Tuesday, June 24, 2014

Resepi Kuih Akok Lembut Dan Sedap

Assalamualaikum...
Beberapa hari lagi, seluruh umat Islam akan menyambut kedatangan bulan yg mulia dan penuh berkah iaitu bulan Ramadhan....Tentunya kaum ibu pening untuk memikirkan juadah untuk berbuka puasa.Okeylah rasanya n3 kali ni dapat memberi sedikit inspirasi..iaitu kuih akok.Kuih Akok ni sangat terkenal di negeri Kelantan dan merupakan menu kegemaran kami sekeluarga..Kalau di Kelantan, tidak menjadi kesukaran untuk mendapatkan kuih ni sbb seleuruh ceruk negeri ada menjual...Bila menetap di negeri orang ni, agak susah juga nak dapatkan kuih ni....
Resepi ni diperturunkan oleh bonda saya.Katanya resepi diperolehi dari tok guru yang mengajarnya mengaji masa kecik dulu...Boleh bayangkan dan berapada abad resepi ni....Resepi zaman dulu tidak menggunakan sukatan/timbangan gram.Hanya menggunakan cawan/mangkuk/bekas yg sama jer untuk semua sukatan.Jadi berapa jumlah telur, tepung, gula tak perlu ditimbang.Cuma masukkan ajer dalam bekas yg digunakan tu..Memang old skool...Tapi saya dah modenkan sket sbb bakar guna oven.Sukatannya msih guna cara lama.Hasilnya kuih ni sangat sesuai untuk keluarga yg kecil 4-5orang makan...Jom kite semak resepi.
 Inilah hasilnya...sangat2 sedap.Bahan2 cukup ringkas, mudah dan hasilnya mabeles
Tektur cukup lembut, rasa lemak manis (manis secukup rasa) yg membuatkan tidak puas makan seketoi..

RESEPI KUIH AKOK
By : LiNa Pg (Teratak Mutiara Kasih)

Bahan-Bahan:(Sukatan cawan/ mangkuk/bekas yg sama)

  • 1 cawan telur (pecahkan telur masukkan ke dalam cawan)
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 cawan gula kabung/gula melaka yg diracik halus (3/4 cwn-manis just nice)
  • 1 cawan air
  • 1/2 cawan gandum
  • 3 helai daun pandan (carik-carik)
  • Secubit garam

Cara-Cara:

  1. Panaskan oven selama 15minit suhu 200'C dan griskan muffin tray dengan minyak.Masukkan acuan ke dalam oven.
  2. Satukan gula kabung, air dan daun pandan.Masak hingga gula hancur.Keluarkan daun pandan.Kemudian sejukkan sebentar.
  3. Masukkan santan, tepung, garam, telur dan air gula ke dalam blender.Dan blend hingga betul2 kembang.(Adunan kuih akok memang cair).Tapiskan
  4. Keluarkan acuan dari oven dan tuangkan adunan ke dalam acuan tersebut
  5. Bakar menggunakan suhu 180'C selama 15-20min (hingga masak) guna api atas dan bawah.

Note:

Semasa bakar, kuih akok akan kembang (mengelembung).Jangan risau, bila masak ia akan mengecut  dan menjadi akok kedut.

semasa proses membakar, kuih kembang dengan jayanya..bila masak ia akan kecut semula
Gula melaka/ gula nissan/gula kabung racik disatukan dengan 1 cawan air dan daun pandan simpul
Pecahkan telur masuk dalam cawan/bekas yg nak digunakan sebagai penyukat...Jumlah telur bergantung kpd gred telur dan juga bekas yg digunakan
Santan pekat dan tepung gandung.Gandum adalah setengah dati jumpah sukatan santan

11 comments:

Teacher Basariah said... Balas

ooo..mudah je resepi ni ek..wajib cuba ni..tq sis!(^_^)

LiNa_Pg said... Balas

@Teacher Basariah
Memang sangat mudah...tp sedap ya ampun hihiii

tun_telani said... Balas

Laaa... punyer laa senang nk buat.. nx time xyah beli dah..

Bbwana adienia said... Balas

saya belum pernah makan kuih ni kak lina tapi nampak menarik sangat..

cinet said... Balas

Sonang yonak buek kueh ni eh...boley la buat bln pose ni...hihihi

Salam singgah....;)

http://cenetos.blogspot.com/2014/06/homestay-ceria-is-now-open.html?m=1

Adry@Daun said... Balas

As salam Lina pg,
Ni ambo mai nk culik resepi kuih akok. Puasa thn ni tak leh mkn akok lagi sbb akak yg jual akok tu tak nampak pun kat bazar Ramadhan. Dah blik Kelate kot. Telur tu guna telur itik lbh ok ke lagumana?

Adry@Daun said... Balas

Proses buat akok ni terbalik sbb bakar dulu, lps tu baru bahan2nya. Senang ye nk buat akok ni. Nk kena request Mahsuri buat ni. Tak pun blh buat sendiri. Buh dalam acuan besar.

LiNa_Pg said... Balas

@Adry@Daun
Hahaa..xpo la gambar terbalik pun janji paham..nk tunjuk time bakar akok tu kembang mambang tak hengat donia hihiii...
Mmg senang 'semeset' nk buah akok ni..cuba cari acuan mapin tu..sbb kalu guna acuan besar kureng feel akok hihiii

azura danisha said... Balas

Sy dh Cuba resepi ni....mmg terbaik...original akok klate rasanya....wajib Cuba yea kwn2

LiNa_Pg said... Balas

Terima kasih sudi cuba..mmg sedap.Resepi bonda saya ni

Nida Ab said... Balas

Terima kasih ye kak untuk resepi nya :)

klik2 my nuff

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...