Friday, May 4, 2012

Tips Bercuti/Melancong Ke Bandung

Assalamualaikum...
Cuti sekolah akan bermula hujung bulan May ni, hmm..mungkin ada yang nak membawa anak2 bercuti ke Bandung/Jakarta.Untuk yang pestaim ke sana bolehlah membaca sedikit tips yang saya nak kongsikan ni.Bagi yang sudah terlalu biasa ngan Bandung sila abaikan n3 ini.
Percutian kami sekeluarga ke bandung sumanya diuruskan sendiri, kami langsung tidak meggunakan agen.So segala hal kena wat sendri la.Dari booking tiket flight, tempah hotel dan juga transport.Di bandung kalau transport tak cari/booking awal2..takutlah kena tipu kat sana nanti. So, lepas booking tiket flight, boleh kata tiap2 hari saya google cari info pasal hotel n transport.Alhamdulillah Allah permudahkan segala urusan kami semasa berada di tempat orang. Sykur Alhamdulillah
Semoga apa yang saya kongsikan kat sini memberi manfaat kepada kalian suma.

TIPS BERCUTI/ELANCONG KE BANDUNG (MELALUI JAKARTA)

  • Tiket Flight - Kami masih lagi setia menggunakan khidmat Air Asia, untuk tarikh penerbangan bulan march, kami mula menempah tiket seawal bulan Disember lagi.Dapatlah harga murah sket.Tapi tidaklah murah sangat. Ada tips juga mengenai tiket ni. Dapat berjimat lagi
 

saya booking tiket pergi dan balik berasingan.Makna saya mempunya dua BOOKING No.Cuba perhati tiket pergi-balik harganya RM513.
TIKET sehala Pen-Jkt ialahRM329, TIKET BALIK JKT-PEN RM163 = RM492
RM513-RM492 = RM21
So, untuk satu tiket saya dapat berjimat sebanyak RM21,kalau untuk kami berlima saya dah save RM105.
Bagi kami amount tu banyak tu..bagi yang kaya raya tu,mayb tak kesah ngan duit sebanyak.Tapi rasanya kat Bandung RM105 dah banyak barang boleh shopping.

Airport tax - Jangan lupa untuk asingkan duit IDR150K setiap org utk bayaran departure airport tax Jakarta.kalau Bandung airport lain caj yea..Tax ni baby tak kena..it's free for babies.
lagi satu kalau korang bawa baby umur dah lebih 2tahun, contohnya 2 tahun 2bulan, korang hentam cakap kat pramugari tu umur <2tahun,kalau tidak nnt depa akan pow..rm50 kira duit kopi kat pramugari tu la huhuu.Tapi time kami pi ni maisarah belum cukup 2tahun lagi.Ada sorang pakcik (org Indonesia) yg suruh cakap umur <2tahun..Ooo camtu rupanya.Asyik mengepow je keje deme ni kan huhuhu.
  • Hotel - Ramai yang ke Bandung stail bag packer, bagi kami yang membawa anak2 ni agak tidak sesuai utk bag packer.Jadi hotel saya tempah terlebih dahulu. Kami menginap di Hotel Cemerlang .Hotel bertaraf 3*** 1/2.Hahaha ada gak setengah tu.Biliknya agak luas dan selesa.Ada bf percuma yang penting rasanya sedap hehehe. Kalau berminat nak stay kat hotel ni boleh contact depa kat SINI. Rate untuk satu malam ialah IDR438K (~RM155).Untuk buat tempahan saya cuma menghantar e-mail kepada pihak hotel.Di bandung lain pesen sket soket power supply hotel, cuma ada dua slot.Hotel lain saya xtau la pulak.So, jangan lupa beli socket Adapter.Rupa parasnya camni ya
 rupa paras soket hotel, cuma ada 2 lubang
socket adapter..barulah equipment kite bleh guna tempat cucuk ada 3 lubang

  • Transport - Kami memilih kenderaan jenis Kia Pregio yang berkapasiti 10pax.Selesa dan luas.Kalau pilih Avanza nnt barang2 shopping xtau nak letak mana lak.Kos sewa kereta ~RM1200 (4H3M).Termasuk perjalanan Jakarta-Bandung (2 hala) dan sepanjang kami berada di Bandung.Suma temasuk feul, tol, parking, driver meal. Rasanya cukup berbaloi.Jika ada yang berminat menggunakan khidmat JackTour boleh contact depa kat SINI .Mereka juga menyediakan pakej pelancongan kat Bandung tp saya hanya amek transport saja.
  • MAKANAN - Walaupun bercuti ke negara Islam yang senang nak dapatkan makanan halal, saya tetap membawa sedikit bekalan makanan.Tapi tidaklah membawa serunding bagai.Sekadar membawa megi cup, sedkit coklat dan sneakers.Bolehlah anak2 wat alas perut.Saya nasihatkan lebih baik makan di Restoran daripada makan kat gerai.Kalau makan di Restoran kemungkinan untuk di'kapor' adalah kurang sebab mereka akan memberi menu semasa membuat pesanan.Berbanding ngan gerai yang main hentam sebut jer depa jual apa.Lagipun harga makanan di Restoran tidaklah mahai..still can effort dan sedap.
  • UBAT-UBATAN - Saya seperti bercuti ke Beijing, bekalan ubatan seperti PCM, Aktif fast, pil chi kit teck aun, ubat demam baby mmg tak pernah saya tinggal.Cuma ada tambahan sket, kalau ke bandung jangan lupa bawa minyak angin.
  • TIPS - Di Bandung ni kite perlu sediakan duit kecil utk tips, sebarang pertolongan bukan percuma ya.Semuanya perlukan tips.Hulur sajalah seberapa ikhlas yang mampu walaupung cuma IDR2k, sudah cukup besar bagi mereka.
  • Hmm rasanya ini jelah yang nak saya kongsikan selebihnya tips lebih kurang sama dengan TIPS KE BEIJING/CHINA

29 comments:

miya said... Balas

haha soket,, teringat masa sy duk sana dulu. ganjil rasa periuk nasi pun guna 2 lubang.

lina_pg said... Balas

miya> tu la kan, akak pun pestaim jumpa soket camni.Ingatkn suma hotel guna International socket hehehe.Seba baik murah jer adapter tuh

Chik Mimi said... Balas

tq dik lina bila la akak nak p ,hehehe

lina_pg said... Balas

Chik mimi> sekarang AA wat penerbangan direct Pen-BDO taw..bleh la xyah transit kat Jakarta dah..

myda_ahmad said... Balas

thanks ,perkongsian yg berguna ....
ikutkan kami pun nk plan gak,tp x leh anak2 ada exam UPSR thn nie....so kena tunggu end of the year lah....

Lydia said... Balas

hahha2..btol tu kak..tentang soket..msa dya pergi yogyakarta tempohari pun fening kepala nak charge hp n camera..last2 g kaunter hotel jek..2 pn dpt 1 plag jek pnjam (syukur)..

lina_pg said... Balas

myda_ahmad> kalau ada masa nnt, bleh la bw anak2 bercuti kat sana ;)

lina_pg said... Balas

Lydia> memang betul tu..kami pun sama gak.Sebab tu akak share kat sini supaya org lain yg baru pestaim ke sana dapat wat prepareration

Faten Rosli said... Balas

hai kak lina,, owh.. maksudnya beli tiket asing2 dr beli tiket 2way lg murah la ye.. tips berguna ni..tq.. :)

Iza Teratak Usang said... Balas

Assalam..
Terima kasih atas info tu..
Hubby dah pernah ke Medan, jadi ada la sikit pengalaman di sana..

~~zana@pb~~ said... Balas

Assalammualaikum, kak pb tercari2 juga bagaimana nk kesana sendirian, takut tertipu. Nasib baik ada tip dr lina. Insyaallah nk pegi jg bila tiket murah.

Mamasya said... Balas

Slmt berhujung minggu Lina.mmg bagus Lina kongsi tip boleh jadikan panduan buat semua yg nak bercuti ke Bandung.dulu masa nak pergi cuti ke Bandung....byk juga kumpul info ttg Bandung dr internet....mudahlah sikit bila di sana.

lina_pg said... Balas

Faten> Ya betul tu beli tiket asing2 lagi jimat

Iza> wslm..bagi yg pernah jejak kaki kat Indonesia, mesti sudah ada experience..kira ok la jugak..kalau yg pestaim tu huh kalut gak nk cari soket adapter tu

lina_pg said... Balas

kak pb> wslm..saya cuma kongsikan sedikit info sahaja..kak pb bleh cari kat blog2 lain jugak ;)

lina_pg said... Balas

mamasya> saya pun sama, setiap kali nak melancong ke negara orang, mesti google cari info..sedikit sebanyak membantu kite utk wat persiapan kan?

Mama Farris said... Balas

thanks 4 sharing..amat bguna tu..

Nur-nba said... Balas

Tq for sharing.. Nur save tips ni.. Memang teringin nak bercuti di Bandung.. :)

lina_pg said... Balas

mama Faris> welcome

Nur nba> welcome, Bandung best jugak utk bercuti n shopping..Byk tips lagi kat blog2 lain..

Sharinginfoz said... Balas

very helpful, sebab tu saya suka baca pengalaman blogger

lina_pg said... Balas

sharinginfo> thanks

twins mom said... Balas

Salam,kak lina.. masa kak lina kat sana,kak lina amik transport saja, so yg jadi driver tu husband kak ka?

lina_pg said... Balas

Twins mom> wslm, transport tu temasuk driver, tol,feul,parking.Kite cuma arahkan driver hala tuju,nnt dep akan bawa.Kalau amek pakej lawatan..kena ikut progam yg ditetapkn.Rasanya susah kot nk drive sndri kat sna sbb trafic dia lain pesen sket

AlyaAyeesha said... Balas

best nya.. x sbr plak nak g bandung thn dpn.. Berguna info ini..

AlyaAyeesha said... Balas

best nya.. x sbr plak nak g bandung thn dpn.. Berguna info ini..

Noraishah Ismail said... Balas

leh tau....tmpat2 yg best pegi kat bandung tu....lebih2 lg pat shopping la

Ana admi said... Balas

Thanks for info..berguna :)

Shahmal Fazzad Fakhrurrazey said... Balas

Salam kak. nak tanye transport yg akak amik tu dari jakarta ke bandung dan pulang balik jakarta ke? ade info yg sy dapat kalau amik dari jakarta dan pusing2 bandung selama 4H3M dan bawak balik ke jakarta, kite kene sediakan tempat tinggal untuk die , btol ke?

lina_pg said... Balas

@Shahmal Fazzad Fakhrurrazey
wslm,transport tu kompani dia base di Bandung.akak cuma minta xtra service pick up di Jakarta.So tak kena sediakan tempat tinggal.

LiNa_Pg said... Balas

Banyak la pulak iklan tak berbayar kat sini...
Semak mata wey..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...