Resepi Ayam Panggang (Nasi Mandy)

By LiNa_Pg - Tuesday, July 01, 2014

Assalamualaikum...
Bersiaran di bulan Julai..alahai kejap jer dan masuk bulan Julai.Hari ni merupakan hari ketiga kite berpuasa.Alhamdulillah segalanya berjalan lancar.Cuaca pun seperti memahami keadaan keadaan umat Islam yg berpuasa...redup, sejuk dan sekali sekala hujan,panas pun tidak terlalu terik, Alhamdulillah...itulah kasih sayang Allah s.sw.t kepada manusia.
Okey berbalik kepada tajuk n3 ari ni iaitu Ayam Panggang sinambungan Nasi Arab Mandy.So, kena refer kepada n3 sebelumnya NASI ARAB MANDY  Ayam rebusan tersebut diguna semula kemudian diperap dan panggang.


Ayam Panggang agak tunggang langgang sebab saya menjemput adik2 datang makan kat umah..so, snap cepat2 takut sejuk lak ayam ni...kucar kacir jer huhuuu...

RESEPI AYAM PANGGANG (NASI ARAB MANDY)

Bahan - Bahan
  • 1 ekor ayam dari stok ayam (ayam rebusan nasi mandy)
  • 3 sudu besar kicap pekat manis
  • 2 sudu besar sos tiram 
  • 2 sudu besar kicap mee goreng (Tamin)
  • 1 sudu besar madu
  • 4 ulas bawang putih(tumbuk)
  • 1in halia(tumbuk)
  • 1 sudu kecil lada hitam 
  • 1sk rosemery kering
  • Sedikit olive oil
Cara-Cara:
  1. Toskan ayam dari stok rebusan ayam
  2. Gaulkan dengan semua bahan di atas.Perap selama 30min
  3. Kemudian bako dlm oven suhu bergantung kepada oven masing.Bakar sekejap jer sbb ayam dah masak.LiNa Pg bakar menggunakan pemanggang ajaib jer
 Guna pemanggang ajaib ni senang..oven pun tak kotor hihiiii

  • Share:

You Might Also Like

6 comments

  1. wahhhhhhh........ mmg cantik berkilat ayam panggang akak nih... nmpk menggiurkan habis.

    ReplyDelete
  2. Cantik tengok masak ayam panggang Lina ni akak nak cuba pulak lah :)

    ReplyDelete
  3. nampak sedap ni.nak buatla ptg satg..hehe

    ReplyDelete
  4. Woow,.. sangat lezat terlihat masakannya! terima kasiih telah share resep ini!

    Salam myTaste

    ReplyDelete
  5. salam....nak nyelit jap,nasi arab ni kalo nak sedap lagi saya cadangkan pakai basmati pusa 1121 cream,market kat luar harga RM13.50 per kg,tapi saya bekalkan anda basmati jenis pusa 1121 ni hanya RM9.50...hubungi saya untuk dapatkan beras basmati pusa 1121 cream dgn harga yang lebih murah dari pasaran di talian 012-9727136 (hafiz)....tiada min order,sekilo pun saya hantar sampai depan umah...selamat mencuba... :)

    ReplyDelete
  6. terima kasih.. nk try buat la.. sbb nampak mcm bes.. huhu..

    ReplyDelete