ika,hehehe ari ni menu tunjuk2 senang kije.Wah rajinnya ngukus nasi lemak..sedap nmkn lemak..

kalau masak sendiri mmg penat tp puas hati mkn hasil tgn sndiri.Akak ni dah terpaksa balik kije smpai lambat tu yg kena tunjuk2 hehehe

lina_pg said... Balas

kaknor> awat lak tak layak, mmg layak sesangat dah..mmg sedaplah kukis ni.Tapi kan dok rase cam tak sempat nk raya jer kukis sebab dah tggal separuh jer huhuhu.TQ ya kaknor sedap sgt kukis ni

lina_pg said... Balas

kak rosa> wslm..chips cekelet tu mmg sengaja letak lebih main taruh jer suma lagi terasa cekelet, sedap taw msti anak2 menakan kL tuh suka sgt

Wana Yusuf said... Balas

salam lina! wah dah start mengukis ya... sedap nampak biskut coklat cip tu... budak2 mmg suka makan biskut ni... kalau wana buat pun mmg tak sempat tunggu raya biskut dah langsai...

lina_pg said... Balas

wana> wslm...bebudak mmg suka kukis pesen gini.Kat umah ni pun rasa cam sempat beraya dh kukis ni..

Amie said... Balas

seronok dapat buat biskut sendiri ye... puas hati, boleh bubuh apa kita suka, bersih & halal..

lina_pg said... Balas

Amie> Memang betul tu Amie, tapi kalau wat sendri letih sket.nak senang main tunjuk2 jer la

Naz said... Balas

Assallamualaikum kak Lina..
Sihat ker? Maisarah akak sihat??
Kak Naz kalau buat biskut cam ni tak boleh letak kekacang sebab anak dara sulung Naz, Husna tak suka kekacang. Jadi buat pun letak choc chip jer atau togel cam tu jer.. Dia lagi suka..
Banyak dah biskut raya akak??

lina_pg said... Balas

naz> wslm naz, alhamdulillah akak sihat,maisarah aka pun sihat.maisarah kat sana tu sihat ke?oic..anak dara tecik tu xmkn kcg.Kite mak2 ni kena ikutkan tekak anak2.Jadi deme tu suka kukis yg mama dia buatkan..
Yang ni jelah biskut raya akak yg dah siap Naz..tengoklah kalau sempat nk wat samperit

AZLINA said... Balas

Assalamualaikum Lina...Kukis mcm ni la anak2 suka mkn. Silap2 boleh abis sebelum raya. Cantik je molat2...

lina_pg said... Balas

azlina> wslm..mmg betul tu anak2 suka sgt kukis ni depa kata cam chipmore..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...