Monday, June 30, 2014

Resepi Nasi Arab Mandy Yang Sedap Citarasa Malaysia

Assalamualaikum...
Hari ni hari kedua umat Islam berpuasa...kemarin cuaca di bumi Pulau Pinang sangat nyama...seharian hujan turun...bila petang sket baru berhenti..sesuailah untuk orang yg nk keluar mencari juadah berbuka..Tp kami cuma dok kat umah jer masak jer yg simple...Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua....
Okey n3 hari ni bukanlah juadah berbuka kemarin, ns ni saya buat makan2 pada hari Jumaat lepas.sangat sesuai kalau nk buat juadah raya atau pun juadah berbuka.Sangat sedap pada tekak kami sekeluarga.Resepi ni saya gabungkan Timur Tengah dan juga tekak asia..maklumlah tekak melayu msti ada masakan melayu walaupun makan nasi arab heheheee.Kalau yg dibeli tu telan ajerlah apa yg terhidang...Resepi ni hasil olahan nasi pilau arab sebab saya mengguna resepi stok ayam yg sama..cuma cara masak nasi berlainan sket..Jom kite semak resepi...sangat berbaloi
Set Nasi Mandy..Ayam Panggang, Kerutuk Kambing dan juga acar epal.Resepi Kerutuk Kambing dan ayam panggang menyusul kemudian.
RESEPI NASI ARAB MANDY

Bahan-Bahan A (Untuk Stok Ayam)

  • 1 ekor ayam potong 12 (cuci bersih)
  • 1 sb Ketumbar Biji
  • 1 sb Lada Hitam Biji
  • 1 sb Jintan Manis Biji
  • 1 sb Jintan Putih Biji
  • 1 labu bawang putih (cuci bersih dan ketuk-xperlu kupas kulit)
  • 2 inci halia (ketuk)
  • 2 labu bawang besar (belah empat)
  • 3 helai Daun Bay
  • Rempah 4 sekawan (Bunga Cengkih, Kulit Kayu Manis, Pelaga, Bunga Lawang)
  • 7 cawan air (atau secukupnya)
  • 1 sk garam

Cara-Cara:

  1. Satukan semua bahan A ke dalam periuk, masak hingga ayam empuk.
  2. Angkat ayam ke dalam bekas lain.
  3. Tapiskan stock ayam ke dalam bekas berasingan.Buangkan segala rempah rebusan tadi (Hanya air rebusan rebusan sahaja digunakan untuk masak nasi)Ayam akan dipanggang kemudian


Bahan-Bahan B (Untuk Nasi)

  • 6 cawan beras basmati (cuci bersih dan rendam selama 1 jam)kemudian toskan
  • 7  cawan air rebusan ayam (kalau air rebusan tak cukup, tambah air biasa)
  • 1/2 cawan susu cair
  • 50g butter/minyak untuk menumis
  • Rempah 4 sekawan
  • 2 helai Daun Pandan simpul
  • 1 Kiub ayam
  • 1/2 sk serbuk kunyit.
  • Pewarna kuning
  • Sedikit daun pudina

Cara-Cara:

  1. Panaskan periuk, cairkan butter.Tumis rempah 4 beradik dan daun pandan hingga wangi.
  2. Masukkan air rebusan, susu cair, kiub ayam dan serbuk kunyit
  3. Masukkan beras basmati.Kacau sekata.Tunggu hingga nasi kering (kacau sekali sekala)
  4. Bila nasi kering, titiskan pewarna kuning di beberapa tempat.
  5. Kecilka api, tunggu hingga nasi masak sepenuhnya.
  6. Setelah nasi masak, gemburkan nasi menggunakan garfu sambil masukkan daun pudina (daun pudina akan membangkitkan aroma nasi.
  7. Dah siap..Boleh dihidang

Nasi Mandy yg dah masak...sebelum digemburkan

9 comments:

  1. Selamat berpuasa
    Nyaman, alhamdulillah kat sini pun hujan
    Nmpk nasi mandy rasa nk jg ni he hee
    Ank suka nasi kaler2 berbanding nasi putih.

    ReplyDelete
  2. @mama sara nur
    Selamat berpuasa juga buat mama sara...
    kalau anak2 suka boleh la buat nasi kaler2 ni.sedap ni si kecil saya makan bertambah2..seronok pulak tengok dia makan

    ReplyDelete
  3. wah, sedap ni kak lina buat menu berbuka..mabeles..

    ReplyDelete
  4. salam....nak nyelit jap,nasi arab ni kalo nak sedap lagi saya cadangkan pakai basmati pusa 1121 cream,market kat luar harga RM13.50 per kg,tapi saya bekalkan anda basmati jenis pusa 1121 ni hanya RM9.50...hubungi saya untuk dapatkan beras basmati pusa 1121 cream dgn harga yang lebih murah dari pasaran di talian 012-9727136 (hafiz)....tiada min order,sekilo pun saya hantar sampai depan umah...selamat mencuba... :)

    ReplyDelete
  5. Sedapnya. dah lama cari. tq admin sbb share resepi yg sdp ni.

    ReplyDelete
  6. nak buat menu raya lah camni...hehehe

    ReplyDelete
  7. saya mohon ceduk resepi ye.time kasih

    ReplyDelete
  8. slm,saya wan zakris tinggal di putrajya
    menjual rempah nasi arab terpantas untuk disediakan

    x perlu tumis,campur beras, pes dan lauk sahaja

    1.nasi mandhy
    2.nasi maqlubah
    3.nasi kabsah

    Harga Rm 18 sekotak siap bersama beras basmati
    sesuai makan untuk 5-7 org
    -wan zack 017-2479884

    ps-Cod percuma untuk kawasan berdekatan putrajaya

    ReplyDelete
  9. Terima kasih ye kak nampak sangat sedap, saya banyak kali try resepi nasi arab tapi tak jadi sangat lah, tapi saya ada try satu rempah nasi arab segera mudah je rasa pon sama cam kat kedai. nasiarabexpress.com

    ReplyDelete