Monday, October 1, 2012

Pulut Kuning Dan Rendang Daging

Assalamualaikum...
Pulut Kuning dan rendang daging ni saya buat sempena hari lahir my laling.Tak wat kek ke?Ada wat jgak kek, tapi saje wat pulut kuning sbb my laling baru balik dari perantauan.Buat ntuk menyambut kepulangan la kununnya kan?Bersengkang mata la si bininua nak siapkan rendang ni.Maklule..rendang kena masak ngan api yg kecil (ala-ala renih gitew)Saya suka masak stail slow cooker..Masak secara perlahan.Mau dekat 31/2 jam baru siap rendang ni.Resepi ni sy amek dari kawan baik saya Rohana Jamil (wah siap bagi nama penuh tuh).Thansk untuk resepinya.Rendang ni tidak menggunakan sebarang rempah kari.Hanya guna bahan basic saje..tp hasilnya memang sedap...Ni lah pestaim saya wat rendang yg menetapi citarasa saya.Kali ni saya tepek resepi rendang.Pulut Kuning saya wat n3 berasingan.
kunun nk bagi  comey la boh dalam mould hehe
RESEPI RENDANG DAGING
by: lina pg

Bahan - Bahan:
  • 1/2 kg daging pejal (potong kiub)
  • 1/2 kg santan pekat
  • 4 labu bawang besar  (blend)
  • 6 ulas bawang putih (blend)
  • 6 ulas bawang merah (blend)
  • 2 inci halia (blend)
  • 2 inci lengkuas (blend)
  • 10 batang serai (4btg blend, 6btg ketuk)
  • 20 tangkai cili kering (blend)
  • 2 paket kerisik
  • 1sk serbuk kunyit
  • 1 helai daun kunyit (racik halus)
  • 2 asam keping
  • Garam dan gula (lina pg gn 1 sb gula merah)
Cara-Cara:
Satukan semua bahan, renihkan hingga pecah minyak.Sesuaikan rasa.
** option**
Boleh juga tumis bahan kisar dengan sedikit minyak

Note
Saya gunakan api yg kecil dan kuali bertutup untuk masak rendang ni.Kacau sekali sekali.Asam keping saya keluarkan selepas 1jam sbb xmo rasa masam overpower rendang ni.
Saya suka rendang yg basah2 camni.Kalau nk lebih kering..kacau hingga lagi hingga menepati citarasa masing2

11 comments:

tun_telani said... Balas

resepi rendang sama ngan resepi mama tun.. mmg sedap! kalau raya rendang + pulut kuning adalah menu wajib kat rumah tun :)

lina_pg said... Balas

Tun> sama ek ngan resepi mama Tun..sedap kan rendang camni..selalu kak lina tgk rcp mesti gn rempah kari daging ada gak g gn rempah kurma.Raya haji nanti boleh wat lagi

inazamri said... Balas

mlm td baru je cakap2 ngan si along bday dia thn ni wat pulut kuning ngan rendang je la ye.tengok2 pagi ni kt sini ada pulut kuning.cantik la bentuk pulut tu .nak la cari acuan mcm tu.

lina_pg said... Balas

Inazamri> sedap gak sekali sekala sambut besday ngan pulut kuning..rending ni pun pestaim wat..sedap..
acuan tu sy beli kat supermaket jerr

Gee® said... Balas

nak pulut kunen jugak....

lina_pg said... Balas

Gee> ada lagi sket belen ni..rendang pun ada gak lagi

Chik Mimi said... Balas

aci dak akak nakkk

AZLINA said... Balas

Assalamualaikum Lina,sedapnya..akak dh trliur ni esp tengok rendangnya tu, yg asli gini mmg terbaikkk.. bertmbh sayang la cik abe tu esp bila dh 2-3 hari tak jumpa, rasa mcm time baru2 kawin dulu kan!!

kakinakl.com said... Balas

assalammualaikum

terliur tenguk pulut kuning ni..

kakinakl.com said... Balas

assalammualaikum

terliur tenguk pulut kuning ni..

Norihan Din said... Balas

Assalamualaikum...dok selak2 belog ari ni...terjumpk blog akak...tq..yer resepi...first time buat pulut kuning n rendang....

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...