Tuesday, May 27, 2014

Resepi Daging Masak Hitam TMK

Assalamualaikum...
Daging Masak Hitam ni peberet kami sekeluarga. Bila buat nasi berperisa selalunya Nasi Beriani saya akan merajinkan diri buat Daging Masak Hitam ni.Kali ni saya kawenkan Dgg ni dengan Nasi Minyak Jus Oren..mmg gabungan mantap.Sedap sangat.Tambah lak dah banyak tahun tak buat Dgg Masak Hitam ni.Sangat berbaloi masak lama hingga daging empuk.Daging Masak Hitam ni, bila diperangat lagi sedap...Jom kite semak resepi.
Sedap ni kuah pekat2 camni.Memang sesuai untuk juadah raya nnt.Nak makan ngn ketupat lemang pun boleh ni...

RESEPI DAGING MASAK HITAM TMK

Bahan Perap : 
  • 1 kilo daging pejal ( potong selebar 2 jari )
  • 1 labu bawang besar ( blend )
  • 1 paket rempah kurma @ serbuk sup ( saya guna serbuk sup adabi )
  • 1 paket kari daging
  • 1 paket kerisik ( 40g )
*** Satukan semua bahan perap kemudian perap semalaman.Kalau nak cepat, perap stgh jam pun ok***

Bahan-bahan:

  • 1 labu bawang besar ( blend )
  • Rempah 4 beradik
  • 2-3 helai daun pandan ( simpul )
  • 3-4 sudu makan cili giling ( boleh tambah/kurang )
  • 2-3 sudu makan tomato puri ( boleh tambah/kurang )
  • kicap pekat ( saya guna mahsuri )
  • Kicap manis
  • Sos tiram
  • Minyak 
  • Air
Cara-Cara:
  1. Tumis rempah 4 beradik bersama bawang hingga bawang garing
  2. Masukkan cili giling , tumis hingga pecah minyak. Kemudian masukkan tomato puri.
  3. Masukkan daging, kacau sebati.Masukkan daun pandan
  4. Masak hingga daging empuk ( masukkan air jika perlu )
  5. Bila daging empuk, masukkan kicap dan sos tiram. Sesuaikan rasa.
  6. Dah siap

6 comments:

Gee® said... Balas

Wow! lapar den dibuatnya.... kalau mkn dgn pulut pon sodap nih...

LiNa_Pg said... Balas

@Gee®
Betul tu..pulut/ketupat mmg sedap wat cicah daging ni

MaDiHaA a.k.a Ratna said... Balas

nampak pun dah tau sedap sgt tu lina... boleh simpan dulu resepi ni.. sbb skrg ni memang nak kurangkan pengambilan daging merah.. lebihkan ayam & ikan je.. sesekali bolehlah... hehe.. (dah berumur ni kesihatan kena jaga)

tun_telani said... Balas

pekat molek kuah dia.. ganding ngan lemang sedap gak nih.

Bbwana adienia said... Balas

wah, memang nampak sedap menu tu kak lina..kuah pun pekat..best!

Massuraazizul@gmail.com Massuraazizul@gmail.com said... Balas

Sedap nya

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...