Thursday, May 15, 2014

Resepi Asam Pedas (Perisa Tom Yam)

Assalamualaikum...
Sejak pandai buat asam pedas ni anak2 selalu minta buatkan bila menunya bukan ayam.Kebetulan cuti Wesak gi market byk lah stok ikan segar dibeli...Kali ni saya gunakan ikan tenggiri lak untuk buat asam pedas.Basic resepinya ialah Resepi asam pedas melaka yg memang sangat menepati citarasa.Cuma kali ni saya tambah kiub tom yam.Sebab aritu ada tengok dalam tv rancangan kuali terbalik angah raja lawak kata kalau nak rasa asam pedas ada kelainan letak pes tom yam dalam masakan asam pedas...so apa lagi harus lah dicuba kan?Kuat tul pengaruh tv dalam hidupku hahaaa..Nak tau apa kelainannya kenalah cuba sndiri.
Alahai comot2 lak mangkuk...kucar kacir lak tu...xpo lah..janjji nampak rupa asam pedas

RESEPI ASAM PEDAS (PERISA TOM YAM)
By : LiNa Pg

Bahan-bahan

  • 1 ekor ikan tenggiri

Bahan kisar:-

  • 3 biji bawang merah
  • 10 biji cili kering
  • 1/2 in halia
  • 1 sudu teh jintan manis (serbuk)
  • 1 sudu teh jintan putih (serbuk)
  • 1/4 sudu teh lada hitam
  • 1/2 in kunyit hidup
  • 2 ulas bawang putih

Bahan tumis:-

  • 1/2 bawang besar-hiris
  • 1 sk halba
  •  1/4 sudu teh biji sawi
  • 1/4 sudu teh halba
  • 2 tangkai daun kari
  • air asam jawa secukupnya
  • air secukupnya
  • 1 biji tomato-potong2
  • 5 biji kacang bendi
  • 1 serai-diketuk
  • bunga kantan atau daun kesum secukupnya
  • minyak masak
  • garam dan gula jika suka
  • 2 kiub tom yam/pes tom yam

Cara-cara

  1. Panaskan minyak, tumis bahan bawang besar, daun kari, halba,biji sawi hingga wangi dan bawang besar sedikit layu.
  2. Masukkan bahan kisar, tumis lagi biar pecah minyak.
  3. masukkan air asam jawa dan air. biar mendidih, masukkan ikan dan bahan2 lain.
  4. masukkan garam dan gula, biar hingga masak. hidangkan.

3 comments:

tun_telani said... Balas

Salam kak lina.. mantap laa asam pedas dia ada perisa tom yam.. nnti blh try.. tun mmg suka asam pedas, letak daun kesum byk2.. tp daun kesum jarang2 jumpa kt sini, tanam xnk hidup pulak. bila jumpa mmg wajib wat asam pedas, mkn nasi kuah banjir. hihi

Acik Erna said... Balas

assalam lina..memang sedap ye..guna pes tomyam..acik ni memang tak pandai2 masak asam pedas..dah macam2 resepi dicuba

Bbwana adienia said... Balas

wah, nampak sedap dan menarik tu kak lina..sya belum lagi penah try makan asam pedas tom yam ni..lepas ni kena try la..hihi..

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...