RESEPI PULUT KUNING

By LiNa_Pg - Friday, October 05, 2012

Assalamualaikum..
Salam pagi Jumaat buat semua..pagi ni bum Pulau Pinang dilimpahi hujan rahmat...ujan manja2 jer...kalau leba mau banjir area Bayan Baru...
Sepatutnya n3 Pulut Kuning@Pulut Semangat ni menyusul selepas Rendang Daging.Boleh terlupa lak nk wat n3..Rasanya ramai yg taw buat..tapi saya tepek gak rcp kat sini utk rujukan sendiri

cantik kilat2 jer kaler dia..
RESEPI PULUT KUNING
by: lina pg
Bahan - Bahan:
  • 5 cawan beras pulut
  • 1 asam keping
  • 2 sk serbuk kunyit
  • 3 cawan santan pekat
  • Garam dan gula
Cara - Cara:
  1. Beras dicuci bersih dan ditoskan. 
  2. Bancuh serbuk kunyit dengan air anggaran melebihi paras beras pulut. Masukkan asam keping.Gaul supaya beras pulut rata dengan warna kuning.Rendam semalamam
  3. Toskan beras, keluarkan asam keping (jgn kukus ngan asam keping sekali lak) 
  4. Sementara itu panaskan pengukus.Masukkan beras pulut dalam loyang pengukus (lapik dasar kukusan dgn daun pisang (tutup lubang sket-kang bolos abes beras pulut tuh)
  5. Kukus beras pulut (pastkan air pengukus sudah mendidih ya) selama ~20minit (beras separuh masak)
  6. Sementara itu, satukan santan pekat, garam dan gula.Kacau sekejap atas api hingga naik wap.JANGAN SAMPAI MENDIDIH NANTI PECAH MYK LAK.Tujuannya untuk steril santan - supaya pulut kuning tahan lama.
  7.  Selepas 20 minit, angkat pulut dan masukkan ke dalam bekas yg besar.Tuangkan santan sedikit demi sedikit ke atas pulut, kacau sebati.Buat hingga santan abes.Pasni kia akan nampak pulut nampak cam basah2 gitew.Proses ni saya panggil ARUN org lain xtau ada istilah ke tak hehehe.
  8. Biarkan sekejap (dalam 8-10min) supaya pulut sebati ngan santan
  9. Masukkan semula dalam kukusan, kukus selama 20-30min (hingga pulut kuning betul2 masak) 
Note:
Tujuan meletak asam keping supaya pulut kuning akan cantik dan berkilat
 

  • Share:

You Might Also Like

17 comments

  1. sedapnya pulut kuning,makan lak dgn kari ayam ..hmm sedap3

    ReplyDelete
  2. mama ryan> sekali sekala layan pulut..mmg sedap kan?

    ReplyDelete
  3. aKAK, SAYA MOHON SHARE YE RESIPI NI. nANTI NAK BUAT UNTUK HANTARAN LA. kALAU SAYA TAK TAHU TANYA AKAK BALIK K.. :)

    ReplyDelete
  4. sedappp nakk awat tak pos ke sg ara

    ReplyDelete
  5. chik mimi> dah selesai suma ni kak mimi..wat ari laling balik aritu hehehe..

    ReplyDelete
  6. fuhh.. mmg best kalau pulut kuning ngan kari ayam... bukan senang leh makan ni.. kalau org tak wat kenduri doa selamat.. :) hehehehe..

    ReplyDelete
  7. Assalam cantik pulut semangat tu, mcm puding sekali imbas hehe, tentu seronok besday boy mkn pulut hasil air tangan tersayang.

    ReplyDelete
  8. JassNani> Pulut kning makan ngan kari ayam atau rendang memang sedap..
    Betul tu..menda yg jarang bleh mkn2

    ReplyDelete
  9. kak rosa> wslm..pulut dok dalam cuan puding tuyg jadi rupe puding la pulak...kalau dok dalam auan puding jagung..kompom ramai yg teripu kih3

    ReplyDelete
  10. boleh la kan sponsor nti..hahaha

    ReplyDelete
  11. ezzyra> Bonda mesti soh 'jian tetngga' yg terrer merrer masak tuh kompom punya

    ReplyDelete
  12. Betul tu Lina,cantik berkilat....sedap makan dengan rendang ayam atau daging.

    ReplyDelete
  13. Norzie> Setuju sangat tu..kalau suka yg berkuah sket..rendang pun wat basah2..kalau ngan gulai pun sedap

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum, apa fungsi asam keping tu ye? Kalau tak letak boleh ke?

    ReplyDelete
  15. Salam, tak rasa masam ke ye kalau letak asam keping?

    ReplyDelete
  16. Salam..Kalau xde daun pisang boleh lapik dgn benda lain x?

    ReplyDelete