Thursday, August 22, 2013

Resepi Ayam Ros/Ayam Masak Ros

Assalamualaikum...
Kembali bersiaran, walaupun agak kemalasan untuk hapdet.Hurmmm camnilah jadinya bila agak lama dok lemau huhu.Sudah terbiasa dok biar blog bersawang mulalah kemalasan bermaharajalela..
Hari ni ada sketttt kerajinan untuk hapdet.
Ayam Ros/Ayam masak rose ni saya buat untuk dinner malam tadi.Ekceli pestaim saya buat resepi.Selalunya kalau makan kenduri kat jer.Ayam Masak merah dan ayam ros kedua2 menu lebih kurang sama jer.Cum ayam rose ada menggunakan sedikit santan dalam resepi.Bila kenduri ada yg sedap dan ada yg tidak menepati citarasa sebab setengah katering tidak menggoreng ayam terlebih dahulu, jadi rasanya kureng lah (pd tekak saya).Bila masak sendiri ni bolehlah dibuat ikut selera kita.Kali ni kena ngan selera kami sekeluarga.Alhamdulillah anak2 pun suka sebab tak berapa pedas.Kepada yang berminat bolehlah mencuba.
Pic ni snap ngan enpon jer...xpolah janji hado gambar yo huhu..

RESEPI AYAM ROS/AYAM MASAK ROS
Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam ( potong 12 )
  • 1 labu bawang besar ( blend )
  • 5 ulas bawang merah ( blend )
  • 3 ulas bawang putih ( blend )
  • 1 cm halia ( blend )
  • 1 cm lengkuas (blend)
  • 1 labu bawang besar ( potong bulat - hiasan )
  • 2 batang serai ( ketuk )
  • 2 helai daun pandan simpul
  • 3-4 sudu makan cili giling (boleh tambah/kurang)
  • 3-4 sudu makan tomato puri (kalau xde ganti ngan sos tomato)
  • 200ml santan pekat
  • Buah tomato (belah 4)
  • Sedikit gajus (LiNa Pg beli yg roasted)
  • Daun Ketumbar (dlm gambar daun sup huhu)
  • Cili merah (hiris)
  • Sedikit gula melaka (LiNa Pg gn ~1cm) boleh gantikan dengan gula/perasa
  • Minyak
  • Garam dan kunyit
  • Rempah 4 beradik 
  • Air 

Cara-Cara:

  1. Ayam dicuci bersih, toskan dan perasakan ayam dengan garam kunyit, goreng 2/3 masak dan ketepikan.
  2. Tumiskan rempah 4 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih,pelaga), serai, daun pandan dan bahan blend hingga garing.
  3. Masukkan cili giling dan gula melaka tumis lagi hingga pecah minyak 
  4. Masukkan tomato puri/sos tomato dan kacau sebentar
  5. Masukkan ayam dan gaul sebati.
  6. Masukkan santan pekat, kacau lagi.Tambah ait jika suka berkuah
  7. Sesuaikan rasa (tambah garam/gula -jika perlu)
  8. Masukkan gajus, hirisan bawang besar, cili merah dan ketumbar.Kacau sekejap.Tutup api
  9. Tadaaa...dah siap ayam rose yang sedap.

11 comments:

zana fahmi said... Balas

Salam. Blog ditinggal lama memang malas nak update, samalah kita.
Mcmna boleh dpt nama ros tu ye?

LiNa_Pg said... Balas

@zana fahmi
wslm, tu la pasal kak pb..bila dah bersawang jadi malas terus nk hapdet.Tp bila tgk ramai gak visitir jd kesian lak bila depa datang tadak n3.

Ayam ros tu tak tau sapa pemberi nama camtu rupa...kalau ayam masak merah ada santan jd ayam ros..agaknya tuannya mula2 buat kot nama ros

♥♥azatiesayang ♥♥ said... Balas

Salam Lina,klu umah k.atie mmg lagi suka pedas2:)

tun_telani said... Balas

Salam kak lina. sama laa tekak kita kak.. tun mmg x bape blh telan kalau ayam masak merah ayam dia x goreng dulu.. baru tau nama dia ayam masak ros. tun kdg2 wat ayam masak merah letak juga santan. tp panggil ayam masak merah bersantan. hahahha

LiNa_Pg said... Balas

@♥♥azatiesayang ♥♥
wslm kak atie..anak yg besar sket ok jer kalau pedas sket, tp dak maisarah ni kalau terasa pedas terus tak makan.Cerewet sket yg ni huhu

LiNa_Pg said... Balas

@tun_telani
wslm Tun,
Tu la kan..kalau tak digoreng dulu rasa peluk sket...tak bape syok..
Hehehe kat sini kalau dah letak santan terus kena tuko surat beranak jd ayam rose hihi

Qashmere said... Balas

Rajinya dia. Sedap tuuuuuuuuu

EmbunRosaliza said... Balas

sedapnya ayam rose tu, akk tak pernah buat la

HASMALIZA SAAD said... Balas

rempah 4 beradik tu repah macamana?..boleh ganti dgn rempah lain tak?

LiNa_Pg said... Balas

Rempah 4 beradik tu bunga lawang,bunga cengkih,pelaga dan kulit kayu manis.
Sori x perasan komen

Noor Risan said... Balas

Yang saya tahu ros tu dtg dari resipinya, guna air ros/mawar (rose water)... tu jer... bkn nama org... tp dlm resipi ni mcm x guna plak... mgkin dah di olah oleh tuannya... just to share the info... ok, tq.. ;D

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...