Nasi Kari Ayam

By LiNa_Pg - Monday, December 05, 2011

Assalamualaikum...
Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Disember. Masa berlari begitu pantas sekali.Hmm..n3 pertama dibulan Disember.Bukan nasi goreng ya.Ni nasi Kari Ayam, bukan nasi makan ngan kari ayam...Itu tidak sama.Resepi amek kat dapur kaknor ganu.Sedap sangat.Anak2 makan nasi gitu jerr.Memula makan ngan ayam pastu tambah nasi jerr.Saya guna bahagian tulang2 ayam seperti leher dan sayap jerr sebab nasi makan ngan Ayam Cepedas. Mmg gandingan yang mantap.  Kalau nengokkan nasi kaknor..cantik elok memanjang jer, tapi saya nyer ni ntah hapa2 kejadiannya sbb kaknor guna beras basmati, tapi saya guna beras BASmati enjin hehehe.Takpelah xcantik pun janji sedap kat tekak kami anak beranak (ayat coverline tuh)
RESEPI NASI KARI AYAM by Dapur Ibundo
Bahan:
3 cawan beras basmathi
1/2 ekor ayam ataupun lebih dipotong biasa
4 sudu besar butter atau majerin
8 cawan santan dari sebiji kelapa (linapg gn 1cwn susu cair+2cawan air)
3 sudu besar rempah kari (linapg gn 1paket kecil-jdkan pes)
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 inci halia dihiris panjang
rempah tumis empat sekawan
1 cube stok ayam kalau suka
sedikit daun ketumbar
daun kari ~ yg ni k.nor tambah (linapg boh juga)
1 sudu besar lada hitam ~ ditumbuk (yg ni k.nor tambah gak)(linaph xboh)
garam(xboh gn kiub)

Cara:
Beras basmathi dibersihkan dan di tos kering airnya. Ketepikan.
Panaskan butter/majerin dalam periuk. Masukkan bawang merah, bawang putih, rempah empat sekawan, dan halia. Tumis sehingga naik bau. Masukkan rempah kari. Tumis sehingga rempah kari masak. Masukkan ayam. Kecilkan api dan biarkan air ayam keluar. Apabila air ayam kering, masukkan santan, garam, stok ayam dan daun ketumbar( k.nor letak daun kari sbb daun ketumbar k.nor masukkan dlm nasi bersama ayam). Masak sehingga ayam lembut dan masak. Padamkan api. * K.Nor masukkan lada hitam yg ditumbuk tu sekali dgn bahan2 lain spt santan, garam dll tu..

Kemudian curahkan kesemua bahan yang dimasak tadi ke dalam penapis. Ambil kuahnya dan masukkan ke dalam beras di rice cooker. Pastikan kuah itu cukup untuk menanak nasi sebanyak 3 cawan beras itu. Kita dah biasa masak nasi dan tentu tahu berapa banyak air yang nak digunakan. Tapi untuk nasi ini, sila lebihkan sedikit airnya daripada ukuran biasa. Kalau kuah tak cukup, tambah sikit dengan air. Kalau kuah terlebih, jangan habiskan. Boleh buat kuah untuk makan nasi nanti.

Apabila nasi sudah 3/4 masak, masukkan ayam dan segala macam tok nenek yang ada bersama ayam itu ke dalam periuk nasi. Gaul dan tanak nasi hingga masak. 

NOTE: ini methode yang linapg gunakan untuk masak nasi kari ayam ni.Saya guna dapur gas jerr
  1. Beras dicuci bersih, rendam sekejap dan toskan.
  2. Panaskan butter/majerin tumiskan daun kari, bahan hiris dan rempah 4 sekawan.Tumis hingga naik bau.
  3. Masukkan pes kari, tumis hingga pecah minyak. Masukkan ayam, kacau hingga ayam separuh masuk
  4. Masukkan beras, kacau sebati ngan kari tuh.masukkan susu cair dan air.Masukkan kiub ayam.Kacau 
  5. Tunggu hingga air kering dan kecilkan api.Tunggu hingga nasi betul2 masak.Tutup api.

  • Share:

You Might Also Like

6 comments

  1. Assalam sedapnya nasi kari ayam, eh tak sama ke mkn nasi ngan kari ayam heheh.

    ReplyDelete
  2. Lina..betul kata rosa..sama tak rasanya..ke lagi sedap nasi ni..acik tak pernah buat lagi ni.

    ReplyDelete
  3. kak rosa> wslm, tak sama ya ngan mkn nasi lauk kari ayam sbb ni nasi tu mmg dah terasa kari ayam.Camana nk explain, kena try la hehehe

    ReplyDelete
  4. Acik Erna> saya wat pesen ngelat sket nasi ni ada rasa ala2 ns beriani versi kari ayam gitew.Kalau ikut rcp asal lagi sedap kot..Tp my laling xmo sbb santan byk santan..Cubalah acik..sedap taw

    ReplyDelete
  5. tengah tengah duk lapar ni rasa macam nak tokak2 jer skrin komputer ni tgk nasi ni... haha

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Lina, ni mmg terliuq abis ni, kena pulak ayam cepedas & kerabu epal tu fullamak...2 pinggan senang2 je licin..hehe.. :)

    ReplyDelete