Monday, June 23, 2014

Resepi Kari Kepala Ikan (Sos Tomato)

Assalamualaikum...
Dah lama tak bersiaran, blog ni bukan boleh ditinggal lama.Mesti jadi lemau untuk hupdet.Hari ni saya nak kongsikan satu resepi eksperimen kari kepala ikan.Sejak pandai buat kari tanpa santan ni memang bleh dikatakan setiap minggu mesti buat resepi kari.Cuma kali ni saya tidak mengguna asam jawa.Tp saya gantikan dengan sos tomato untuk memberikan impact masam dan kaler yg merah menyala (tp xpedas hahaa)Alhamdulillah satu keluarga sukakan Kari Kepala Ikan versi yg ni.Yg best tu maisarah pun makan bertambah2.
Memang sangat menepati citarasa..kuah pekat dan x begitu pedas.

RESEPI KARI KEPALA IKAN (SOS TOMATO)
By : LiNa Pg (Teratak Mutiara Kasih)

Bahan - Bahan:          
  • 1 ketul kepala ikan jenahak  (dibelah dua)
  • 2 paket kecil rempah kari ikan (jadikan pes)
  • 1 sudu kecil serbuk kas-kas
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 2 sudu makan cili giling
  • 4 sudu makan sos tomato
  • 2 sudu makan gula merah
  • 1 labu bawang besar (dihiris nipis )
  • 6 ulas bawang merah ( tumbuk/blend)
  • 2 ulas bawang putih ( tumbuk/blend )
  • 1 cm halia ( tumbuk/blend )
  • 1 labu bawang besar (tumbuk/blend)
  • 2 kuntum bunga kantan ( dibelah 4)
  • 2 biji cili merah
  • Sedikit daun kesum
  • 2 biji buah tomato dibelah empat
  • Daun kari
  • Kacang bendi
  • Minyak
  • Air asam jawa
  • Garam dan perasa
  • Air secukupnya

Cara Penyediaan:
  1. Tumiskan bawang besar, daun kari  dan halba campur hingga sedikit layu dan wangi masukkan bahan tumbuk.Tumis hingga garing.
  2. Masukkan cili giling tumis lagi.Masukkan rempah ikan tumis hingga pecah minyak
  3. Masukkan sos tomato dan gula merah. Kacau sebentar.
  4. Masukkan air ikut suka banyak mana.Masukkan garam & perasa, reneh sehingga kuah kelihatan pekat.
  5. Kemudian masukkan kepala ikan,daun kesum dan bunga kantan.Simbah2kan kuah ke atas kepala ikan.Sesuaikan rasa
  6. Masukkan kacang bendi, cili merah dan tomato.Kacau sekejap. Tutup api

2 comments:

Bbwana adienia said... Balas

salam kak lina..

wah, memang cantik kaler kari tu..pekat kuahnya..memang mebeles makan nih..

mama sara nur said... Balas

Assalam
Pekat, sedapp nI cicah roti pun best

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...